Kuala Lumpur,
Betulkah MAIWP Tidak Agihkan Zakat?
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Betulkah MAIWP tidak agihkan kutipan zakat yang mereka perolehi setiap bulan. Ini adalah persepsi dan tanggapan negatif yang sudah bersarang di kalangan masyarakat kita. Sehingga ada yang kurang keyakinan kepada badan yang dipertanggungjawab mengutip dan mengagihkan zakat ini.
Sampai bila kita hendak berprasangka akan semua ini sekiranya kita sendiri tidak mahu ambil tahu apa yang dilakukan disebaliknya. MAIWP adalah oraganisasi yang berperanan menguruskan zakat di Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Kutipan zakat ini dilaksanakan oleh MAIWP melalui Pusat Pungutan Zakat MAIWP. Manakala aktiviti mengagihkan zakat dilaksanakan sendiri oleh MAIWP.
Bagaimana Pengagihan Zakat Dilakukan
Menurut apa yang Maha ketahui bahawa MAIWP membuat pengagihan zakat melalui 28 skim bantuan zakat yang membantu asnaf daripada segala aspek merangkumi keperluan asas, perumahan, pendidikan, perniagaan, kebajikan dan dakwah. Bantuan ini berjalan sepanjang tahun dan bukan pada bulan-bulan tertentu sahaja.
Maha ambil satu contoh yang paling mudah sekirang ada satu keluarga yang telah dikenalpasti sebagai asnaf miskin dan mereka layak untuk menerima bantuan zakat. Bantuan yang diberikan bukan sahaja wang ringgit yang kita lihat setiap bulan tu sahaja tau. Ia merangkumi beberapa perkara lain yang melibatkan keluarga tersebut seperti :
- Bantuan Sewa Rumah sekiranya tidak mampu membayar sewa rumah
- Bantuan Pelajaran kepada anak-anak sekiranya mereka ada anak bersekolah
- Bantuan Perubatan sekiranya mereka ada masalah kesihatan
- Bantuan Perniagaan sekiranya mereka ada membuat perniagaan secara kecil-kecilan
Jadi semua itu akan dibantu oleh MAIWP dan ia kekal sehingga keluarga ini keluar daripada taraf asnaf miskin. Jadi tak adil kalau kita hanya mengambil kira wang bantuan setiap bulan yang diberikan sahaja.
Selain daripada bantuan kepada keluarga asnaf miskin ini agihan lain yang MAIWP lakukan adalah agihan zakat secara tidak langsung di mana dana zakat dimanfaatkan untuk penubuhan prasarana yang dapat memberi manfaat untuk jangka masa panjang. Kalau korang lalu kat Kg Pandan KL akan nampak tersergam megah Kolej Profesional Baitulmal & Institut Kemahiran Baitulmal dan itu merupakan juga hasil usaha dalam pengagihan zakat.
Selain daripada itu banyak lagi institusi dari peringkat menengah sehingga pengajian tinggi. Kalau rajin tengok la di sini: https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/institusi-pendidikan.
Birokrasi Dalam Permohonan Bantuan Zakat
Ini satu lagi perkara yang juga ramai orang anggap permohonan bantuan zakat itu susah dan banyak birokrasi. Bagi mengurangkan isu ini MAIWP telah membuka 10 Pusat Agihan Zakat atau PAZA dimana 9 di Kuala Lumpur dan 1 di Labuan. MAIWP juga turut menyediakan Kaunter bergerak Baitulmal MAIWP yang turun ke lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di masjid, bazar-bazar Ramadhan, pasar malam dan sebagainya. . Ini demi mendekatkan orang ramai dan memudahkan untuk membuat tuntutan bantuan zakat.
Selain itu juga, Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP telah ditubuhkan untuk turun padang mencari dan menjejaki mereka yang tercicir daripada menerima bantuan zakat. Kita juga sebagai rakyat yang prihatin boleh memberi kerjasama untuk turut membantu menyalurkan maklumat kepada MAIWP sekiranya mendapati ada golongan yang layak untuk mendapatkan bantuan zakat ini.
Sekarang ini nak memohon bantuan zakat dan tidak susah hanya perlu mengisi sehelai borang dengan maklumat lengkap. Ini penting kerana untuk memastikan pemohon benar-benar termasuk dalam golongan yang layak menerima bantuan zakat. Permohonan juga tidak perlukan membuat pengesahan dari mana-mana pihak seperti ahli politik, ketua kampung, imam dan sebagainya. Manakala proses kelulusan bantuan juga dipercepatkan kepada 5 hari dan bagi kes-kes kecemasan, bantuan akan disalurkan dengan segera.
