Cuti-Cuti Malaysia,

Theme Park Hotel Bilik Penginapan Sesuai Untuk Jumlah Ramai Di Puncak Genting Highlands

Isnin, November 19, 2018 Mahamahu 15 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tak lama lagi Genting Highlands ni bakal meriah apabila bukanya taman teman luar mereka yang sekarang ni tengah rancak dalam pembinaan. Tak silap tahun depan dah mula buka dan pasti ramai yang plan nak merasai kehebatan taman tema baru tu. Tapi kalau korang nak menginap kat puncak sejuk tu Maha ada satu hotel yang sesuai untuk jumlah rombongan yang ramai.



Hotel yang Maha maksudkan adalah Theme Park Hotel yang terletak betul-betul depan pintu masuk ke taman teman luar Genting Highlands. Kalau korang nak duduk sini memang sangat sesuai untuk masuk ke taman tema ini. Cuma nak ingatkan parking tak ada kat hotel tu kalau nak korang kena parking kat hotel Genting Grand. Kemudian kena jalan kaki keluar untuk ke hotel ini agak jauh sikit lah.




Kalau yang datang naik Genting Skyway atau public transport lain seperti bas akan berhenti kat Skyavenue Resort World memang kena jalan kaki ke hotel ni kena seberang jalan utama. Sekarang lobi hotel ni pun dah cantik dan berwajah baru. Kalau korang masuk kat lobi ni boleh nampak ada replika pokok dan tumbuhan yang melambangkan alam semulajadi. Kat lobi ni pun lebih mesra kanak-kanak kerana ada permainan jadi sambil tunggu waktu untuk check in boleh anak-anak bermain.



Maha masa berada kat Genting Highlands sebab ada acara memperkenalkan Lipton Nitro Tea dan juga Redtail Karaoke memang Maha menginap kat hotel ni. Bagi Maha hotel ni sangat selesa dan luas sebab ia adalah hotel yang sesuai untuk mereka yang datang dengan jumlah ramai lebih dari dua orang. Kalau keluarga yang ada tiga hingga enam orang sangat sesuai untuk menginap kat hotel ini.




Hari tu masa Maha datang duduk kat bilik Quads yang mana bilik tu ada dua katil queen yang boleh muatkan sehingga empat orang. Bilik besar dan sangat selesa lepas tu pulak mengadap kawasan luar dengan pemandangan hijau semulajadi. Siap ada balkoni dimana waktu pagi korang kena duduk kat balkoni ni sambil sarapan pagi boleh melihat kabus yang tebal kalau bernasib baik boleh nampak matahari terbit.




Bilik yang Maha duduk tu ada reka bentuk yang menarik dengan design kartun yang menarik. Dalam bilik tu semua kemudahan ada dengan televisyen LCD satelit, bilik mandi bersambung dengan pancuran mandian air panas, kemudahan teh & kopi, kipas siling, mini peti sejuk dan akses internet wifi percuma. Pastu kat sini konsep almari terbuka korang boleh sangkut pakaian kat penyangkut yang disediakan. Cuma kat bawah katil tu ada ruang khas untuk korang nak simpan beg atau barang-barang supaya tidak bersepah.






Best lah memang sesuai sangat yang datang dengan kawan-kawan satu kereta boleh duduk sini. Jadi harga lagi murah sebab korang boleh kongsi empat orang. Cuma nak ingatkan pada korang yang hotel ini ada dua blok banggunan yang mana ada block Main dan block Valley Wing. Yang Valley Wing ni agak jauh sikit korang kena seberang jambatan yang menguhubungkan dua blok. Unik kat hotel ni kalau korang nak tengok no bilik tak ada tulis kat pintu atau tepi pintu tau ia ada tulis kat bahagian bawah pintu kena tengok bawah baru nampak no bilik hehehe.



Selain dari bilik untuk empat orang kat hotel ini ada juga bilik yang mampu memuatkan sehingga enam orang. Bilik Sixers ini mempunyai tiga katil bersaiz queen di ruang seluas 300 kaki persegi, sesuai untuk keluarga atau kumpulan kawan yang ramai dan suka tinggal bersama dalam satu bilik. Dalam tu ada dua katil kat bawah dan satu katil bertingkat. Kelengkapan dalam bilik ni sama juga dengan bilik lain cuma jumlah lebih ramai boleh muat.




Satu lagi bilik kat sini ada special punya untuk pasangan yang nak berbulan madu dan merasai duduk bilik mewah. Ia adalah Honeymoon Suite. Korang boleh tengok kat ruang tamu ada tab mandi lagi tau boleh mandi sambil tengok tv. Kemudian bilik mereka lebih besar dan sangat luas. Bestlah kalau datang bulan madu sepuas-puanya.





