Beauty Behind The Wall,

Program Beauty Behind The Wall Melengkapkan Penghuni Penjara Dengan Kemahiran Memasak

Khamis, November 29, 2018 Mahamahu 22 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam penjara adalah sesuatu yang memang tidak diingini oleh semua orang. Tapi kekadang kekilafan membuatkan kita rasa memberontak dan melakukan sesuatu yang melanggari undang-undang. Namun kesilapan ini pasti akan ada kemaafan dan juga keinsafan dalam diri orang yang pernah melakukan kesalahan.


Tiba-tiba pula Maha berfalsafah kat sini hehehe tapi bukan apa nak kongsi dengan korang tentang pengalaman Maha masuk penjara. Bukan masuk penjara sebab kena tangkap buat salah tau tapi kerana program 'Beauty Behing The Wall'. Program ini adalah inisiatif oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj dan disokong oleh Penjara Bentong serta Resort World Genting.



Bila Maha masuk dalam pekarangan penjara itu satu aura yang berlainan dan membawa kepada keinsafan bahawa beruntungnya kita yang berada diluar ini. Bukan nak kata mereka semua ini jahat selamanya namun mereka juga harus diberikan peluang kedua untuk membaiki diri bila keluar daripada penjara itu. Cukuplah hukuman yang mereka terima didalam tu dan memberi keinsafan dalam diri mereka.



Masyarakat luar ini kena terima mereka dengan identiti yang baru untuk berubah dan menjadi pemangkin semangat mereka untuk berubah. Itu yang cuba diterapkan dalam usaha program ini dimana matlamat utama adalah untuk memberi latihan dan juga kemahiran kulinari yang cekap dan mahir kepada banduan wanita dalam penjara ini. Dengan segala ilmu dan kemahiran ini akan memberi mereka peluang untuk membuat perusahaan peniagaan makanan apabila keluar dari penjara nanti.





Program ini memfokuskan kepada memberi latihan kepada banduan wanita dan pekerja wanita Penjara Bentong yang meliputi perkara seperti kebersihan makanan, pengurusan dapur, teknologi masakan, pemakanan diet, pengkomersialan resipi dan peluang industri makanan. Bertempat di Bengkel Pastry Penjara Bentong, Chef Alex Vitalise mengadakan demonstrasi memasak bersama dengan Tengku Puan Pahang yang merupakan seorang yang memang suka memasak.




Pada hari tersebut Tengku Puan bersama chef memberi ilmu dalam menyediakan beberapa hidangan masakan barat yang diolah untuk sesuai dengan citarasa tempatan. Menariknya resipi masakan menggunakan bahan asas membuat pes rendang dan juga asam pedas boleh menghasilkan beberapa makanan antarabangsa yang jauh lebih sedap dan menarik.  Hari tu ada lapan resipi yang dihasilkan iaitu seperti Pasta Asam Pedas, Burger Daging Rendang, Kambing Grill Rendang, Quesadilla Rendang dan Asam Pedas dan beberapa yang ada seperti dalam gambar ini.







Resepi ini kebanyakannya datang dari buku masakan yang dihasilkan Tengku Puan sendiri seperti buku 'Tengku Puan Pahang - Masakan Tradisional Pahang' dan 'Air Tangan Tengku Puan Pahang - Manisan Tradisional Pahang'. Ini adalah selaras dengan harapan Tengku Puan untuk melengkapkan penghuni dengan kemampuan untuk memasak masakan Barat yang lazim digunakan dikebanyakkan kedai makanan di Malaysia yang boleh disesuaikan dan diubah suai untuk pelbagai citarasa Asia. Sembilan belas penghuni mengambil bahagian dalam program ini dan diakhir acara mereka dianugerakan sijil latihan yang disediakan. 



Moga usaha murni ini dapat memberi lebih pendedahan kepada mereka agar lebih yakin untuk menempuh dunia luar dan mencari pendapatan sendiri. Pengalaman Maha satu hari program ini sangat seronok kerana Tengku Puan Pahang ini seorang yang peramah dan ceria tidak loket untuk berkongsi kemahiran masakan beliau. Korang juga boleh dapatkan hasil produk masakan seperti biskut dan kuih raya yang dijual di sekitar penjara ini. Sambil korang membeli sebenarnya korang menyokong kerja dan hasil penghuni penjara untuk yakin dan berani berniaga di luar sana nanti.









22 ulasan:

  1. Sangat menarik. Dan LeYa memang suka tengok Tunku Puan Pahang kalau memasak. Seorang yang humble dan baik sangat2. Best Maha dapat peluang melihat sendiri life di penjara bentong..

    BalasPadam
  2. Hebatnya resepi Tengku Puan Pahang!
    Alhamdulillah, peluang yang jarang orang lain dapat untuk melihat sendiri kehidupan di penjara. Terima kasih kongsi pengalaman begini.

    BalasPadam
  3. bgus la tengku puan Pahang ni..berjiwa rakyat..:)

    BalasPadam
  4. tbh, sha teringin nak pi penjara sebab nak tengok macam mana kehidupan dorang semua dalam tu hehe. bagus program macam ni diadakan, nanti bila dorang dibebaskan mana tau boleh bukak kedai makan ke kan untuk sara hidup diluar. menarik pulak tengok burger tu~

    BalasPadam
  5. airah suka tengok Tengku Puan Pahang ni cantik je.memang jarang orang tengok kehidupan di penjara ni. apa yang diaorang belajar dalam tu harap dapat membuka peluang rezeki la bila dah keluar penjara nanti

    BalasPadam
  6. Menarik jugak kan ada program mcm ni.. Sekurangnya diorang dapat belajar sesuatu.. Mana tahu selepas keluar nanti mereka boleh praktik kan pula..buat bisnes ke apa kan..

