Asam Pedas,
Nostalgia Makan Dalam Rumah Kampung Di Restoran Kantin Asam Pedas
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Jangan kata kat Kuala Lumpur ni korang tak boleh nak makan dalam suasana rumah kampung lama sebab memang ada tempat tu. Kali ni Maha nak bawa korang ke sebuah restoran yang di design seperti dalam sebuah rumah kampung lama.
Pertama kali Maha melangkah ke dalam Restoran Kantin Asam Pedas ni pandangan terfokus kepada dekorasi dalamanya. Ini kerana kelainan yang ditampilkan dalam design restoran ini walaupun kecil dan agak tersorok di bawah unit Residensi Bistari kat Ukay Bistari ni tapi ia sangat unik. Memang korang tak sangka inisiatif pemilik restoran ini Puan Roslin dan juga suami memastikan ia mengembalikan kenangan makan dalam rumah di kampung.
Maha tak nak cerita lagi pasal dekorasi restoran ni tu last part nanti korang kena baca sampai habis. Tapi Maha nak bawa korang kepada masakan Asam Pedas terbaik 'in town' yang disajikan di sini. Memang korang tak dapat cari restoran yang mana semua masakan dimasak sendiri oleh pemilik restorannya. Ini adalah kerana untuk mengekekalkan rasa kesedapan dan originaliti masakan Asam Pedas dari Melaka negeri kelahiranya.
Paling popular kat sini dan menjadi pilihan ramai orang adalah Asam Pedas Telur Mayong. Ini kerana ia adalah menu paling susah nak dapat dah kalau korang nak makan masakan ni memang kena tempah dahulu 2 atau 3 hari sebelum pergi makan. Ini kerana mereka hanya menyediakan sajian telur mayong ni atas permintaan sahaja sangat limited. Harga pun boleh tahan dalam RM30 hingga RM50 bagi sekilo mengikut harga pasaran.
Tapi Alhamdulillah Maha dapat rasa Asam Pedas Telur Mayong ni hehehe. Rugi kalau korang tak cuba memang terbaik. Telur Mayong ni rasanya kenyal-kenyal jer dan berlemak. Tapi kalau sekali masak tu memang tak boleh habis makan seorang kena share tau. Selain telur mayong special request kat sini Asam Pedas Kepala Ikan Merah, Jenahak dan Duri. Kena order awal baru boleh dapat tau.
Selain tu juga kat sini mesti kena cuba juga Asam Pedas Ikan Merah, Ikan Jenahak, Ikan Tenggiri, Ikan Duri, Ikan Parang, Ikan Sembilang dan Ikan Kembung. Banyak pilihan ikan dan semua harga antara RM18-RM20. Kalau yang suka Asam Pedas Ikan Pari Berempah harga RM14 sahaja. Ini special Asam Pedas kerana masak menggunakan rempah istimewa.
Satu lagi yang wajib kena cuba adalah Asam Pedas Daging Tetel hanya RM13 sahaja. Ni memang kegilaan ramai orang lah. Harga Asam Pedas yang Maha bagi tahu tu dah termasuk sekali dengan Nasi Putih dan Ulam yang boleh ditambah percuma, juga ada telur masin, ikan masin dan juga termasuk air sirap 'orang kahwin' hehehehe. Memang makan Asam Pedas ni pasangannya adalah air sirap sejuk terbaikkk.
Selain Asam Pedas ada juga Set Ikan Bawal Goreng dan juga Set Ayam Goreng harga antara RM15 hingga RM18 sahaja. Ni semua digoreng garing makan sampai terangkat. Paling rare dan wajib kena cuba kat sini adalah makan Asam Pedas dengan Lempeng Kelapa. Gilerr ini terbaik sangat memang tak ada kat tempat lain sini sahaja. Harga Lempeng Kelapa hanya RM2 jer memang berbaloi.
Kalau korang rasa tak sempat nak singgah makan kat restoran, mereka juga ada sediakan drive-thru kat belakang restoran ni untuk sapa yang buat tempahan melalui call. Bila dah call buat tempahan lepas tu lalu je kat pintu belakang dengan kereta boleh ambil terus yang korang order tadi. Memang tip top lah service kat sini.
Korang bukan sahaja puas dengan makanan mereka tapi juga dengan suasana kat dalam restoran ni. Memang seperti dalam sebuah rumah kampung yang dihiasi dengan pelbagai barangan antik yang susah nak dapat tempat lain. Masa Maha makan hari tu ngan kawan-kawan memang rasa macam makan dengan keluarga. Korang kena datang ramai-ramai meriah sangat.
Restoran ni buka hari Selasa sampai Ahad dari pukul 11.00pagi hingga 4.30petang sahaja. Hari Isnin tutup. So korang boleh plan nak pergi bila masa dan bawa satu keluarga terutama kanak-kanak KL ni yang tak pernah rasa suasana rumah kampung. Ini masanya makan macam zaman dulu-dulu hehehe. Maha dah pergi makan sini korang mesti kena datang cuba juga ok.
Selamat menjamu selera semua.
