Buffet,
The Pearl Kuala Lumpur Menerima Anugerah Best Muslim-Friendly Hotel
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masih belum terlambat kot Maha nak ucapkan selamat tahun baru 2019 pada semua pembaca dan rakan-rakan sekalian. Masih dalam mood nak bercuti lagi sebenarnya nak berehat almaklumlah awal tahun masih tak banyak kerja wakakaka. Kali ni nak kongsi ngan korang penginapan Maha kat sebuah hotel yang menerima Anugerah Best Muslim-Friendly tahun 2017 dari JAKIM.
Ramai tak tahu yang The Pearl Kuala Lumpur adalah antara hotel yang menerima anugerah ini setelah mereka menjalanan branding semula. Maha beruntung dapat berehat kat sini walaupun satu malam. Ia lah sekali sekala manjakan diri duduk hotel mewah dan selesa dengan makan yang sedap-sedap kat sini.
Hari tu Maha duduk bilik Executive Deluxe dah harga untuk satu malam awal tahun ni lebih kurang RM254 jer untuk dua orang bersama dengan sarapan pagi sekali tau. Best kat hotel ini kerana bilik deluxe mereka sangat besar dah luas boleh main golek-golek kat dalam bilik ni.
Kemudahan yang ada dalam bilik ni macam-macam seperti set membuat kopi & teh serta air mineral, TV LED 32', mini peti ais, peti deposit dalam bilik, seterika dan papan seterika dan banyak lagi. Paling Maha suka kalau duduk hotel wifi percuma dan laju tu penting senang nak update live kat korang hehehe.
Bilik air kat sini pun siap ada tab mandi, pancur air, toiletries yang lengkap tak perlu nak beli atau kalau lupa bawa boleh guna semua yang ada termasuk pencukur dan juga cotton bud. Boleh berendam dalam bilik air jer tak perlu nak keluar hehehe.
Tapi rugi lak tak jalan kat hotel ni sebab kat bahagian bawah lobby tu ada mall yang penuh dengan kedai-kedai jadi tak perlu nak jalan jauh-jauh shopping. Bawah hotel tu ada Pearl Shopping Gallery. Tapi dalam hotel pun ada banyak aktiviti sihat korang boleh buat seperti mandi kat pool belajar berenang macam Maha buat atau juga boleh pergi kat gym yang ada kat tingkat 5 hotel.
Kalau korang rasa macam malas nak keluar pergi makan kat luar boleh order In-Room Dinning yang beroperasi 24 jam untuk hantar makanan terus ke bilik korang. Tapi hari tu Maha pergi makan kat Executive Lounge mereka Level 23. Sekarang tengah ada promosi King of the Grill Barbeque Buffet Italian.
Executive Lounge - King of the Grill Barbeque Buffet Italian
Kat sini Maha nak kongsi ngan korang yang Maha update makan mewah-mewah dalam Intagram dan Facebook baru-baru ini. Maha makan kat sini sempena dengan promosi bufet makan malam setiap hujung minggu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. Hari tu Maha makan dari pukul 6.30 petang hingga last call 10.00 malam sampai pekerja situ senyum-senyum tak habis lagi makan wakakakaka.
Barbeque makan malam ni penuh dengan makanan laut yang segar-segar. Kalau korang pecinta Oyster memang kat sini lah tempatnya memang banyak ada macam-macam pilihan. Kalau korang nak yang makan mentah atau yang korang bakar sendiri atas api dilimpahi dengan cheese leleh. Memang korang suka lah kan tapi Maha ni oyster ni kurang sikit boleh lah makan setakat sekeping dua hehehe.
Sebab bufet makan malam ni konsep masakan ala Itali maka korang akan dapat tengok banyaknya pasta dan spaghetti yang dimasak pelbagai cara ada Carbonara, Salsa dan macam-macam lagi. Memang korang tak nampak nasi lah bufet sini heheheh sekali sekala.
Kat sini juga famous dengan Braised Oxtail, Balsamic Duck Breast, Sauteed Baby Lobster with Olive Oil dan banyak lagi daging-daging yang dimasak cara unik. Sangt banyak memang korang tak akan berhenti nak makan sampai puas. Kalau tidak rugi sangat rasanya makan sikit ni. Boleh pecah perut dibuatnya makan tanpa henti.
Maha suka makan kat sini sebab suasana yang tenang dan selesa dengan dekorasi mewah kalau nak makan kat sofa yang disediakan pun ada. Juga kat luar tu ada bahagian terbuka yang korang boleh makan sambil menikmati pemandangan cantik sekitar Kuala Lumpur.
Harga untuk bufet Italian ini hanya RM98+ untuk dewasa dan juga RM45+ untuk kanak-kanak usia 5-12 tahun. Selain tu juga, ada promosi lain yang akan datang sempena dengan Tahun Baru Cina bulan February nanti.
King Of Grill – Chinese New Year Buffet
Harga buffet :
RM98++ untuk dewasa
RM45++ untuk kanak-kanak
Tarikh : 1hb Januari 2019 – 17hb Februari 2019
Harga ‘Chinese New Year Eve’, lain sedikit kerana pertambahan menu untuk sambutan malam tahun baru cina
Harga buffet :
RM118++ untuk dewasa
RM45++ untuk kanak-kanak
Date : 4hb Februari 2019
Pada ‘Chinese New Year Eve’, pihak hotel akan membuka buffet dinner ini sama seperti menu di ‘King Of Grill – Chinese New Year Buffet’ di Cafe 5 tingkat 5.