    BalasPadam
  7. Bagusnya ada program macam ni dalam penjara. Sekurang-kurangnya banduan wanita ni tak rasa down sangat lagi-lagi yang terpaksa tinggalkan anak-anak demi menjalani hukuman penjara ni. Bila keluar penjara boleh buka kedai makan dan ada bisnes sendiri kan. Terharu plak tengok usaha Tengku Puan Pahang ni dan rasa bangga jugak sebab Qiya pun anak kelahiran Pahang.

    BalasPadam
  8. Mahamahu punya gambar makan selalu menyelerakan. Bagus ada program macam ni. Walaupun dalam penjara, tak semestinya penghuni nya tidak boleh ada aktiviti yang lain dari kebiasaan.

    BalasPadam
  9. woww bagusnya bila ada program macam ni! menarik betul nampak! bagus untuk semua program macam ni, especially para banduan sebabnya mereka juga perlukan sokongan positif dari kita semua kan untuk teruskan hidup, betul tak perlulah nak memandang kesalahan lampau mereka selama2nya. moga bila dah keluar nanti dipermudahkan urusan mereka untuk teruskan hidup dan moga mereka gunakan segala pengajaran yg dapat sepanjang berada di sana sebaiknya kelak.

    BalasPadam
  10. Bagus sebenarnya diaorang buat macam ni. At least bila dieorang keluar nanti boleh bukak bisnes makanan sendiri

    BalasPadam
  11. Program menarik sebab membuka peluang kepada banduan- banduan untuk memulakan kehidupan baru apabila tamat hukuman mereka. Sepatutnya mereka diberi peluang dan semangat untuk meneruskan kehidupan. Suka dengan Tengku Puan Pahang yang sangat suka memasak..

    BalasPadam
  12. Bestnya Maha ad aktiviti mcm ni. Bertuah sungguh dpt join aktiviti dengan Tengku Ampuan Pahang. Dapat rasa air tangan beliau. Mesti seronok. Harap dpt join aktiviti mcm ni juga nnti.hehehe

    BalasPadam
  13. Wah bestnya dapat jumpa Tengku Muda Pahang . Dapat masak sama2 pulak tu . Semoga program ini dapat diteruskan untuk memberi peluang kedua .

    BalasPadam
  14. Siap ada event dalam penjara, kita pulak nervous hehehe. Iday memang ada baca yang diorang memang ada bagi kelas or program untuk banduan tertentu, macam bagi diorang latihan teknikal supaya bila dah keluar nanti, diorang ada plan for their future. hehehe

    BalasPadam
  15. Bagusnya usaha sebegini. Rawlins suka gila dengan Tengku nie. Setuju dengan MM, kekhilafan lama bukan bermaksud kita kekal berdosa selamanya andai diberi peluang bertaubat dan berbuat baik.

    BalasPadam
  16. Bestnya ada kemahiran cmni dlm penjara..xdela bosan kan.. Dulu penah ikut ke penjara simpang renggam ada pgram.. Suasana dia rasa mcm hmm xtau nk subs.. Sebak ada.. Mengingatkan kita supaya jgn sesekali buat jahat yg menempah maut.. Hrp lps kluar mereka jd insan yg baik & praktikkan apa yg dipelajari tu utk mse depan..

    BalasPadam
  17. Beruntung awak Maha dapat join aktiviti macam ni. Kita baru je tengok cerekarama minggu lepas,kebanyakannya shoot di penjara ni. Bagus aktiviti macam ni sebenarnya, dapat membuka mata masyarakat bagaimana kehidupan di dalam penjara dapat peluang pulak berjumpa dengan Tengku Puan Pahang.

    BalasPadam
  18. Bagus sangat program macam ni, banduan wanita dapat belajar memasak. Seronok tengok diaorang dapat belajar niI senua dan berjumpa dengan tengku pahang. Siapayang nak masuk penjara kan. Semoga merrka insaf dan keluar menjadi orang yangberguna

    BalasPadam
  19. Down to earth sunguh YM ni. Suka tengok program yg dianjurkan. Banyak yg kita boleh bantu terutama banduan disebalik jeriji besi

    BalasPadam
  20. bagusnya program macam ni.. sekurang-kurangnya penghuni penjara tersebut tidaklah berasa terasing dengan dunia luar.. aktiviti seumpama ini boleh buat mereka lebih menghargai kebebasan diluar sana selepas keluar penjara nanti

    BalasPadam
  21. Kalau lah dapat peluang macam ni, memang tak tolak rasanya. Bileh memberi keinsafan pada kita dan mensyukuri nikmat hidup

    BalasPadam
  22. Comel je Tengku Puan Pahang ni.. Rasanya program macam ni selalu juga diadakan di penjara, supaya ilmu yang mereka dapat daripada program2 macam ni boleh digunakan bila mereka keluar semula ke real world. Kalau kat penjara Kajang ni, ramai banduan2 wanita yang berkebolehan, bukan saja dalam memasak tapi juga menjahit, ber-spa dan lain2 juga.

    BalasPadam