Kalau korang nak sarapan kat lobi hotel ini ada Eatopia kafe yang menyediakan makanan seperti roti termasuk pastri, sandwic, makanan mart, dan Nasi Lemak. Tapi korang tak perlu risau dah ada kat Genting ni korang boleh sarapan seawal pagi kat kedai-kedai yang ada kat mall tapi kena keluar jalan sikitlah.


So rasa hotel ni sangat sesuai untuk korang nak merancang percutian kat puncak tinggi ini. Bagi Maha kalau nak datang dengan keluarga atau kawan-kawan ramai boleh lah booking bilik-bilik yang besar dan selesa ini. Waktu untuk check in hotel ni pukul 3.00 petang dan check out pula pukul 12.00 tengah hari. Cuma korang kena sediakan RM200 untuk deposit semasa check in hotel ni tau. Kalau nak beristirahat kat Genting Highlands Maha memang cadangkan sangat hotel ini. Maha bagi 4 bintang pada hotel ni best selesa cuma jauh sikit kena banyak berjalan.

Maklumat lanjut layari :
Laman web : https://www.rwgenting.com/accommodation/hotels/Theme-Park-Hotel
Facebook : https://www.facebook.com/themeparkhotelgenting
Tel :  +603 2718 1118 







15 ulasan:

  1. The Theme Park hotel got a minimalist feel and bright room feels really comfortable. Wanna try the honeymoon suite someday looks so nice.

    BalasPadam
  2. Selesanya nampak hotel ni. Kalau bawak anak² dah tak perlu risau. Semua complete. Saya pun dah lama tak naik genting. Nanti boleh la plan ke sini

    BalasPadam
  3. indeed a nice family place to stay, look at the room is spacious. Last time we went when in 90s, time fly as been a long time no go with my parents. Love to go someday, need plan it out!

    BalasPadam
  4. Sudah lama I tak pergi Genting. Can see that their rooms look better and bigger now which suit for family usage especially during school holiday.

    BalasPadam
  5. looks simple and nice... quite comfy... hope u enjoy ur stay there... cooling weather is always a plus point in genting.. right?

    BalasPadam
  6. Lama dah tak pi Genting. Nampak cantik selesa luas biliknya. Sukalah dengan design nya yang minimalis, tak serabut. Part minum air liar balkoni ni terasa ketenangan nya. Thanks sharing

    BalasPadam
  7. Lama dah tak pi Genting. Nampak cantik selesa luas biliknya. Sukalah dengan design nya yang minimalis, tak serabut. Part minum air liar balkoni ni terasa ketenangan nya. Thanks sharing

    BalasPadam
  8. wah MAHA punya ada balkoni best sangat view cantik sambil layan minum kopi kan... suka sangat rekaan hotel ni sangat minimize dan cool, kids friendly lagi anak anak I suka gila kat sini tau

    BalasPadam
  9. Cantiknya hotelni. Luas boleh bawak keluarga ramai2. I suke la konsep die nice sangat. Boleh survey untuk booking cuti sekolah ni. Genting pun dh bukak kan untuk themepark indoor. huhuhu

    BalasPadam
  10. Serius memang cantik dna luas.. Tertarik dengan design kat dinding tuh.. Kalau saya bercuti dengan keluarga sesuai sangat duduk bilik macam Maha ni. Tapi kureng bab parkinglah.. Kena menapak pulak kan..

    BalasPadam
  11. Indahnyaaaa. Nampak best. Nanti nak bercuti sorang2 boleh la pi sini. Kalau bawa anak-anak kelam kabut ruby Nak Naik bukit. Hahahaha

    BalasPadam
  12. Kte pun dah try tdo 1 malam kat theme park hotel ni. Memang suka sgt dgn lukisan 3d yg comel tu

    BalasPadam
  13. Ya Allah style giler bilik dia Maha! Nad pernah sekali je naik atas Genting tu hahah. Next time kalau pergi boleh la try bilik hotel ni stylo sangat.

    BalasPadam
  14. Rawlins suka konsep dia yang kemas dan menyediakan ruang untuk kelompok yang ramai. Sesuai kalau MM nak ajak kami semua lepak kelak. Bila nak ajak nie MM?

    BalasPadam
  15. Eee cantiknya dekorasi hotel ni. Konsep comel dan clean suka la. Kalau dh check in tak nak keluar bilik kalau camni.

    BalasPadam