Minuman,

Bahayanya Susu Pekat Teapot Tube Yang Viral

Selasa, November 27, 2018 Mahamahu 8 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ini semua pengaruh dengan media sosial lah ni hehehehe nak salahkan orang lain jugakan. Tapi betullah kerana sebab ada promosi hebat 11.11 Single's Day hari tu lah Maha terjebak juga untuk beli Susu Pekat Teapot Tube yang viral ni. Tak adalah baru sangat tapi dah lama juga orang guna produk ini Maha jer baru dapat beli wakakaka. 


Hari tu walaupun harga tak adalah murah sangat tapi kerana rasa nak mencuba susu pekat ini maka beli juga sebab nak cari kat kedai susah. Sebab produk ini adalah keluaran negara jiran. Tapi jangan risau walaupun ia dari Thailand tapi tetap ada logo Halal dari negara mereka. So selamat untuk kita nikmati tanpa was-was.



Tak tahu kenapa kat Malaysia tak ada keluar produk macam ni. Bagi maha susu ini lebih mudah nak dikendalikan kerana kita tak perlu nak tebuk seperti mana yang dalam tin sekarang ni. Kalau guna yang tube ini kita hanya buka tudung dah lepas tu picit terus keluar. Masalah yang selalu Maha hadapi kalau beli susu pekat dalam tin yang ada sekarang ni adalah nak kena tebuk.


Lepas tu bila dah tebuk tak tahu nak simpan kat mana kalau letak kat luar akan dikurungi oleh semut dan kalau letak dalam peti sejuk nanti ia beku dah susah nak keluarkan. Jadi bila ada paket tube macam ni senang nak guna dan nak simpan. Lepas tu kalau travel jauh-jauh luar negara lagi senang nak bawa boleh letak dalam beg jer tak besar dan ringan. 


Hari tu Maha beli ada tiga perasa iaitu original yang warna putih, perisa coklat dan perisa strawberry. Cuma yang strawberry ni jenama lain sikit apa entah tak tahu nak sebut. Semua tiga-tiga ni adalah susu pekat biasa jer dan ada perisa yang ditambah dalam tu. Selalu maha akan gunakan susu original tu untuk bancuh dalam teh tarik memang rasa macam susu pekat biasa. Jadi gunakan macam susu biasa jer hanya peknya yang berbeza.


Cuma awas produk ini memang manis almaklumlah susu pekat dan bahaya kalau ambil dalam kuantiti yang banyak dan setiap hari takut nanti boleh kena potong kaki. Jadi kena berpada-pada dan mungkin guna dalam kuantiti sikit. Orang kata kurang manis dalam minuman tambah manis dalam senyuman betul tak. Sekarang produk ni dah banyak jual kalau nak beli online korang boleh dapatkan kat Lazada atau Shopee. Tak adalah murah mana pun RM6.00 satu tube kalau korang beli susu pekat dalam tin tu baru RM2.30 jer. Jadi pandai-pandai korang lah ok Maha beli ni pun sebab nak cuba tengok ramai yang share.







8 ulasan:

  1. yes..suka ngan susu dlm tiub ni. senang nak simpan. saya memang guna kat sini..mahal la berbanding susu dlm tin tu, but saya memang kurang guna susu pekat ni..so ok jer

    BalasPadam
  2. sgt convenience tp tu la i dont think i'll ever gonna try this

    BalasPadam
  3. sgt senang nak guna dan simpan

    BalasPadam
  4. Sedapnya curah atas jagung. Best juga ni.. Kekny dah la jenis tak reti tebuk tin susu hahahhahaha

    BalasPadam
  5. senang ek..kalo nak travel boleh angkut sekali hehehe

    BalasPadam
  6. Baru beli sekotak masa masa pergi padang besar tu..hehehe

    BalasPadam
  7. Mudah dibawa ke mana saja

    BalasPadam