Info lanjut dan tempahan boleh dibuat di sini :
Tel : 03-41019876 / 012-6665552
Facebook : Kantin Asam Pedas
Instagram : https://www.instagram.com/kantinasampedas
Alamat : Restoran Kantin Asam Pedas
E-G-14 Residensi Bistari,
Taman Ukay Bistari,
68000 Ampang,
Selangor
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5
*Terima kasih gambar antik daripada Dikbee dan Cik Lily Putih
Ya Alllah! Cx tak kuat! Hahaaah asal banyak sangat makanan? Hahaha asam pedas tu.. asal telur ikan mayung dia seksi sangat? Rasa nak makan. Sedapnyaaa. Dah lama tak makan telur ikan mayung. Mahal pon ya. Ahhaha seronoknya dpt makan dekat sini. Dahlah bersih, cantik pula tu kedai dia. Makanan pon sedap². Kena cuba ni!
BalasPadamI am not a fan of asam pedas, ulam or budu. But, I really like the deco there. It looks so cool. Will go there one day and try have my meal in traditional kampung setting.
BalasPadamGiler la..dlm KL ada aempat makan best and nostalgic macam ni..patut semua gmbar cantik2..Maha x aci tau...x aci sebab x ajak akak...niche food blogger pun macam dh berkubur je ni...
BalasPadamRestoran Kantin Asam Pedas has interesting decorations. it looks like so much fun you guys had there. The food look delicious. I wanna try some boleh? hehehe
BalasPadamHari tu ada nampak you all pergi sini dalam insta. Memang teringin betul nak gi try. Memang susah nak cari assam pedas sedap. I peminat assam pedas. Nak gi try nanti.
BalasPadamUish tempting gila menu telur ikan tu. Ini kalau ibu mengandung dah kira mengidam dah. Nanti kalau syira pi KL nak try jugak makan.
BalasPadamPhewwww!Old School gila barang-barang dia semua. Ruginya tak dapat join korang haritu. Makanan dia pun perghhhh... Mengancam tengok asam podaih tu :D
BalasPadamAduyai... Jahat tau..!!
BalasPadamWrong timing lak Nina singgah sini waktu gini. Terliur nengok telur mayong Asam Pedas tu. Tergoda nengok dia posing. Huhuu... One day nak singgah try makan sini, lokasi pun tak jauh dari rumah. Nak tengok depan mata dekorasi restoran nya. Cantik!
Alahai..tengok lagi gambor ni, ni yang membangkitkan kenangan makan asam pwdas ikan mayong ni...nampak gaya memang kena repeat lagi ni, mencik tau :)
BalasPadamCantiknya dekorasi dia. .. Akak suka sgt dekorasi cafe2 menarik mcm ni..
BalasPadamTerliur dengan asam pedas tetel tu... Aduyaiii
Fav liez asam pedas terutama telur ikan.. aduhhhh dpt lak mkn dgn telur masin dan ada ulam lagi... perghhh mmg terangkat.. kedai pun dekat je , so boleh la bawak family liez g sana nnt
BalasPadamCantik tempat ni. Dah macam rumah betul. Mesti best makan Asam pedas sambil mengimbau kenangan lama kan. Feeling kat kampung tu ada kalau dah suasana macam ni. Menu pun memang kampung habis. Terliur tengok
BalasPadamYa ampun makanannya mmg sedap dan terbaik rasanya. Tengok pun dah terliur hehehh. Ingat nak ajak laki datang makan sininla hehe
BalasPadampaling terliur asam pedas telur mayong tu. pernah cuba sekali sebelum ini, memang kena dengan selera. Lepas ni nak kena cuba kt Kantin ni plak
BalasPadamMasih terbayang2 asam pedas kantin. Sedapnya! Die punya lempeng kelapa pun. Perghh mmg tk leh nk lupe.. Eh wak gmbr kite ad dlm blog awak. Gittew...
BalasPadamsedapnya makanan. tempat pun cantik..
BalasPadamTak puas lah makan kat sini, walaupun kita menambah berpinggan-pinggan kan. dapat makan ulam, telur masin, asam pedas. aduhai sayang. tempat pun tak nak kalah deko dia
BalasPadamNostalgia betul ni! Boleh rasa alang-alang kat kampung ni. Instagrammable-kampung scene! Cantik!
BalasPadamlama tak pekena asam pedas telur mayong ni.. kecur lak nengok.. decor stail kampung mmg terbaek.. thanks for info.. blh try singgah nnti
BalasPadamMasakan kampung memang sedap, asam pedas telur mayung lg my favourite.sedapnya. kat umah mmg selalu masak asam pedas ikan pari sbb anak2 suka
BalasPadamMemang sedap kedai kak Lyn ni. Selalu ruby pergi makan set ikan pari tu. sebab murah. Yang lain-lain tu, bila ada family gathering je makan reramai. Contoh telur ikan mayong tu rm 35 tauuuu. set ayam goreng tu rm 15 tau. dapat kuah asam pedas dan nasi putih. kalau bebudak makan bleh kongsi dua orang. sebab ayam besar. jemput datang lg k.
BalasPadam