Dora The Explorer,

Tarikkan Terbaru Dan Menarik Di Genting Highlands Musim Cuti Sekolah Ini

Rabu, Disember 05, 2018 Mahamahu 22 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan seklaian. Yes sekarang ni musim cuti sekolah dan musim untuk membawa anak-anak dan keluarga pergi berjalan-jalan betul tak. Sapa ada rancangan nak pergi ker Genting Highlands masa cuti sekolah ini. Memang ini menjadi lokasi pilihan ramai sebab macam-macam aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini.


Aktiviti khas untuk orang dewasa juga aktiviti khas untuk kanak-kanak serta juga yang melibatkan keseluruhan ahli keluarga daripada kecil hingga ke dewasa. Maha nak kongsi dengan korang beberapa perkara baru yang menarik belaku sepanjang cuti sekolah di Resort World Genting. Memang kalau korang datang satu family tak bosan dan boleh sertai semua program dan permainan ini.


Nickelodeon’s Dora The Explorer LIVE!


Ini adalah satu persembahan yang wajib korang pergi tonton bila ada kat atas sana. Ini kerana persembahan ini adalah satu-satunya di Malaysia dan ia hanya dipersembahankan di pentas utama Genting International Shoowroom. Kanak-kanak sangat suka akan persembahan Dora The Explorer yang membawakan watak kartun hidup ke pentas. Persembahan ini memakan masa selama 30 minit dan sangat menyeronokan.



Dora kali ini ada misi yang perlu diselesaikan iaitu mencari permainan teddy bear yang hilang di City of Lost Toys. Dalam pengembaraan tu ada banyak halangan yang akan Dora hadapi dan memerlukan bantuan penonton. Persembahan ini menarik sebab penonton akan berinteraksi dan memberikan penyelesaiaan kepada perjalanan Dora dan kawan-kawan. Nak tahu menariknya dan bagaimana Dora menyelesaikan misi ini kena pergi tonton secara langsung di sana.

Harga tiket RM RM186.00 (VIP seat), RM143.00 (PS1 seat) dan RM101.00 (PS2 seat)


Pokémon Festival @ Resorts World Genting


Selain daripada Dora, Resort World Genting juga membawakan watak kartu animasi yang comel dan ganas kesukaan ramai siapa lagi kalau bukan Pokémon. Kali ini kat sekitar genting akan dipenuhi dengan haiwan-haiwan yang comel dan watak-watak menarik dalam kartun ini seperti Pikachu, Eevee, Bulbasaur, Squirtle dan Charmander.



Sempena dengan Pokémon Festival ini akan ada beberapa aktiviti yang dirancang mengikut jadual seperti Pikachu Parade yang membawa watak Pikachu live berhibur bersama penonton. Kemudian ada Pokémon Christmas Tree yang merupakan pokok paling tinggi di Malaysia dan dihiasi dengan patung Pokemon. Juga ada kedai menjual barangan exclusive Pokemon iaitu Pokemon Pop-Up Store. Jadi bawa anak-anak untuk berjumpa dengan Pokemon dan orang dewas pun ramai yang sukakan kartun ini.


STAR WARS : Secrests Of The Empire


Ini sangat menarik dan memang tak ada kat tempat lain Maha sendiri dah merasai permainan ini. Ia adalah permainan Hyper-Reality pertama di Asia yang membawa kita terus kepada dunia pemainan sebenar. Ia macam permainan virtual reality tapi ini lebih hebat daripada itu kerana ia menggabungkan teknologi canggih yang dapat memberi kesan terus mendengar, merasakan, menyentuh dan bahkan mencium bau untuk membawa kita ke dalam cerita sebenar.



Bertempat di The VOID Skytropolis Funland permainan ini adalah daripada filem STAR WARS : Secrests Of The Empire dimana kita satu team empat orang akan masuk dalam dunia Star Wars sebenar dan juga perlu menyelesaikan misi. Perlu memakai pakaian khas dan juga disediakan senjata khas untuk menyelesaikan misi ini. Seronok sangat dan korang bila keluar dari game tu akan teruja dan muka memang gembira sebab pengalaman terbaik main game realiti macam ni. 

Harga tiket RM130 seorang


Ni antara yang menarik dan best kat Genting Highlands yang Maha dah pergi tonton dan rasai sendiri. Ianya khas semperna dengan musim cuti sekolah dan juga musim perayaan tahun baru sehingga ke Tahun Baru Cina tahun depan. So kalau datang sana waktu ini memang banyak yang korang boleh buat bersama keluarga tersayang. Kalau nak ke sana pastikan waktu kena sesuai sebab sekarang musim hujan kat atas sana sangat sejuk dan kabus tebal. Selamat berhibur semua.







