Anggun Chef,

Hidangan Meraikan Kasih Sayang Dari Anggun Fusion Kompleks MITEC Kuala Lumpur

Isnin, Februari 11, 2019 Mahamahu 15 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang masih ingat lagi dulu Maha pernah review satu hidangan yang sangat unik iaitu Nasi Lemak Rendang Ayam Peanut Butter. Itu adalah menu yang fusion pernah mereka perkenalkan tak silap Maha 5 tahun dahulu. Kini masih lagi membawa kepada menu yang fusion dan enovasi seperti ini tapi di tempat lain nama masih sama.


Itu lah dia Anggun Fusion yang kini berada di lokasi baru mereka iaitu terletak di South Entrance MITEC. Konsep lebih segar dan lebih menarik bagi Maha kerana dapat datang makan kat sini. Masa tu Maha ada event kat MITEC sebab lokasi ini selalu buat expo dan cafe ini terletak di aras 1 . Kalau korang masuk pintu utama MITEC dah boleh nampak cafe ini.





Sekarang ini pula mereka tengah buat promosi makanan untuk dua orang. Makanan ini adalah untuk pasangan suami isteri yang baru berumah tangga nak makan bersama. Juga untuk meraikan teman istimewa juga boleh apa salah. Sebab dalam set kali ini sangat menarik satu harga dapat makan dan minum untuk dua orang. 



Set promosi ini ada dua hidangan utama yang korang boleh pilih iaitu nak makan Parmigiana Chicken atau juga Beef Fried Rice. Kalau Parmigiana ini adalah daging ayam yang disalut dengan serbuk khas untuk memberi kesan rangup serta ada sos istimewa di atasnya juga dilapisi dengan cheese. Tengok sahaja seperti warna kemasan dan sangat menarik untuk dinikmati. Rasa makanan kat sini sangat lengkap dan juga mempenuhi citarasa tempatan kita orang Melayu dan selera antarabangsa. 

Parmigiana Chicken

Beef Fried Rice

Redcino

Citrus Mint Berry

Sepecial lain dalam set ini juga adalah mereka ada sediakan minuman yang unik iaitu Redcino atau juga boleh pilih yang sejuk iaitu Citrus Mint Berry. Kalau nak dua-dua minuman ini sekali pun boleh juga tak ada masalah. Ada juga sepasang hidangan pencuci mulut juga dalam set ini iaitu Sago Gula Melaka. Semua set untuk dua orang ini korang boleh dapat dengan harga RM49.00 sahaja tau sangat berbaloi. Kena cepat kerana sset promosi ini untuk masa terhad sahaja iaitu 13, 14 dan 15 Feb 2019 tau lepas tu dah habis.


Paling best kalau korang makan dengan set untuk dua orang ini bukan sahaja dapat makan tapi juga boleh dapat bawa pulang satu kotak tea box exclusive mereka iaitu antara Honey Lemon Milk Tea atau Milk Tea. Terus terang Milk Tea mereka tu Maha dah rasa dan memang sangat sedap cukup rasa teh susu dan manisnya. Satu kotak tu ada mengandungi 12 sachet jadi boleh minum untuk setiap pagi sangat sesuai.

Burger Rendang Peanut Butter Beef/Chicken

Asam Pedas Lamb Grill Spaghetti 

Walaupun korang tengok cafe ini terletak kat dalam METIC satu dewan pameran yang besar dan exclusive sebenarnya kat cafe ini mereka ada sediakan khidmat untuk buat pelbagai aktiviti. Kalau korang rasa nak buat acara perjumpaan, sambutan hari jadi, reunion atau macam-macam lagi di sini mereka boleh ubah menjadi seperti mana yang korang mahukan. Dari segi makan dan minum tak perlu risau memang disediakan sekali. Juga sejak dari dulu lagi mereka masih ada khidmat Exclusive Catering untuk majlis luar yang kurang daripada 200 orang



Juga sekarang ni Anggun Fusion dengan konsep Grab & Go Mini Cafe ada stall membuat kopi dengan barista kopi yang profesional. Korang boleh tengok sendiri hasil kopi yang dihasilkan kerana untuk menjadikan seni minuman kopi macam ni sangat memerlukan kemahiran yang tinggi. Maha ni bukan pecinta kopi tegar tapi korang boleh rasa kopi mereka adalah yang premium dengan rasa yang sejati. Jadi pecinta kopi tegar kat luar sana kena datang cuba special minuman kopi yang ada di sini.  



Kalau rasa korang tak dapat datang makan kat cafe ini jangan risau kerana mereka juga di sini ada menyediakan khidmat penghantaran makanan untuk sekitar pejabat di Hartamas, Mont Kiara, Jalan Duta dan juga Segambut. Kalau rasa nak meraikan insan istimewa ini di rumah atau di lokasi special tapi dapat makanan yang enak boleh order mereka akan hantarkan terus kepada anda melalui Grad Food juga. 

