Anlene,

Susu Anlene UHT Baharu Dengan 50 Peratus Lebih Nutrien

Jumaat, September 14, 2018 Mahamahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Mengapa ramai orang tidak suka minum susu? Macam-macam alasan diberikan. Ada yang tidak gemar rasanya, ada pula tidak suka baunya. Paling tidak munasabah, ada yang beranggapan minum susu hanya untuk bayi.


Malah satu kajian dalam kalangan kanak-kanak menunjukkan murid sekolah rendah kurang minum susu dan hanya 20 peratus yang meminumnya setiap hari. Ini sangat membimbangkan kerana susu adalah antara keperluan yang perlu untuk tubuh badan kita kerana ia ada segala nutrien yang diperlukan badan. Jangan tunggu usia dah tua baru kita nak start minum susu masa tu deria rasa pun dah tak sedapkan.

Kenapa Susu Anlene UHT?


Susu apa yang boleh dinikmati oleh semua peringkat usia adakah susu lembu atau juga susu rumusan berteknologi tinggi yang banyak dihasilkan sekarang. Kalau korang masih ragu-ragu Maha sebenarnya tengah mengamalkan minum susu Anlene UHT. Diperbuat untuk semua peringkat usia dan terbaru mengandungi lebih 50% Nutrien



Apa nutrien yang ada dalam susu ini? Ia mengandungi kolagen, protein dan kalsium yang tinggi. Apa itu Kolagen? Kolagen merupakan protein struktur utama di ruang luar sel dalam pelbagai tisu penghubung dalam badan. Apa pentingnya Protein pada tubuh kita? Protein adalah sumber yang dapat memberikan tenaga utama kepada tubuh agar kita sentiasa bertenaga dan mengembang dengan baik. Akhir sekali kenapa kena ambil kalsium? Kalsium dapat memberi pembentukan tulang dan gigi.



Jadi semua bahan ini sangat penting kepada tubuh kita dan ia ada dalam satu susu iaitu Anlene UHT sekarang ini. Jadi tak perlu kita makan bahan-bahan mentah lain lagi, hanya cukup ambil 2 cawan susu Anlene UHT setiap hari memberi segala nutrien yang diperlukan tubuh. Maha sendiri dah amalkan setiap hari dan dapat rasa kelainan pada badan lebih semangat hehehe. Selain daripada itu, susu Anlene sekarang boleh dapat dalam kotak dengan rasa original dan coklat.

Pengalaman Menarik Diaktiviti Anlene On-The-Go


Bagi menggalakan rakyat Malaysia terus mendapatkan susu setiap hari Program Anlene On-The-Go telah berlangsung beberapa minggu yang lepas. Kalau korang ada perasan yang Maha ada kongsikan dekat Facebook, Instagram dan juga live update semua tentang program ini lah. 


Pertama Maha pergi nikmati sendiri susu Anlene untuk sarapan pagi yang disediakan dibeberapa stesen LRT dan KTM seluruh Lembah Klang. Hari tu sempat singgah kat stesen KTM Midvalley untuk dapatkan sarapan pagi susu Anlene UHT dan juga roti. Ia sangat bermanfaat kepada rakyat Malaysia seperti Maha ni yang terlalu sibuk dan kadang-kadang lupa untuk ambil sarapan pagi walaupun hanya dengan segelas susu.



Dari situ Maha baru tahu bertapa pentingnya untuk mengambil susu setiap hari. Sapa yang sempat untuk dapatkan paket sarapan pagi dari Anlene tu korang memang bertuah sebab harga pun RM1 sahaja ada sekotak susu Anlene UHT dan sebuku roti. Kalau mereka ada buat lagi boleh pergi semua tempat agar seluruh rakyat Malaysia dapat nikmati susu.



Kemudian tidak habis kat situ pihak Anlene sediakan pula Roving Truck dekat beberapa kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti kat pusat beli-belah. Ni pun Maha ada update hari tu yang Maha sempat singgah kat IOI Boulevard Puchong untuk dapatkan sample susu Anlene. Kuga korang boleh beli produk Anlene dengan harga jauh lebih murah dan banyak. 

Melompat Bersama Stacy Anam


Kemuncak segala aktiviti Anlene On-The-Go ini adalah di perkarangan Lot 10 baru-baru ini. Kalau korang yang tengok live update kat Instagram dan Facebook Maha mesti akan nampak kelibat penyanyi popular Malaysia siapa lagi kalau bukan Stacy Anam. Sapa tak kenal Stacy yang memang cukup lincah dan suka menari ketika membuat persembahan. Beliau juga merupakan seorang isteri dan ibu yang aktif dirumah jadi progran ini memang sesuai dengan beliau.

 

Hari tu kami diberikan satu telefon yang ada aplikasi Anlene dalam tu dimana kami perlu melompat dan dalam masa sama kita akan lihat pada skrin gergasi seberang jalan untuk memenuhkan susu dalam satu kotak. Kena terus melompat sehingga penuh tu yang penat walaupun hanya 30 saat sahaja. Tanda-tanda bahawa Maha ni kurang nutrien dalam badan jadi cepat semput wakakaka.



Tidak macam Stacy yang aktif melompat dengan selamba dia jer tidak ada rasa penat. Ini semua untuk memberi tahu kepada orang ramai bahawa hidup kena 'Stay Active, Stay Agile' untuk hari lebih sejahtera. Seronok hari tu walaupun sekejap tapi ia memberi kesan kepada Maha sendiri untuk terus kekal sihat dan mengamalkan minum susu. Korang pun kena minum susu bukan tunggu hari tua sahaja sekarang dah kena amalkan. 

Maklumat lanjut tentang susu Anlene layari :






20 ulasan:

  1. Dimanakah gambar lompatan MM? And bila nak ajak I minum Anlene bersama-sama nie? Asyik dia je yang pergi, gitu. InsyaAllah, elok untuk kesihatan jika diamalkan ye.

    BalasPadam
  2. Kannn..bagus sangat Anlene ni. Dah la sedap! I paling suka yg choc haha..sejuk2 lagi sedap! Tp betul kte kena consume Anlene ni utk kalsium bg mengelakkan tulang rapuh..hehehe tgk Maha bukan main riannya melompat hari tu hehe

    BalasPadam
  3. Saya dari dulu memang suka susu anlene. Tapi biasa pakai yang bancuh tu punya. Dan favourite mestilah coklat. Sekarang dah senang ada dalam kotak. Masa berpantang nanti nak cari lah anlene susu kotak coklat tu. Sekarang ni nak telan susu pun tak mampu

    BalasPadam
  4. Mujur ada perisa coklat.kite Tak minum perisa asli. Heheeh baguslah kempen ni menggalakkan org pasal bekpes Dan khasiat

    BalasPadam
  5. Amboiii sakan betul yer jumpa Stacy. Nak tengok Maha lompat2 ! 😝 Kan baru minum susu Anlene UHT nie, pasti beri tenaga dan menguatkan tulang. Nak tengok Maha lompat

    BalasPadam
  6. Susu Anlene memang bagus. I had it since 10 years ago and the taste was delicious and keep me healthy all the times.

    BalasPadam
  7. Selalu nampak di kaca tv saja. Tak pernah lagi minum anlene untuk kuatkan tulang sebab sekarang ni minum susu kambing je

    BalasPadam
  8. Amboii sakannya dapat jumpa stacy ye hikhik. Tak cuba lagi yang jenis pack camni. Biasa minum yang jenis bancuh je

    BalasPadam
  9. Nutrien lebih banyak tu bermaksud lebih tinggi kalori jugak ya? Kalau susu anlene ni agaknya manis tak? Biasa susu coklat banyak gula

    BalasPadam
  10. Nanti nak cuba perisa coklat pulak.nampak macam sedap je perisa coklat dia hehehe.Manis tak susu anlene ni maha?Rasa coklat dia sedap tak?

    BalasPadam
  11. Ooo patut la haritu nampak maha "q" kat lrt station tu, rupanya sebab anlene ni. Banyakkan khasiat susu ni. Tapi akk x minum susu la dik

    BalasPadam
  12. mudah bila ada susu Anlene jenis kotak terus minum ni..dahla sedap,ada dua perisa pulak tu..memnag kena amalkan minum susu ni untuk tulang sihat

    BalasPadam
  13. Ouh...tak tau pulak ada susu anlene yang berperisa coklat kan. Kena minum banyak-banyak susu untuk kuatkan tulang. :) Tetapi kena bersenam juga, barulah tulang boleh menyerap kalsium dalam susu.

    BalasPadam
  14. Kita suka Anlene Vanilla... serius sedap dan bg org yang xsuka minum susu mesti suka jugak.. susu chocolate pun sedap.. ehhh mn gambar lompat penuh kontrovesi tuuuuu? Hihihi

    BalasPadam
  15. pertama nak tanya, setelah aida baca atas ke bawah, mana lompatan Maha???
    bukan kena ada lompatan ker hi hih i hi...
    ngelat ekk?
    anlene ni aida kerap beli. kalau teringat and ada offer, aida grab few boxes.
    maklum la, perempuan and osteoprosis kan tak boleh dielakkan. bila da berumur ni more la kena makan / minum sesuatu yg bagus ni.

    BalasPadam
  16. susu ni memang bagus untuk tulang dan gigi. tapi tulah, dari dulu lagi memang tak boleh dgn susu.. semacam je rasanya. haha

    BalasPadam
  17. Saya skang ni nak kena minum banyak susu la maha. Nak jaga tulang. Takut blom tua lagi tulang dh tak kuat. Nanti nk beli buat stok la

    BalasPadam
  18. Minum susu dah jadi rutin saya setiap hari. Maklumlah susu kan banyak khasiat, minum hari hari susu kambing. Anlin pun popular juga

    BalasPadam
  19. kalau kita sering tak makan sarapan ataupun lewat makan pagi, eloklah ambil alternatif yang baik ni. Memang terbaik

    BalasPadam
  20. Bestnya dapat gi event Anlene dan jumpa duta Stacy depan mata. Susu jenama Anlene ni pilhan Lia juga. Sesuai untuk minuman harian.

    BalasPadam