Jadi apa pandangan korang tentang perkara yang banyak tidak benar di luar sana tentang pengagihan zakat ini. Jangan kita hanya mendengar dan membaca sahaja tanpa membuat kajian tentang perkara sebenar. Korang juga boleh dapatkan info lanjut tentang pengagihan zakat ini melalui laman seperti di bawah :-
Laman web : www.maiwp.gov.my
Facebook MAIWP : www.facebook.com/maiwp.hq
Facebook Baitulmal MAIWP: www.facebook.com/baitulmal.wp/
Instagram: @hqmaiwp
Youtube : MAIWP TV
bagus entri Maha ni.. boleh menerangkan apa difikiran semua orang tentang isu dan prasangka buruk orang ramai tentang maiwp tidak agihkan zakat.. atlest bila baca entri maha baru kita tahu bagaimana pengagihan zakat tu dilakukan.. harap lepas ni tak timbul prasangka buruk lagi kan
BalasPadami'm not sure about this issue... kind of new information for me, while reading up ur blog.. thanks for sharing out the information...
BalasPadamSelalu gak dengar pasal persoalan ni. Kdg2 diorang ni main cakap je apa diorang sangka, padahal tak selidik or tanya pun dulu. Nice write up on this issue!
BalasPadami think it happens to any organisation. there's always abuse or misuses, but at the end of the day, i think transparency is what it is matters.
BalasPadamHow to deal with markets ups and downs?
orang ni kadang pandai jer cakap tapi diorang tak tahu macamana strugglenya petugas2 zakat kena lalui semata nak menyampaikan amanah...saya sendiri pernah join program zakat diorang...serius tak sanggup macam diorang buat....respek petugas zakat
BalasPadamOrang memang suka bercakap benda tak betul tanpa usul periksa. Bagus ada perkongsian begini untuk makluman semua orang.
BalasPadamBila ad penerangan jelas mcm ni baru la seronok dan tak de timbul rasa ragu2 dikalangan pembayar zakat. Malah dengan adanya penerangan mcm ni. Buat ramai lg orang ingin rasa nk berzakat. huhuhu
BalasPadamElok la..at least sekarang they are more transparent. Tak de la prasangka lagi. Sekarang ramai generasi muda ada pengetahuan untuk pentingnye zakat.
BalasPadamMemandai je dorang ni sebarkan benda tak. Padahal MAIWP dapat sijil audit bersih kan tak silap? Maksudnya semua transaksi adalah transparent. So pembayar zakat tak yah risau nak byr zakat dah.
BalasPadamBagus Maha update entry ni. Bagi pendedahan kepada umum aturcara dan tindakn yang dijalankan dalam mengagihkan zakat. Orang kita ni biasalah, bila tak nampak bendanya, dia jadi macam tak percaya. Mulalah bercakap², sedangkan tak nampak pon. Takkan setiap agihan nak kena masuk tv? Huhu
BalasPadamnetizen ni suka sangat sebarkan benda tak betul. Bukan nak rujuk pihak zakat dulu, main tuduh je MAIWP tak buat kerja padahal MAIWP ada team sendiri yang mencari asnaf & golongan memerlukan bantuan zakat. sabor jelah
BalasPadamTak logik la kalau maiwp tak agihkan zakat. kalau tak, dah lama maiwp kena. tak payah nak pening pening dengar cakap netizen yang entah pape tu
BalasPadamMemang banyak khabar2 angin kata macam tu..tu yg ramai takut nak salurkan zakat kat maiwp.
BalasPadamBaguslah skrg mawip dah byk buat program menerangkan dn membwri kesedaran pada masyarakat kemana wang2 zakat disalurkan. Moga x ada lg cakap2 belakang ttg mawip ni
Amboi kemain tajuk dia panasss! Hahaha yes wak bagus entry ni at least org Tau kemana duit disalurkan. Haram Tau makan duit zakat tanpa izin atau pengetahuan org
BalasPadamMungkin diorang nak tengok sendiri macam maba duit tu diagihkan. Takkan semua benda nak canang kat masyarakat apa yang diorang buat. Kalau buat kang kata menunjuk, tak buat kang kata duit lesap.. Entahlah diorang ni.. Pemikiran tu cetek sangat
BalasPadamGood to know about this, hopefully it'll help people understand the importance of it.
BalasPadamGood job MAHA. banyak yg beroandangan negatif dengan pusat pungutan zakat ni kan.. Dengan adanya entry ni moga org kita lebih celik mata dengan hal ni
BalasPadamBiasalah kan, orag mesti nak tau, dengan entry yang maha buat harap mereka baca. Mesti tertanya2..duit tu dibagi ke tak. .Ramai rakayt yang sush. maiwp mestilah tgk mereka yang betul2 mememrluka kesushn kan
BalasPadam