Alam Semulajadi,

Perkahwinan Dengan Konsep Dikelilingi Kehijauan Alam Semulajadi Dan Sungai Di Orchard Villa Gombak

Isnin, Januari 28, 2019 Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu orang nak buat majlis perkahwinan dengan konsep dalam taman atau kehijauan alam semulajadi tapi kalau kat KL ni mana nak cari tempat macam tu. Kalau ada pun mungkin dewan yang dihiasi dengan pelbagai tumbuhan dan bunga-bungaan tapi macam mana nak buat air sungai yang real. Terfikir juga kalau ada tempat macam ni mesti best. 



Sebenarnya ada je tak jauh pun hanya dekat Gombak sahaja, bakal pengantin dan juga keluarga boleh buat perkahwinan impian mereka menjadi realiti. Ini kerana kat Orchard Villa yang terletak di Jalan Gombak Lama anda boleh buat majlis dengan dikelilingi oleh tumbuhan semulajadi dan juga deruan air sungai yang sangat tenang. 




Dulu penyanyi terkenal tanah air Hazama dan isteri Genervie pernah melangsungkan perkahwinan beliau di sini tahun 2017. Maha pernah datang juga masa majlis tu berlangsung memang seronok dan meriah. Kali ini tahun 2019 Maha datang lagi jemputan ke majlis resepsi perkahwinan pasangan Syed Naquib dan Balqiss yang diadakan kat sini.





Masih tetap sama tempat masih hijau dan juga penuh dengan tumbuhan yang memberi ketenangan serta boleh dengar kicauan unggas yang memecah kesunyian. Orchard Villa ini boleh dijadikan lokasi untuk bukan sahaja majlis perkahwinan tapi juga pelbagai program lain seperti bertunang, akad nikah, akikah, reunion, majlis koporat, pelancaran produk, gathering, pelbagai jenis kenduri dan macam-macam lagi.   




Kat sini kalau disusun dengan kemas dan teratur mampu untuk memuatkan seramai lebih kurang 400 orang tetamu dalam satu-satu masa. Kat sini walaupun rasa mcam jauh untuk korang masuk kedalam tapi segala kemudahan lengkap ada disediakan seperti surau yang luas, bilik persalinan dan juga tandas yang selesa untuk semua tetamu yang hadir.




Kalau majlis yang ramai parking tak perlu nak bimbang kerana ada satu kawasan yang luas untuk parking dikawal oleh pegawai RELA. Dekorasi kat sini boleh ikut kehendak pasangan kalau nak lebih meriah dan lebih bajet pun boleh dilaksanakan demi merialisasikan segala agar majlis berjalan lancar. Macam yang pengantin Maha datang hari tu mereka siap ada persembahan nyanyian dan juga kumpulan kompang dan silat memang sangat meriah.

Pakej Lengkap Dikendali Felda D'Saji


Orchard Villa dikelolakan oleh Felda D'Saji yang merupakan organisasi pengurusan katering yang telah bertapak di Malaysia selama lebih 25 tahun. Paling penting mereka mendapat pengiktirafan Halal daripada JAKIM untuk semua makanan yang disediakan. Hari tu D'Saji menyediakan pelbagai makanan enak dan memang sangat memenuhi seleras kita orang Malaysia.







Pakej perkahwinan kat sini disediakan daripada merancang konsep perkahwinan ke menu makanan, gaun pengantin yang elegan, imej yang menakjubkan, bunga dan hiasan yang indah. Mereka juga ada ramai pramusaji yang lengkap dan terlatih untuk menjadikan majlis berjalan tanpa ada masalah. Makanan mesti cukup untuk semua tetamu kerana itu sangat penting dalam satu majlis.







Rasa masih belum ada masa untuk membuat pilihan dan lokasi majlis yang penuh bermakna dalam hidup boleh sahaja pilih di sini. Maha suka datang sini sebab menarik dan menenangkan.. Korang boleh hubungi pegawai mereka terus untuk mengatahui harga dan juga pakej yang disediakan. Nak datang sini kalau dari Plaza Tol Gombak tu hanya dalam 14 minit sahaja dan kalau korang dari MRR2 hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit. Tahniah Maha ucapkan kepada pasangan pengantin moga terus kekal hingga anak cucu. Selamat Pengantin Baru.

