Anchor,
Anchor Food Professionals Lancarkan Enam Inovasi Minuman Dalam Kempen Moodmojee
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kempen terbaru daripada Anchor Food Professionals iaitu Moodmojee yang mana ia adalah usaha memberangsangkan mood anda melalui minuman. Korang pernah cuba tak minuman yang mengandungi Cream Cheese dan juga Whipping Cream. Mesti rasa macam pelikkan tapi ia terbukti menghasilkan satu inovasi minuman yang segar dan hebat.
Chef profesional mereka telah mencipta minuman yang menggunakan produk tenusu ini untuk merangsang deria rasa anda dengan pelbagai bahan semulajadi. Kat luar sana ramai yang suka minum jus buah, kopi atau choklat kan, tapi melalui kreativiti dan inovasi baru ini mereka menghasilkan enam jenis minuman tenusu yang menggamit selera.
Maha hari tu pergi majlis memperkenalkan minuman yang dihasilkan oleh pakar-pakar mereka dan merasai sendiri minuman yang boleh dihasilkan daripada produk tenusu ini. Hari tu ada enam minuman yang bila dengar nama pun dan buat hati rasa ingin cuba iaitu Kayanika Fusion, Lemon Mint Meringue, Pom & Grey Twist, Tangy Brew, White Chocoffee dan Yuzu Chocolate Surprise.
Bagi Maha daripada enam-enam minuman ini yang paling menarik hati adalah Kayanika Fusion. Ia menggunakan bahan tempatan yang selalu kita gunakan seperti seri kaya, gula melaka, pulut dan kacang merah. Korang mesti ingat ia macam cendolkan, tapi tidak ia rasa lebih berkrim kerana menggunakan Anchor Whipping Cream didalamnya. Juga kata chef yang mencipta minuman ini, pulut yang digunakan dikukus dengan whipping cream agar rasanya lebih berkrim.
Kemudian kalau korang pecinta kopi mesti kena cuba Tang Brew dan White Chocoffee. Tangy Brew adalah minuman kopi yang kaya dengan campuran oren segar dicampur krim dan cheese foam dilapisan atasnya. Manakala minuman White Chocoffee merupakan campuran kopi putih yang dipenuhi dengan coklat dan mentega kacang yang lazat didalamnya. Kedua-dua minuman ini menggunakan produk Anchor Full Cream Milk, Anchor Cream Cheese dan Anchor Whipping Cream.
Pada yang suka ada rasa buah-buahan segar korang boleh nikmati minuman Lemon Mint Meringue dan juga Pom & Grey Twist. Lemon Mint tu adalah sejenis vanilla ais limau blended dan topping dengan meringue dan parutan lemon dan oren diatasnya. Bagi minuman Pom & Grey pula adalah campuran Early Grey dengan sirap delima dan dilapisi di atas dengan krim dan serbuk koko. Juga menggunakan produk Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream.
Manakala yang kaki coklat boleh menikmati minuman Yuzu Chocolate Surprise. Minuman ini adalah campuran coklat dan ais dengan puree Yuzu dan berbingkai dengan lemon serta garam. Dua produk tenusu dalam minuman ini iaitu Anchor UHT Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream.
Bagi menjayakan kempen ini Anchor Food Professionals berkerjasama dengan lima belas penyedia makanan & minuman di Semenanjung dan Malaysia Timur, di mana ciptaan ini akan diperkenalkan secara berfasa di seluruh lokasi bermula dari November 2018 hingga Januari 2019. Jadi korang boleh nikmati hanya di beberapa restoran dan kafe terpilih sahaja tau. Kalau betul korang nak cuba minuman istimewa ini Maha senaraikan beberapa restoran dan kafe yang terlibat dalam kempen ini boleh pergi rasa sendiri.
Choon Guan Coffee Shop - Klang, Selangor
Gafe Kafe - Semenyih, Selangor
Love Tea F & B - Kulai, Johor
Living Room - Johor Bahru
Cofeology Café & Restaurant - Bukit Beruang, Melaka
Overstepped - Sungai Petani, Kedah
La Taste - Gurun dan Sungai Petani, Kedah
Bakery Lavish Fusion - George Town, Pulau Pinang
HIVE by Love A Loaf - Bayan Lepas, Penang
La Taste - Butterworth
Family Confectionary - Kampar, Perak
Baker's Hut - Seri Manjung, Perak
Kilang Delight - Kota Kinabalu, Sabah
Chub's Grill - Kota Kinabalu Sabah
Café Chiu - Kota Kinabalu Sabah
Lucky Bean - Kota Kinabalu Sabah
Pada yang dah cuba boleh bagi komen dan pendapat korang kat sini. Mana tahu ada idea lebih bagus boleh dihasilkan menggunakan produk tenusu dari New Zealand ini. Maha pun tak percaya bahawa boleh buat minuman daripada produk-produk macam ni. Nanti nak cuba sendiri kat rumah sebab hari tu chef mereka ada ajar cara bagaimana minuman ini dihasilkan. Selamat mencuba semua.
Anchor ni brand berkualiti dan mahal ni. Kalau masak biasa-biasa memang tak pakai anchor. Tapi kalau nak masak untuk orang, atau untuk special occasion atau nak berjual, memang better pakai anchor. Baru rasa dia lagi sedap.
BalasPadamWahhhh.. Qiss pertama kali dengar orang buat minuman menggunakan produk tenusu ni. Besar betul gelasnya. Macam menarik untuk dicuba ni. Kena la Qiss try juga satu hari nanti.
BalasPadamWak dulu kite guna bende ni buat krim kek.hahaha.Baru tahu fungsi baru boleh buat kat air. Brand ni mahal sikit kan. Tapi kualiti die best. Gebu je. Nak kene try ke apa ni?hehehe
BalasPadamWah buat minuman pulak ye wak, selalu beli cheese jenama Anchor ni sedap jugek. lepas ni boleh la cuba kot menjadi. Air dia buat dalam gelas besar tu mengundang sungguh.
BalasPadamAmboiii besau nau saiz cawan tu. Boleh potong kaki nie. Hahaha. Serious nampak menyelerakan betul ye air2 yg diperkenalkan. Lagi2 yg bubuh whipped cream tu. Aduiii nikmatnya kalau dpt time2 macam nie
BalasPadamAll the drinks looks good but Kayanika looks interesting cause I really like gula Melaka, gonna try it out.
BalasPadamPergh menarik tengok dia. Mminuman tu memanng nampak sedap. Memang disediakan dengan cawan besar ke.. Hehehe.. JJenuh nak habiskan tu. .Ehhehe. .memng unik ni minuman daripada tenusu. .
BalasPadamMenariknya, first time tau ada munuman yg dihasilkan dari tenusu. Nampak menarik dan sedap ni
BalasPadamFuhhhh ruby tengok cawan besar tu. Terus telan air liur. Sedapnya coklat. Creamy. Fuhhhhhh. Ada resepi tak? Nak buat kat rumah. Haha
BalasPadamSedapnya minumanya.. tambah dgn whipp cream lagi!! Letak caremel lag??Aduhai.. xtahan nie.. mesti kena cuba nie..
BalasPadamUikss..awak memang selalu buat orang terliur kan? Malas kawan awak dah..huh! hahaha..Eh tapi kite memang suka pakai barang2 anchor ni sebab berkualiti. Ada resipi tak wak? nak buat gak la kat umah hahaha
BalasPadamI kalau anchor ni ingat butter je. Take tau pulak Ada product lain Yang lebih menarik untuk dessert.
BalasPadamKalau masuk sini mesti terliur tengok makanan sesedap. Ni minuman pulak. Ayokk.. Sedap betul semuanya walaupun kita tak rasa lagi. Dari segi harga mcm mna? Mahal ker
BalasPadamUitt nampak mengancam sungguh. Whipp cream tu..perghhhh terlioq dibuatnya..mmg suka sangat2.
BalasPadamProduk ancor mmg sedap n berkualiti..nak beli lah nanti
Eh tak tahu yang cream ni boleh dibuat air. Ingatkan kena masak baru boleh makan. Maha kena buat resepi ni. :D
BalasPadamEh boleh buat air eh..ingat buat masak dengan kek ja...hahahha...nampak sangat x reti bab2 cream ni...
BalasPadamAllahu. Lazatnya minuman dia. Nak satu please Maha, Buatkan kat rumah masa house warming kelak ye. Jangan lupa tau. Maha mesti ada idea nak buat air dah nie kan.
BalasPadamI miss the fun trying this amazing Chocoffee. Look creamy and tasty. Anchor my favorite brands.
BalasPadamlembu dia grassfed ke ya? tak pernah tahu, teringin juga
BalasPadam