Expo,
Hong Kong Trade Fair Bakal Memenuhi Kalendar April Dan Mei Anda Tahun Ini
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hong Kong dan Malaysia telah menjalin hubungan perdagangan dua hala yang teguh dengan pelbagai produk dan perkhidmatan. Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) adalah badan yang mengumpul maklumat pasaran terkini dan membentuk perkongsian untuk mengembangkan perniagaan antara dua negara.
HKTDC telah menganjurkan lebih daripada 30 pameran di Hong Kong setiap tahun dengan 11 daripadanya menjadi penyumbang pasaran terbesar di Asia. Di antara produk yang terlibat adalah barangan elektronik, barang kemas, hadiah, jam tangan, kelengkapan rumah, teknologi/ICT dan lighting. Ia menawarkan platform yang ideal untuk pedagang dan pembekal dari Malaysia untuk memperluaskan perniagaan mereka ke pasaran baru.
Baru-baru ini telah di adakan majlis makan tengah hari dan memperkenalkan acara kelender tahunan Hong Kong Trade Fair bertempat di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur. Cik Hoh Jee Eng, Pengarah HKTDC Malaysia mengumumkan bahawa 8 pameran perdagangan utama akan diadakan tahun ini di Hong Kong pada bulan April dan Mei tahun ini.
Pameran yang dimaksudkan adalah:
• Hong Kong International Lighting Fair (Spring Edition) - 6 hingga 9 April 2019
- hklightingfairse.hktdc.com
- hklightingfairse.hktdc.com
• Hong Kong Electronics Fair (Spring Edition) - 13 hingga 16 April 2019
- hkelectronicsfairse.hktdc.com
- hkelectronicsfairse.hktdc.com
• International ICT Expo - 13 hingga 16 April 2019
- ictexpo.hktdc.com
- ictexpo.hktdc.com
• Hong Kong Houseware Fair - 20 hingga 23 April
- hkhousewarefair.hktdc.com
- hkhousewarefair.hktdc.com
• Hong Kong International Home Textiles and Furnishings Fair - 20 hingga 23 April
- hkhometextilefair.hktdc.com
- hkhometextilefair.hktdc.com
• Hong Kong Gifts & Premium Fair - 27 hingga 30 April 2019
- hkgiftspremiumfair.hktdc.com
• Hong Kong International Printing & Packaging Fair - 27 hingga 30 April 2019
- hkprintpackfair.com
- hkgiftspremiumfair.hktdc.com
• Hong Kong International Printing & Packaging Fair - 27 hingga 30 April 2019
- hkprintpackfair.com
• Hong Kong International Medical Devices and Supplies Fair - 14 hingga 16 Mei 2019
- hkmedicalfair.hktdc.com
- hkmedicalfair.hktdc.com
"Sebanyak 30 pameran HKTDC yang menarik dengan lebih daripada 39,000 peserta pameran dan lebih 750,000 pelawat dari seluruh dunia telah hadir sepenjang expo pada tahun 2017/2018," kata Cik Hoh Jee Eng. Beliau berharap tahun ini lebih banyak syarikat Malaysia terlibat untuk meneroka peluang perniagaan dan meneroka pasaran global melalui pameran HKTDC. Beliau juga sangat menggalakkan semua pembeli, pengedar dan peruncit dari Malaysia untuk datang Hong Kong untuk mendapatkan terus sumber dari sana.
Malaysia adalah rakan dagangan Hong Kong yang ke-8 terbesar. Hingga November 2018, jumlah nilai perdagangan antara kedua-dua ekonomi mencapai USD26.4 bilion. Malaysia adalah pasaran eksport ke-17 utama Hong Kong dengan jumlah nilai eksport sebanyak USD 4.1 bilion dan sumber import ke-7 terbesar dengan nilai import sebanyak USD 22.2 bilion. Mana tahu Maha juga boleh ke sana untuk tengok apa teknologi menarik mereka dan dibawa ke Malaysia.
0 Pandangan: