Christmas,
Bumblebee Dan Ironman Meriahkan Magical Christmas Celebration Di Marriot Hotel Putrajaya
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selamat menyambut Hari Natal atau lebih dikenali sebagai Christmas diseluruh dunia. Hujung tahun mesti semua akan menantikan saat meraikan kemeriahan perayaan ini selain ia bersangkutan juga dengan cuti sekolah hujung tahun di Malaysia.
Bersesuai dengan ini juga pihak Marriot Hotel Putrajaya tidak lupa meraikan kanak-kanak yang paling gembira bila tiba musim perayaan dan cuti sekolah. Bersesuai dengan program CSR mereka tahun ini Marriot Hotel Putrajaya kerjasama dengan Palm Garden Hotel dan Palm Garden Golf Club meraikan lebih kurang 50 orang kanak-kanak daripada Rumah PPR Lembah Subang sempena dengan Magical Christmas Celebration yang diadakan baru-baru ini.
Kanak-kanak ni kalau tak ada maskot atau juga watak kegemaran mereka tak meriah jadi pihak hotel juga telah membawakan dua watak utama kegilaan kanak-kanak sekarang iaitu Bumblebee dan juga Ironman bagi memeriahkan majlis. Pada hari tu seronok tengok kanak-kanak ini diraikan dengan bergembira dan menari bersama dua maskot utama ini yang jarang mereka temui secara live.
Selain itu juga, pada majlis tersebut pihak hotel meraikan kanak-kanak yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Disember dengan majlis memotong kek. Kanak-kanak memang suka makan kek dan juga tengok mereka gembira kita juga turut rasa gembira. Bagi menggalakkan orang ramai diluar sana melibatkan diri dan membantu golongan yang memerlukan ini pihak hotel menjual Bag for Earth hanya pada harga RM20 nett per bag. Duit daripada pembelian itu akan didermakan kepada kanak-kanak dan dalam masa sama menyelamatkan bumi yang kita diami ini.
Kelainan yang ditampilkan oleh pihak hotel dalam menyahut seruan menjaga alam sekitar dan mengurangkan pencemaran bahan buangan, mereka telah menghias pokok Krismas dan juga dekorasi dalam hotel dengan menggunakan bahan kitar semula. Boleh lihat pokok dihias dengan bahan buangan kotak sungguh kreatif dan menarik sekali usaha murni ini. Jadi kita kat luar ini tiada alasan untuk tidak sama dalam meraikan perayaan juga menyumbang kepada alam sekitar.
Pada akhir acara hari itu semua kanak-kanak dihidangkan dengan pelbagai juadah makanan perayaan Krismas yang memang menjadi kesukaan kanak-kanak. Maha sendiri pun suka akan makanan tradisi sambutan Krismas ni sebab semua enak-enak dan comel-comel belaka. Moga usaha murni ini akan diteruskan dimasa akan datang dan lebih banyak lagi pihak luar sana tampil dengan pelbagai idea dan cara membantu mereka yang memerlukan dan menjaga alam sekitar.
Akak dah tengok citer Bumblebee tu..best sangat dan comel jer bumblebee dalam filem ni...eh...best la event ni maha..sampai hati tak ajak akak tau....for sure kanak- kanak enjoy masa event ni kan...
BalasPadam