Cuti-Cuti Malaysia,

Marina Island Pangkor Resort & Hotel Pulau Pelancongan Persisir Pantai

Jumaat, Mac 15, 2019 Mahamahu 16 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha ni jarang nak berjalan ke jauh-jauh travel naik kereta sendiri tapi kali ni rasa macam teruja pula untuk pergi ker satu bandar persisir pantai dalam daerah Manjung Perak iaitu Lumut. Pergi pun bukan saja-saja tau sebenarnya ia adalah perjalanan Maha untuk menyertai buat pertama kalinya Lumut Eco Run 2019.  


Tentang larian tu Maha akan ceritakan kemudian nanti tapi yang best sekarang ni nak kongsikan dimana Maha menginap sepanjang berada kat Lumut. Terima kasih kerana kali ini Maha dan kawan-kawan semua bermalam selama 3 hari 2 malam di Marina Island Pangkor Resort & Hotel. Hotel yang terletak di pulau buatan dan mempunyai lebih kurang 500 buah bilik.

Marina Island Pangkor Resort & Hotel Yang Besar


Hotel ini ada dua block bangunan serviced apartments yang diberi nama D'Sea yang korang boleh lihat berwarna oren tu manakala  D'Ocean pula bangunan sebelah yang berwarna biru tu. Bagi Maha yang pertama kali sampai kat sini memang sangat teruja kerana hotel ni dikelilingi laut sebab kat sini korang boleh lihat matahari terbenam pada waktu senja dan juga melihat matahari terbit pada waktu pagi.




Bilik yang Maha duduk tu adalah bilik sangat luas dan mampu memuatkan sehingga 4 orang. Korang boleh tengok kat ruang depan bilik ini sahaja ada 3 buah katil single manakala satu lagi katil berada kat dalam satu bilik khas. Bagi Maha kalau datang satu keluarga 4 ke 5 orang memang sangat sesuai kat sini sangat selesa. Siap ada juga pantry sendiri bersama dengan kelengkapan seperti pemanas air dan juga mini peti sejuk.






Selain tu yang penting kalau korang duduk hotel bukan setakat selesa tapi kena ada kelengkapan yang cukup seperti kat sini Wifi percuma dalam bilik, set meja tulis, LED Tv dengan pelbagai saluran TV dan bilik berpenghawa dingin sepenuhnya. Dalam bilik ni ada satu bilik air sahaja iaitu di bahagian tengah yang mengandungi bath tab sangat sesuai untuk korang yang suka berendam, hair dryer, toiletries serta rain shower.






Jadi ia sangat lengkap dan memenuhi untuk korang datang bercuti dan berehat bersama keluarga. Selain daripada bilik yang besar untuk 4 orang mereka ada juga sediakan bilik untuk 2 orang serta bilik paling besar yang boleh muatkan sehingga untuk 16 orang. Semua bilik mesti ada pantry sendiri dan juga bilik air sendiri. Jadi boleh datang ramai-ramai dan masak kat dalam hotel tu bawa je periuk nasi elektri masak sendiri dan makan ramai-ramai jimat sangat. Harga bilik pula berbeza mengikut saiz dan juga tarikh, kalau korang nak tahu boleh tengok kat laman web mereka lagi senang. 








Harga termasuk sarapan pagi yang disediakan di Terumbu Cafe. Maha suka duduk kat hotel ni bukan sahaja kerana bilik mereka tapi juga beberapa kemudahan lain yang ada kat dalam hotel ni. Mereka siap ada sediakan ruang khas untuk kanak-kanak yang dipanggil Kids Club. Mak bapak boleh tinggal anak mereka kat dalam bilik tu untuk tonton movie yang disediakan dan juga bermain permianan yang ada serta berseronok kat situ. 








Juga ada kelengkapan lain seperti bilik gym walaupun tak berepa besar tapi ok lah boleh untuk mengeluarkan peluh. Lepas tu terus sahaja terjun kat kolam renang mereka yang ada di bahagian luar. Nak mandi kat tepi pantai pun boleh juga tak ada masalah sebab semua di kelilingi dengan laut dan lagun. Nak buat aktiviti mainan tepi pantai pun boleh seperti bolar tampar pantai dan juga berkelah kat tepi pantai tu dibawah payung bersama keluarga atau kawan-kawan seronok giler. 

Frenzy Hippo Waterpark Masa Untuk Main Air


Selain daripada penginapan ada juga aktiviti riadah luar yang menarik berdekatan dengan hotel ini iaitu Frenzy Hippo Waterpark. Ini adalah satu-satunya taman tema dengan keluasan 25 buah gelanggang badminton terapung di atas air. Menarik giler tempat ni boleh main panjat-panjat dan juga terjun dalam air tu. Harga untuk main waterpark ni RM35 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Korang akan rasa penat bila bermain kat situ tapi tetap puas hati. Bestnya kat sini kena main awal pagi kerana tak dipanaskan dengan mentari dan juga diganggu dengan angin kencang. Kalau main petang boleh cuma agak terbataslah.






Selain itu juga, sekitar kawasan pantai tu korang juga boleh main seperti kayak, berbasikal, Paddle boat, Yoyo boat, Pelampung Unicorn dan banyak lagi. Semua tu korang boleh sewa dengan harga untuk kayak RM20/30minit, Paddle boat RM30/30minit, Yoyo Boat RM15/30minit. Kawasan tepi pantai ni dibuka untuk mainan dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari dan sambung balik pukul 3.00 petang hingga 7.00 malam sahaja.









Jadi kalau korang duduk kat Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni macam-macam aktiviti boleh buat tak perlu nak pergi jauh kat situ sahaja dah boleh habis satu hari dengan pelbagai aktiviti bersama. Tak akan bosannya kat sini tak perlu nak pergi jauh hehehehe. 





Tepi pantai tu juga mereka ada buat dekorasi seperti kincir angin untuk korang bergambar dan menikmati pemandangan waktu petang menunggu matahari terbenam sangat cantik. Juga situ ada satu kolam menternak ikan besar iaitu Ikan Kerapu seberat 100 kilo kesayangan pemilik hotel ni dan ia telah diternak lebih dari 9 tahun. Itu satu daya tarikan juga kalau ada sini korang boleh bagi makan kat ikan-ikan tu ok.   

Tempahan hotel dan pertanyaan lanjut tentang hotel boleh hubungi :
Tel : 605 680 5888   
Fax: 605 680580
Email : enquiries@marinaisland.com 

Buang Lemak Dengan Lumut Eco Run 2019 


Tadi Maha ada bagi tahu yang Maha datang ker Lumut dan menginap kat hotel ini adalah semata-mata menyertai Lumut Eco Run 2019 yang terlah berlangsung pada 2 Mac 2019 yang lalu. Ia adalah larian pertama yang Maha sertai untuk tahun ini dan luar daripada KL. Saja nak cari angin luar dan menikmati tempat orang, kalau nak datang sendiri bercuti tak tahu bilakan. Larian Lumut ini adalah anjuran Patriot Malaysia dengan kerjasama Ultron, Dorsett Kuala Lumpur dan juga Marina Island Pangkor Resort & Hotel


Larian Lumut ini adalah lain daripada lain bagi Maha kerana ia ada konsepnya tersendiri iaitu dimana ia bukan sahaja larian untuk menyihatkan badan tapi dalam masa sama ia bertujuan untuk mendidik masyarakat mecintai alam sekitar melalui tema-tema yang mereka adakan setiap tahun. Larian ini akan berlangsung selama 4 tahun berturut-turut dengan 4 tema yang berbeza iaitu tema Tanah bagi tahun 2019, tema Air bagi tahun 2020, tema Api bagi tahun 2021 dan tema Angin untuk tahun 2022. Setiap tahun mereka ada madel yang berbeza kalau korang rasa suka kumpul madel larian Lumut ini sangat sesuai untuk sertai. Janji korang kena tamatkan larian ok.




Kenapa ia diadakan di Lumut? Ia adalah untuk memperkenalkan eco pelancongan yang ada kat sekitar Lumut dan juga dalam masa sama ia mampu meningkatkan ekonomi masyarakat disekitar bandar ini. Ini kerana acara larian ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia/pemastautin tetap dan juga pelari antarabangsa. Jadi secara langsung ia memberi pendedahan kepada orang luar tentang keunikan yang ada kat Lumut selain daripada pantai dan juga alam semulajadinya. 



Dengar kata lebih dari 1200 orang telah menyertai larian ini dan sambutan sangat hebat. Ada 3 kategori yang dianjurkan iaitu 5km untuk Fun Run, 10km dan juga 21km untuk half marathon. Maha hanya mampu masuk untuk 10km sahaja tau dan berjaya menghabiskan semua larian dalam tempoh 2 jam juga lah wakakakka. Almaklumlah orang berlari tapi Maha banyak berjalan tapi bestnya larian ni dapat masuk dalam Markas Pengkalan Lumut - TLDM tau bukan senang nak masuk kat sana.. Bagi Maha aktiviti macam ni sebenarnya bagus kalau dapat dilakukan sekali sekala untuk kesihatan badan. Harap next time dapat join lagi untuk larian lain pulak mana tahukan. Korang juga boleh join untuk tahun seterusnya.

Pertanyaan tentang larian dan update akan datang layari: 









16 ulasan:

  1. Hotel tu menarik sangat dan selesa habis.. Besar pulak tuh.. Wah..wahh... Lepas ni Maha pasti boleh habiskan larian 21km tu pulak.. Tahniah daripada LeYa keraba telah berjaya menghabiskan larian 10km

    BalasPadam
  2. Teruja tengok bilik hotel yang serba mewah dan besar tu.
    Kalau dapat menginap kat situ, semalaman je mesti tak puas.
    Kalau satu family ramai pun still boleh duduk dalam satu bilik yang sama.

    BalasPadam
  3. amboi, peluk bebear nampak :) ha ha ha ha...
    pernah survey resort ni, Maha. mahal!
    ha ha ha ha tak mampu nak spend kah kah kah :)
    tapi padan lah dgn harga. tempatnya ohsem sgt tu.
    besar.
    surely selesa.

    BalasPadam
  4. muka dapat madel tu, hihihihihi.Cantik juga kawasan dekat resort ni. Tak perlu keluar dah, semua aktiviti ada kat situ.

    BalasPadam
  5. Tahniah berjaya dapat medal Eco Lumut Run. I is jelly with the Hippo Fenzy water park. Nak merasa main kat situ. Haha. Bilik warna biru ala2 ocean tu cantik gilaaaaaa.

    BalasPadam
  6. Hebatnya Maha, aida belum tentu dapat habiskan run tu hahaha, congratulations. Suka bila u share gambar2 review & holiday u sebab gambar cantik :) Thank u for sharing, kalau ada rezeki sampai sini *which is memang tak pernah sampai pun* i will stay here hehe

    BalasPadam
  7. Maha baru balik bercuti ke? Emi kali terakhir ke Pangkor kalau tak silap sekitar 7 tahun lepas. Zaman belajar lagi masa tu, ingat2 lupa dah hehe

    BalasPadam
  8. Seumur hidup kita belum pi pangkor ni tau.. Memang teringin sangat nak pergi. Baca entri ni.. Dapatlah info tentang Pulau Pangkor.. Makin teruja dan tak sabar nak pergi dibuatnya

    BalasPadam
  9. Alaaaa rindu nak berlari 10km..eh! Hahahah..

    BalasPadam
  10. haiiii... awak ni yang top 3 masa larian tu kann.. hahaha.. rindu pulak dengan marina island resort ni. walaupun tak jauh dari rumah tapi ni la first time stay sana. rupanya banyak attraction kat situ. nampak nau lama tak pi.. hehe..

    BalasPadam
  11. Bestnya resort ni..dh bertambah cantik berbanding masa sis gi dulu. Ni tak tau bila dpt gi lagi. Apa2 pun tahniah ya Maha..terbaiklah dapat habiskan larian 10km,.kalau sis mau pengsan di buatnya.

    BalasPadam
  12. Seronoknya run ni mcm kat TV show tu. Inflatables running game! Lain kali ada run aktiviti gini roger tau!

    BalasPadam
  13. Best kan! The bilk mainan kanak-kanak lah yang best, i nak beli bear bear yang besar tu. So huge and nice to put n TV room.

    BalasPadam
  14. wah banyak gila aktiviti menarik macma ni I ni entah bilalah dapat terlibat dengan trip cenggini. haha.. tiba tiba rasa beshnya hidup shinggleee tetiber*.. tapi mula mula i cuba baca perjalanan ke sana macam mana.. nak parking kereta kat mana.. tapi tak jumpa pula sebab tengah nak siapkan itinerary di pangkor laut nanti huhuh.

    BalasPadam
  15. Lama betul tak ke Pangkor. Best juga kalau ke sana boleh stay Marina Island Pangkor Resort sama macam Maha kan. Best aktiviti air yang Frenzy Hippo tu. Seronok plak tengok.

    BalasPadam
  16. Wowwwww pantas maha! Kita tak sempat review lagi ni. Honestly onie cakap, stay di Marina Island ni memang best yang amat. Perfect view i tell u maha! Sunrise and sunset yg superb, environment yang sangat tenang. Makanan sarapan dia sedap-sedap terutama nasi lemak, Ikan bilis dia bukan sekadar ikan bilis.

    BalasPadam