Pertanyaan dan tempahan boleh hubungi :-
Tel : 03-26988302
        019-2974800 (Zaidi) 
        012-9214691 (Hidayu)





19 ulasan:

  1. lawanyaaaaa. semuanya nmpk cantik dan kemas. yang deco pun sangat teliti . god job. memang teringin gak nak wat weeding ala2 alam sekitar tapi lupa pasangan pun tak ada lagi. hahaha

    BalasPadam
  2. seronoknya dapat kahwin dekat sini. lawa gila kawasan. tak payah susah nak cari port tangkap gambar dah dekat kawasan sekeliling pun dah cantik. menu pun nampak sedap

    BalasPadam
  3. Cantiklah! Memang best best kalau dapat buat wedding reception dekat tempat macam ni. Tenang, nyaman dan bersih dikelilingi alam semulajadi dan sungai. Memang rare! Akan menjadi moment terindah ntk semua orang yg hadir.

    BalasPadam
  4. Kenapa laa masa kita nak kahwin dlu tak banyak tempat2 macam ni. Tension tauu macam ni. Nak gi sanding lagi sekali aci tak? Hahaha

    BalasPadam
  5. The wedding decorations look nice and unique. Definitely will recommend my Muslim friends to have wedding here.

    BalasPadam
  6. Berselera sungguh kalau makan dalam kawasan yang penuh dengan kehijauan ini. Lagi berselera. Cantik la kalau mempelai memilih nak buat majlis kat sini.

    BalasPadam
  7. I suka betul tengok orang yang kahwin guna pakej camni. At least they all bijak sebab pilih yang reputable camni. Makanan they all serious nampak bufet ramadhan kat hotel. hehehe

    BalasPadam
  8. suka tngok kawasan ni..tenang jer...ni kalau kahwin mmg rasanya berbaloi sekali dengan pakej macam ni..selain daripada jimat tenaga..jimat juga belanja

    BalasPadam
  9. bestnya kalau dapat kawin suasana macam ni..tenang je..makana pun semua nampak sedap je..kita namapk dessert dia..heehe..emneyelerakan..boleh suggest dekat member yang nak kawin..hehhe

    BalasPadam
  10. Wow...best kan bagi mereka yang nak bersanding kat sini. Dengan pemandangan yang sebegini cantik, memang terasa seperti di istana macam raja dan permaisuri. :)

    BalasPadam
  11. Cantiknya tempat ni Maha..makanan dia pun nampak sedap-sedap. Nanti Maha buatlah kat sini ya..blehlah sis datang..:D

    BalasPadam
  12. Awat laaa tak tahu. Tak jauh Gka dari area rumah. Nina. Dalam 15 minit jer ke sini. Cantik suasana ya. Rare ni kalau bikin majlis ke kannnn? Tenang nyaman jer...

    BalasPadam
  13. Bestnya dapat buat majlis kat sini. Memang famous kan tempat ni untuk majlis perkahwinan?

    BalasPadam
  14. Cantiknya tempat ni..apa lagi Maha. Nanti majlis Maha bolehlah buat kat sini. Nanti jgn lupa jemput..eh? Yg penting, servis drp Dsaji mmg terbaik dan diyakini ramai

    BalasPadam
  15. Woww maha pernah pergi wedding hazama? Kerlas gituuu. Hehe. Tapi tempat ni serious cantik, sesuai sangat nak buat wedding. Kalau la ada tempat mcm ni kat kelantan, emi buat wedding situ dah.

    BalasPadam
  16. Cantiknya cantiknya. ... Nasib baik dah kepas kalau tak memang nak tema macam ni. Nampak meriah sangat. Semua makanan pun nampak sedap sangat Kalau masa boleh diputarkan memang nak kahwin tema ni

    BalasPadam
  17. Cantiknyaaaa. Berntung siapa dapat adakan majlis disitu. Dari segi kos harga macam mna pula ye?
    Tengok makanan tu buat rasa nak rasa je semua. Hehe
    Mesti sedap kan.

    BalasPadam
  18. bagu sekali konsep pesta pernikahan di luar ruangan tapi tetap berkesan dan mewah, berapa sewa tempatnta

    BalasPadam
  19. Seronok tgk majlis kahwin yg npk mewah dan meriah serta samurai,pakej lengkap utk majlis kahwin sememangnya trading zaman skrg

    BalasPadam