22 ulasan:

  1. My children loves Pokemon so much. Sudah lama I tak bawa anak I pergi. Miss this place so much.

    BalasPadam
  2. Bestnyer tarikan terbaru ni. Kita gi Genting semata2 nak singgah GPO je. Tak join pula kat sini. Next time kena make a time la. Pernah juga bergambar dengan Dora ni. Kita suka kartun comel2 ni.

    BalasPadam
  3. so long no go RWG, sure missed the weather there alot. Great to know of this from you, now school holidays can let friends to know too. They been thinking where to go as boring stay at home.

    BalasPadam
  4. Baca tentang Genting highland, Abby jadi teringat saat kesasar masuk Kasino hahahaa.. salah jalan.

    Btw asyik juga nih bawa anak2 main kesini saat liburan tiba. Pastu senang karena disini ramai permainan.

    BalasPadam
  5. Aduhhhdudududud....banyak betul pilihan nk pegi bercuti bersama keluarga time cuti sekolah ni...hehehe...mana satu nk pilih ni??...boleh lah nanti BC bawa keluarga menghabiskan masa cuti sekolah di sana...terima kasih atas perkongsian ini...

    BalasPadam
  6. Rm130 gulppp.. tapi ada macam2 benda best.. pikachu tu comel giler. Boleh ajak mak pk bawa anak datang dtg time cuti sekolah

    BalasPadam
  7. maga ni ssaje je tau..goda kat entry masakan ni plak goda pi genting..ngan watak2 comel tu pastinya SA teruja...alaaaa...dh la tgh x sihat....kalau sihat dh bawak kakak dania pi situ...

    BalasPadam
  8. Dah lama tak naik Genting. Pelbagai tarikan menarik sekarang ni. Tap bila tengokkan harga tiket tu, terfikir gak berbaloi ke idok tu?

    BalasPadam
  9. Bestnya..macam2 Genting buat untuk menarik minat orang datang ke sana musim cuti sekolah ni. Hari tu pun dapat offer ke sana tapi sayang pulak tak dapat pergi..kalau tak sure Aesyha suka

    BalasPadam
  10. Pokemon Pikachu tu ialah salah satu mouse mommy punya favourite animation cartoon! Nnt nak ajak abg utk jalan-jalan cari makan kat Genting Highland ni! Tq tau info ni :)

    BalasPadam
  11. Wow! Lama tak pergi genting! Mcm2 ada sekarang kan? Aktiviti dengan pikachu dan star wars? Omg! Rally excited! My hubby really loves pokemon. Kalau ada masa ni , memang seronok dapat pergi dengan keluarga. Boleh have fun together.

    BalasPadam
  12. sungguh menarik ni. I wish to see Pokémon Festival @ Resorts World Genting. Maybe next week when we visit it. I think the kids would love it its so cute hehe

    BalasPadam
  13. wahhhhhh.... so much fun up there and got my favorite pikachu!!!i want to go up there again!!

    BalasPadam
  14. wahhhhh bestnya...nak2 ada dora diego dan pikachu...tu watak2 kegemaran anak2....budaknya sekarang pun dah sekolah menengah...memang mengimbau sangat zaman kanak2 diorang ..tapi game star wars tu macam best jer ,macam nak cuba jerrr

    BalasPadam
  15. Menarik betul program cuti sekolah kat Genting ni. Suka lah tengok Pokémon festival tu. Dulu kecik-kecik selalu tengok kartun tu. Boleh la naik genting sat nak join program gini bawa anak-anak

    BalasPadam
  16. without the fox theme park, i supposed genting will need to come out with more attraction in order to continue to attract more tourists... pokemon should be attractive for kids, i hope! at least that's my generation kind of cartoon

    How to deal with markets ups and downs?

    BalasPadam
  17. Genting memnag tempat yang menyeronokkan..dapat jemputan ni, tapi tak dpat pergi..syok oo..macam-macam ada dekat genting tu. yNag star wars tu mesti best kan..hehee..mesti macm kat tempat yang betul..ehhee

    BalasPadam
  18. Ehhhh ada pikachu besar gedabak pulak dah. ini bukan budak je yg excited. Makcik budak pun boleh tumpang sekaki

    BalasPadam
  19. Baru pegi genting beberapa bulan lepas. Sekarang dah banyak aktiviti best kat atas yer . Nak tengok pikachu comel tu geramnya kan .

    BalasPadam
  20. Ahhh genting again ! never been there dan nampak gayanya saya kena plan betul-betul supaya sampai Genting. Planing banyak kali tapi selalu tertunda.

    BalasPadam
  21. baiklah.. saya sesiap ke Genting Highlands nih.. hee~ cuti sekolah pun nak habis dah, sempat kejar nih..

    BalasPadam
  22. wahh!! Ada kanak-kanak suka lahh nii :)

    BalasPadam