Afternoon Tea,

Ombak Cafe Sajikan Makanan Timur Dan Barat Dari Pagi Sampai Ke Malam

Rabu, Mac 27, 2019 Mahamahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok Maha nak sambung balik posting semasa bercuti kat Pulau Perhentian dan bermalam di Ombak Dive Resort. Kalau korang nak tengok post tentang resort ni boleh baca kat post sebelum ini, memang tempat ni sangat selesa dan menarik. Bilik luas dan segala kemudahan ada kat sini bukan setakat nak bermalam tapi nak scuba juga ada kemudahan di sini. Tapi paling penting kat resort ini ada Ombak Cafe.





Dah penat seharian buat aktiviti laut masa untuk makan dan kalau duduk pulau makanan sangat penting, mesti bukan setakat sedap tapi dekat. Sebab depan resort ni jer korang dah boleh tempuh cafe yang sangat luas dan selesa. Konsep bagi Maha cafe kat sini terbuka dimana kita boleh mengadap laut yang luas dan juga menghirup bayu laut segar. Ombak Cafe ini menawarkan pelbagai masakan sajian antarabangsa seperti masakan Cina, Indian, Itali, Thailand dan juga masakan barat. 

Sarapan Pagi Ala Inggeris Di Ombak Cafe


Kat sini kalau korang menginap jangan risau sebab harga bilik yang korang bayar tu dah termasuk sekali dengan sarapan pagi. Jadi pagi-pagi tak perlu bimbang nak isi perut sebelum membuat aktiviti air. Sarapan sini disediakan seawal pukul 7.30pagi hingga 10.30pagi. Ada macam-macam makanan berkonsep barat kat sini seperti Roti Bakar, Omelette, Bijirin, Soup dan juga Jus serta Susu Segar. Tapi ada juga satu hidangan tempatan seperti Bihun Goreng atau Nasi Goreng untuk memberi kepuasan pada semua tetamu yang ada kat sini dari pelbagai negara.




Style sarapan pagi sini bufet jer korang boleh makan sebanyak mana yang nak tapi awas jangan makan banyak-banyak kalau nak scuba tau snorkeling nanti penat hehehe. Maha suka makan sini sebab banyak pilihan dan makan sambil mengadap laut dan boleh tengok matahari terbit pagi-pagi sambil dengar deruan ombak yang sepoi-sepoi bahasa kat tepi kafe tu. 

Menu A'la Carte Makan Tengah Hari


Lepas penat pagi tu pergi buat segala aktiviti sekeliling pulau balik mesti korang nak makan tengah hari pulakkan. Kat kafe ini pun mereka ada sediakan menu A'la Carte pelbagai jenis yang boleh dipilih. Bagi bufet mereka akan sediakan bufet tengah hari sekiranya ada kumpulan yang ramai dalam 20 orang. Pilihan makan tengah hari memang banyak ada lebih daripada 20 jenis masakkan. Kat sini Maha senaraikan yang sempat mereka hidangkan semasa kami datang hari tu.
  

Red Tom Yam Noodle Seafood Soup (RM28.00)

Ombak Fried Seafood Noodle (RM28.00)

Fish Curry with Steam Rice (RM24.00)

Plain Naan with Tandoori Quarter Chicken (RM30.00)

Ada menu seperti Grilled Lamb Shoulder, Plain Naan with Tandoori Quarter Chicken, Ombak Fried Seafood Noodle, Red Tom Yam Noodle Seafood Soup, Chicken Parmigian, Fried Rice Seafood, Mix Half Dozen Satay, Seafood Pattaya Fried Rice, Beef Pattaya Fried Rice dan Fish Curry with Steam Rice. Semua makanan ni Maha dah rasa dan paling yang Maha suka adalah Satay dan juga Tom Yam mereka. Memang sangat padu dan juga menyengat kalau korang makan memang puas hati. 

Chicken Parmigian (RM38.00)

Grilled Lamb Shoulder (RM45.00)

Beef Pattaya Fried Rice (RM24.00)

Seafood Pattaya Fried Rice (RM28.00)

Sizzling Mee

Mix Half Dozen Satay (RM23.00)

Harga juga sangat berpatutan dengan kawasan pulau sebab rasa sangat puas hati. Chef mereka adalah daripada international sebab tu mereka boleh sediakan beberapa menu yang pelbagai. Minuman juga sini ada banyak yang popular seperti minuman Mocktail. Korang boleh pilih daripada Designated Appletini, Mid Summer Dream, Sunrise, Virgin Pina Colada dan Deep Blue.

Mocktail (RM20.00) 

Nescafe Tarik (RM10.00) dan Teh Tarik (RM9.00)

Ia sangat menyegarkan dan memberi kelegaan lepas makan pedas-pedas dan cuaca panas kat tepi pantai. Kalau nak minuman tempatan ada juga sepert Nescafe Tarik dan juga Teh Tarik penuh buih ok.

Bekas Kuih Bertingkat Minum Petang


Lepas tu kat sini juga mereka ada sediakan hidangan untuk minum petang. Ini pun keistimewaan juga kepada pelanggan yang menginap kat sini mereka sediakan 'Afternoon Tea'.  Ini baru lagi mereka perkenalkan tahun ni, jadi kami adalah antara yang bertuah sebab dapat cuba set ini. Dalam bekas kuih bertingkat ini ada campuran kuih-muih tradisional seperti Karipap, Donut dan juga kuih dan kek barat seperti Sandwich, Creme Brulee dan juga Brownies






Satu set minum petang ni sangat sesuai untuk dinikmati berdua sambil mengadap laut dan juga tengok matahari terbenam. Kat sini semua doh untuk roti atau pun donut dihasilkan sendiri oleh chef mereka sebab itu ia sangat lembut dan sedap. Donut yang korang tengok tu adalah kuih kegemaran seorang selebriti popular kat Malaysia, nak tahu kena tanya dengan chef siapa selebriti tersebut. Kalau minum petang tak ada set Tea Pot tak sah jugakan. Korang boleh pilih daripada set tea yang disajikan di sini iaitu English Breakfast, Earl Grey, Green Tea, Ceylon Tea, Strawberry Sensation,Peach & Passion Fruit, Jasmine Tea dan Apple Refresh

Tea Pot (RM8.00)




Maha pun suka juga Donut tu memang lembut dan sangat sedap tak cukup makan satu ketul jer hehehe. Korang boleh juga ambil untuk roti lain dengan harga yang lain disediakan oleh chef sangat banyak jenis. Waktu masa untuk minum petang adalah dari pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang

Wayang Pacak dan Fire Show Temani Makan Malam


Tiba pula waktu malam melabuhkan tirai dan juga malam pun kena isi perut jugakan. Malam kat kafe ni sama macam waktu siang mereka sajikan hidangan A'la Carte. Menu yang makan tenghari tadi ada disediakan kat sini juga termasuk dengan sajian barbeku kalau korang nak sotong, udang atau juga ikan bakar mereka boleh sediakan untuk makan malam. Semuanya besar-besar dan segar-segar belaka tau.






Malam ni korang kena datang awal kat sini kerana ada keistimewaan yang tak ada kat tempat lain iaitu persembahan 'Fire Show'. Persembahan api ini dilakukan oleh mereka yang profesional dan terlatih korang sangat terhibur tapi awas jangan tiru aksi ini kat rumah ok. Tapi persembahan ini hanya ada pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan juga Sabtu pada pukul 7.30malam. Jadi korang kena siap awal untuk tidak terlepas menyaksikan persembahan api ini.




Malam kat sini tak sunyi dan mati kerena mereka setiap malam sediakan 'Wayang Pacak'. Jadi korang boleh makan sambil tonton movie yang mereka akan tayangkan. Setiap malam cerita yang berbeza jadi korang kena duduk order makan dan tonton sambil santai kat kerusi yang disediakan. Memang best lah kat sini siang malam boleh makan dan juga boleh layan santai. Sebab tu Maha rasa suka duduk kat Ombak Dive Resort lengkap dan kemudahan elektrik sini 24 jam tak perlu risau. 

Kalau korang nak datang boleh hubungi untuk tempahan :
Laman web : http://www.ombak.my
Tel : 019 7911002
        09 6911021
Email : ombakdiveresort@gmail.com     








14 ulasan:

  1. Dengan suasana ombak dive resort ni.. Rasanya nak duduk lama je kat sana. Menu pun agak menarik.. Nak cari makan yang kena dengan tekak dah ada tu..

    BalasPadam
  2. Meriahnya la hai menu menu dia.
    Kita nampak makanan je dulu ni. Hehe
    Nak nak dessert dia. Ya Allah.. Godaan aapaaa nii..
    Dengan suasana dia pun nampak best dan menenangkan je. Ni kalau pergi mesti rasa takmo balik kan..

    BalasPadam
  3. Fire sow tu yang paling menarik fadzi tengok. Selama fadzi hidup ni, pernah sekali je tengok fire show dekat gambang. ni tenogk gambar maha, memang nampak menarik

    BalasPadam

  4. Ya allah.. gambar maha ni menggoda betul.. lagi-lagi Yang dalam hot plate tu nampak menyelerakan.. sedap je mata memandang.. kalau dapat makan apatah lagi.. hehehehe.. jap nak tengok dekat ke jauh dengan rumah.. nak pi gak.. hehehe

    BalasPadam
  5. Banyaknya menu dan makanan yang disediakan. Portion banyak dan harga pun murah .Memang worth it lah .Puas hati makan makanan timur macam ni. Semua nampak sedap dan menyelerakan

    BalasPadam
  6. Uish...banyaknyer abang makan. Entry ni masuk time yang tepat, sebab Yana and kawan2 Yana tengah plan untuk bercuti kat Pulau Perhentian pun, boleh la try ombak cafe ni nanti..

    BalasPadam
  7. Ya Allah! First sekali nak cakap tempat dia sgt cantik! Bab makanan pula, Ya Allah! Sedapnya tengok! Dahlah belum breakfast ni. Jadi lapar lalu. Hahaha suka tgk maha ambil gambar. Sgt kreatif dan cantik! Awesome habis! Boleh upah ni hahaha

    BalasPadam
  8. sedap semua menu dia..tempat pun menarik..makanan tengahri tu mengiurkan la..lagi-lagi yang western tu..lama tak makan western ni..nak kene cari la ..hahaa

    BalasPadam
  9. Sedapnye semua makanan ni. Rasa lapar la pulak. Nanti bila free kena pergi try makan kat sini.

    BalasPadam
  10. Tak tahan godaan tgk menu2 meletop cenggini.. Ada yg confirm skip diet nie.. Nnti AM ke sana, AM nak singgah juga la ke Ombak Cafe nie..

    BalasPadam
  11. Lepas ni kalau pergi perhentian nak stay kat sini. Lawa betul ombak dive resort ni pastu betul2 kat long beach . Makan pun include sekali .Okay sangat dah tu .

    BalasPadam
  12. Alamak sedap teruk ni. Tengok dah terliur giler makanan yang dihidangkan. Terutama dessert merencissss sedappppnya

    BalasPadam
  13. Sedapnya! Makanan sedap , sported creme brûlée dgn Teh Tarik yang kaw ! Lain pergi perhentian , nak cari resort ni jugak!

    BalasPadam
  14. Alahaiiii..rindu la nak makan tomyam ombak cafe ni hahah still tak leh move on la wak

    BalasPadam