Harga buffet :
RM98++ untuk dewasa
RM45++ untuk kanak-kanak
Date : 4hb Februari 2019
Jadi kalau korang ada plan nak bermalam kat hotel ni dan juga nikmati makan malam sini Maha rekemen pada korang memang selesa dan makanan semua sedap-sedap. Maha mungkin akan datang sini lagi nak bermalam dan makan-makan. Kalau korang pergi update kat Maha ok kita share pengalaman. Selamat bercuti semua dan selamat menjamu selera.
Info lanjut dan tempahan bilik hubungi :-
Alamat : The Pearl Kuala Lumpur
Batu 5, Jalan Klang Lama,
58000 Kuala Lumpur
Phone : 603-7983 1111
Fax : 603-7621 9777
Email : enquiry@pearl.com.my
Website : http://www.pearl.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/thepearlkualalumpur
Adudududududu, rindu lak kita nak makan Buffet Italian ni, sedap wehhhhh. Semua puas hati dan hotel dia pun not bad wak,4 bintang kot, haaaa
BalasPadamsyok nya.. terasa nak pergi stay 1-2 hari kat the pearl kl... looks comfy and nice... enjoy!
BalasPadamSedapnya menu2 dia.. Dah la mmg suka oyster tu...blik pun nmpk selesa siap ada bath tub lg haaa.. Syiok lah
BalasPadamNampak best juga hotel ni. Hotel ni dekat Jalan Klang Lama ni. Dekat juga dengan Puchong jalan belakang. Makanan tu huiiiii meriah ko....tak tahu nak mulakan yang mana dulu ni...
BalasPadamNampak menarik la Pearl hotel ni..takde la mahal mana pun harga bilik dia..rasa nak pi la hujung bulan ni..bawak anak dara tu..tahun ni dia nak PT3 so kena la rewards dia sebelum dia busy ngan exam..oyster tu mmg fav akak la...terus terliur..makanan lain pun sama...maha ni saje je letak gambar besar2 kan sampai terliur sgt dah ni
BalasPadamWah! Cantik la bilik uolss. Siap menghadap jalan lagi ek. Untunglahh. Makanan kat ini pun sesedap. Memang teringin nak makan lagi. Dah teringat ingat dah hah
BalasPadamThat toiletries set definitely caught my eyes! Sbb mmg suka kumpul hotel toiletries hahaha. Luas nyaa bilik dia. Kalau g family holiday mmg puas hati la macam ni
BalasPadamBest hotel ini dan makanan pun sedap. I tak pernah tinggal kat sana lagi and hope to stay there 1 day.
BalasPadamI suka bilik hotel ni. Look comfortable and have great facilities. Whoa! serious the buffet spread look super delicious and great spread too. I would want to visit this place too for the buffet.
BalasPadamKita asyik mimpi mimpi je wak makan oyster lately ni..nampak gaya kena gi lagi ni makan kat sana. Nanti kita nak ajak kengkawan lah menikmati buffet tu..tak nak lah kita je makan sedap, nak gak kawan2 merasa
BalasPadamMenggodanya seafood yang terhidang kat sana. Nampak sedap sangat. Nanti boleh cuba. Bilik hotel pun cantik
BalasPadamTerbaik! Tahniah menang the best Muslim friendly hotel. Bila kita jaga agama Allah, Allah akan jaga kita. Dahlah hotel cantik, selesa bilik dengan fasiliti yang disediakan. Makanan pon, pergh! Wallah habis! Mengancam!
BalasPadambestnya hotel dia, walaupun dalam kuala lumpur, kalau duduk hotel, dah macam bercuti kan..dahla ada swimming pool..tu yang menarik..hahaha...pergh makan italian tu..mak iah semua makan nampak sedap..tak pernah rasa lagi oyster tu...
BalasPadamWow tahniah dah disahkan oleh JAKIM. Bukan senang nak dapat tau. Keseluruhan hotel dari pekerja sampai ke supplier makanan kena jaga. pekerja Muslim dan makanan Halal tau. Hehehe.
BalasPadamBestnya korang. Rawlins pernah berbengkel kat sini tapi tak pernah stay kat situ lagi. Makanan dia membuatkan pecah liur!
BalasPadamroughly how much is the room per night? i wanna go stay there too! i always like hotel with bathtub, although always at outside which not much time to enjoy in the bathtub. hahaha anyway how good if the hotel also combine the buffet together as promotion price.
BalasPadamHow to deal with markets ups and downs?
Bestnya tgk menu2 buffet i talian nie.. Terliur AM dibuatnya.. Leh la nak ajak boss AM belanja AM n staff lain dinner kat sini..
BalasPadamKonsep Minimalis je tapi nampak bersih dan kemas.. wah tahniah the pearl atas recognition... i tengok makanan di hotel ni memang nampak delish habis.. suka pula tengok... nanti kalau sempat I nak singgah tempat ni la... mana tahu boleh berhanimoon di sini..
BalasPadamwah.. bagusnya ada muslim hotel macam ni.. tak teragak-agak nak menginap bila dah tau hotel ni dapat anugerah the best muslim hotel kan.. tengok keadaan dan dekorasi pun nampak kemas dan bersih.. bolehlah syor kat family atau kawan2 muslim nanti
BalasPadam