Anggun Chef Signature Gravies


Sekarang ni mereka telah melangkah ke satu tahap lagi apabila menghasilkan produk sos ready-to-cook. Ada banyak rupanya lebih kurang 9 jenis sos yang menarik untuk korang buat sebagai bahan masakan atau juga boleh dimakan terus.  Sembilan jenis sos tersebut adalah :-


  1. Asam Pedas
  2. Rendang Peanut Butter 
  3. Seafood Sauce
  4. Sour & Spicy
  5. Vegetarian Green Curry
  6. Beef Rendang
  7. Satay Sauce 
  8. Sambal Dip
  9. Chilli Crab

Semua sos ini boleh didapati sendiri dijual di Anggun Fusion cafe ini atau boleh beli secara dalam talian di halalfoodmaster.com terus hantar kat korang. Maha dah dapatkan sos yang special ini dan nanti Maha akan buat satu resipi khas menggunakan produk ni. Kalau korang nak tahu kena tunggu next post Maha ok. Jadi korang kena dapatkan juga semua produk keluaran mereka ini memang original dan ianya Halal.

Tempahan dan juga pertanyaan boleh layari :
Tel : 019-3120689 
        012-2824710

Alamat : Anggun Fusion 
               South Entrance MITEC, 
               No 8, Jalan Dutamas 2, 
               Kompleks Kerajaan Kuala Lumpur

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 4/5






15 ulasan:

  1. Wahh... Nama Menu tuu menarik! Tingin nak rasa yang Asam Pedas Lamb Grill Spaghetti

    BalasPadam
  2. huhu... makannan lagi.. sedapnya,,

    BalasPadam
  3. Wah macam2 ada..tempat pon menarik..kalau lepak dgn kawan2 sambil membawang dan makan2 minum selesa sgt ni

    BalasPadam
  4. Suka suasana cafe ni la...cozy jer, dengan menu yang pelbagai tu ha...hidangan fusion dia nampak menarik la maha..lagi menarik kalau maha belanja akak kat sini...hahahaha...boleh terjah nanti ni..

    BalasPadam
  5. Wow...looks delicious. Makes me feel hungry now. Should go try this place.

    BalasPadam
  6. ada baca semlm pasal ni. aida bangga bila ada pes / sos buatan bumiputra gitu, Maha.
    kena diperluaskan penjualannya.
    anta kat serata negara. wajib la support. memudahkan kita nak memasak, kan.
    makanan yg siap dijual tu, tak disangkal la kesedapannya kot kan. plating pun terbaik!

    BalasPadam
  7. Nampak makanan ni semua cantik2 pulak gambar Maha. Dah gambar cantik2 nampak menyelerakan pulak masakan yang dihidangkan. Area Kompleks Kerajaan kat KL ni macam area tempat kerja arwah mama dulu kat LHDN. Jauh juga nak pergi kecuali masa weekend.

    BalasPadam
  8. Parmiagana tu mmg sedap.. sebab ayam tu crispy datang pula dengan salad.. mmg complete set dah tu hehe

    BalasPadam
  9. Parmigiana chicken yang dijual kat sana nampaknya sangat cheesy kan? Nak try lar. Kopi yang dihidangkannya itu, coffee art dia not bad. :)

    BalasPadam
  10. Redcino tu nampak menarik nak cuba. Tapi Parmigiana Chicken tu alahai. Kalau dia pakai cheese parut nampak lagi menarik kot daripada pakai cheese keping keping gitu

    BalasPadam
  11. Nasi lemak rendang ayam peanut butter. Serious takleh imagine dia letak peanut butter dalam rendang ayam, haha. Harapnya sedap la ye.

    BalasPadam
  12. Woww menarik nampak cafe ni. Tapi Sayang Parmigiana dia guna cheese tu tak cukup melt, huhu. Bagus Anggun ni siap ada produk tea tu lg.

    BalasPadam
  13. Menu2 di sini Betul2 wow n unik sbb lain dr yg lain.. Terliur AM.. Rasa nak cuba juga..

    BalasPadam
  14. lain dari yang lain asam pedas grill tu..nampak sedap semuanya..senanng ada sos macam ni makan dengan apa sahaja

    BalasPadam
  15. Tengok makanan dia je dah rasa lapor, nampak sedap-sedap. Sebab cara ambik gambar ke atau memang sedap ni? hehehe. Nanti bolehlah sis cuba makan kat sana n nak cuba beli gak sos ready to cook tu.

    BalasPadam