Food Review,

Jom Makan Street Food Di SkyAvenue Genting Highland

Isnin, Januari 07, 2019 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Jika korang berada di Genting Highland dimana lokasi yang dibanjiri dengan banyak pilihan makanan yang enak-enak pasti korang tidak pasti mana yang nak pilih bukan. Ada sesuatu yang luar biasa dan selesa di Jom Makan Street Food, Level 4 SkyAvenue Resort World Genting. Jom Makan adalah deretan kedai makan yang diiktiraf Halal dengan banyak keseronokan untuk dipilih.



Maha hari tu pergi genting dan makan di sini kerana semuanya ada makanan jalanan Malaysia yang popular seperti Nasi Lemak! Gerai Nasi Lemak ini menawarkan special menu iaitu Nasi Lemak Kunyit. Nasi lemak di sini boleh nikmati dengan Rendang Ayam atau juga dengan telur goreng itu sudah pasti.




Selain nasi lemak, kat sini ada juga Kampong Fried Rice dan Petai Fried Rice yang mempunyai rasa asli, goreng hingga sempurna. Lagi sedap kalau dinikmati dengan sambal untuk rasa lebih pedas dan mengancam. Kalau korang tak makan nasi korang boleh nikmati Fried Bee Hoon, Fried Kuey Teow, Mee Rojak atau Curry Mee. Makanan street Malaysia tak lengkap tanpa sate dengan pilihan sate ayam, daging lembu atau kambing.



Jika korang suka rasa makanan India, boleh pergi kat gerai Sri Paandi Curry House. kat sini terdapat masakan India Selatan yang terbaik daripada Karaikudi. Sri Paandi telah memenuhi selera pelanggan mereka sejak tahun 1977 untuk tiga generasi dengan warisan mereka diteruskan oleh anaknya. 


Pecinta Nasi Daun Pisang kat sini ada korang boleh makan dengan dangan menu sampingan lain seperti Naan, Tosai dan Roti Canai dari bahan-bahan sumber dari India untuk mengekalkan rasa asal. Sebagai satu-satunya masakan India di destinasi makanan, ini adalah pengalaman gastronomi yang tidak boleh dilepaskan.



Siapa yang suka makanan panas boleh cuba di gerai Nasi Ayam Claypot. Biasa kalau clayport ni penuh satu mangkuk dengan nasi dan lauk kemudian dimakan panas-panas. Last sekali mesti kena cuba pencuci mulut popular rakyat Malaysia seperti Ais Kacang dan juga Cendol.  




Jika korang bangun awal pagi untuk sarapan pagi kat sini pun ada set 'Jom Breakfast' untuk hanya RM11.30. Pilih daripada tiga pilihan: Nasi Lemak Ekonomi atau Nasi Goreng, Kuey Teow Fried atau Roti Canai, Thosai atau Chapati dengan Kari dan Dhal. Semua set datang dengan Kopi atau Teh.



Gerai-gerai kat sini beroperasi setiap hari dimana hari Ahad hingga Khamis dari pukul 8am – 10pm manakala Jumaat dan Sabtu buka pukul 8am – 11pm. Konsep kat sini tiada bayaran cas semua menggunakan Genting Card yang korang boleh topup atau beli kat kiosk warna merah tu. Jadi selamat dan lebih mudah. Selamat mencuba semua ok. 






1 ulasan: