Balakong,

Beli-belah Di Pasaraya Segi Fresh Dapat Harga Borong Dan Barangan Segar

Rabu, April 24, 2019 Mahamahu 10 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha ni selalu juga pergi beli-belah barang dapur untuk memasak sebab almaklumlah duduk bujang kena masak sendiri. Jadi banyak tempat yang Maha dan pergi dan tak semuanya menawarkan harga sangat berpatutan dan juga barang yang masih segar.

Sehinggalah Maha pergi beli belah di Pasaraya Segi Fresh baru jumpa apa yang sebenarnya Maha cari. Tak pernah tahu pun yang kat sini ada market bukan setakat menjual barang-barang keperluan tapi juga barang dapur terutama barang basah. 



Walaupun ia tidaklah seindah pasaraya yang Maha pernah pergi sebelum ini, tapi kat sini masih tetap dapat membeli dengan keadaan yang selesa dan juga jumpa semua barang yang dicari. Susun atur barang buat kita tahu dimana hala nak tuju untuk mencari sesuatu tak adalah sampai sesat dalam pasaraya tu.




Maha dah start suka beli barang kat pasaraya ini. Hari tu Maha pergi beli barang dapur sebab nak masak untuk makan jadi Maha carilah barang seperti sayur-sayuran. Korang boleh tengok semua sayur masih segar dan juga cantik warna dan bentuknya. Sempatlah juga sambar sayur Kacang Panjang, Tomato dan Terung






Bahan untuk masak masakan Melayu mesti banyak menggunakan Halia, Lengkuas, Cili Padi dan juga Cili Merah. Kat sini Maha boleh dapat semua bahan macam tu dengan mudah jer pulak tu boleh pilih yang montel-montel macam Maha ni hehehe. 

Lepas tu Maha pergi bahagian ikan dan juga ayam kat situ ada banyak sangat jenis ikan. Mereka sediakan juga khidmat untuk menyiang ikan untuk orang bujang macam Maha yang tak ada masa nak siang ikan kat rumah. Juga kalau beli ayam seekor tu korang boleh suruh pekerja mereka untuk potong ayam tu ikut berepa bahagian yang korang nak. 





Bahagian makanan laut ni ada juga Sotong, Ketam, Kerang, Siput Sedut dan banyak lah memang boleh dapat semuanya. Kalau yang keluarga besar atau nak buat kenduri tu sangat sesuai untuk beli secara borong kat sini. Makin banyak korang beli makin boleh dapat harga yang lebih murah tau. Sebab tu kalau korang perasan mereka menggunakan slogan "Barang Segar, Harga Borong, Pilih Semua". 






Last sekali sebelum balik mana-mana pasaraya Maha akan beli buah-buahan. Maha ni kalau yang kenal memang suka makan buah tak kira bila-bila masa. Sini ada banyak jenis buah korang tengok lah ada Buah Salak, Buah Tembikai Merah, Tembikai Susu, Mangga, Pisang dan banyak lagi. Sempat lah rembat sekilo salak hehehehe.




Sebelum sampai kat kaunter tu ternampak pulak buah kurma jadi dah alang-alang nak dekat dengan bulan puasa ni memang kena beli lah untuk bekalan sebulan. Jadi apa lagi yang korang nak semua ada kat pasaraya Segi ni. Maha sendiri pun sampai tak tahu nak beli apa, tapi dalam tak tahu tu habis jugalah dalam RM162.00. Puas hati sebab dengan harga banyak tu penuh satu troli dan cukup untuk stock bekalan sebulan.


Hari tu Maha pergi Pasaraya Segi Fresh cawangan Balakong dan kat Malaysia ni tak silap Maha ada 32 cawangan semuanya. Kalau korang nak tahu mana yang dekat dengan rumah korang boleh tengok kat laman web mereka semua alamat ada. Pasaraya ni buka kebanyakannya seawal pukul 8.00pagi jadi korang boleh keluar awal untuk beli dan dapatkan barang segar. Mungkin masa nak berubah angin untuk beli dengan harga borong lebih jimat. Selamat membeli-belah semua ok.

Info lanjut tentang promosi harga dan lokasi pasaraya layari :
Laman web : http://segifresh.com/







10 ulasan:

  1. banyak shopping barang basah..masak apa tu? baru tahu harga segi fresh murah dari hypermarket biasa. orang kalu dah murah tak kisah, barang sama kenapa nak bayar lebih kan

    BalasPadam
  2. Terbaik ahhhh kalau bawak mak pegi shopping sini. Mesti dia suka gila. Tapi tula, segi fresh dengan umah onie jauh gak, ishhhhh geram lak rasa. Tapi nnt nak kena bawak sekali dia pegi sini

    BalasPadam
  3. seronok aihhh tengok maha pergi shopping barang dapur. lama dah ni tak keluar pergi shopping. nak check website dia lah, nak tengok kat mana cawangan area sini. tq info :)

    BalasPadam
  4. Wah jelesnya tengok Maha shopping kat sini. Semua barang basah & sayur nampak fresh dan tersusun.

    BalasPadam
  5. amboiii shopping barang dapur nampak. nak masak apa tuuu ? mnie mesti borong untuk satu bulan puasa terus kan. tahu dah. kes tak nak berasak2asak lah nie. tp mmg segi selalu tawarkan barang basah yg fresh

    BalasPadam
  6. Memnang best shopping barang dapur.. Kalau dapat yang murah lagi best. .Boleh ambil banyak.. Nanti nak shopping juga la dekat segi fresh beli brg kepwrluan utk puasa.. Tengok gambr geram je semua barang tu. .Hahaahha. .

    BalasPadam
  7. Bestnya tengok sayur sayuran dia segar. Seronok nak membeli. Kalau duduk kawasan bandar memang syok la jumpa barang2 segar ni.
    Puas membeli la org kata.

    BalasPadam
  8. Tempat ni akn jadi fav port kita nanti. Paling suka sbb ada barangan segar dan dijual pada harga cukup murah dan berbaloi

    BalasPadam
  9. Pasar baru ni? Nampak semua sayur dan makanan pun banyak dan segar! Mesti best nak shopping barang dapur ni!

    BalasPadam
  10. Rajin betul org bujang ni bershopping barang2 basah ya. Huntung betul sesiapa bersuamikan madi ni..serba serbi pandai..hehehe

    BalasPadam