Buffet Ramadhan,

Legar Putra PWTC Menyajikan Lebih Daripada 250 Juadah Berbuka Puasa

Khamis, April 04, 2019 Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dengar jer ada lebih 250 jenis makanan korang rasa boleh ker kita makan semua tu dalam satu masa. Mustahilkan tapi kalau bulan puasa semua tu tidak mustahil. Tak tahu nak kata kita lapar sangat tidak juga tapi sebab mungkin godaan untuk makan tu lebih kuat dibulan penuh berkat.  


Tapi itulah yang disediakan oleh Legar Putra yang terletak di dalam bangunan PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra). Buka puasa kat tempat yang lagend dan juga menjadi simbolik kepada pepaduan Malaysia. Kalau selalu orang akan datang sini bila ada persidangan atau expo sahaja tapi sekarang sepanjang bulan Ramadhan korang boleh datang setiap masa untuk berbuka di sini.





Mengetengahkan konsep Citarasa Warisan pastinya masakan ala kampung yang menjadi lambang kebanggan kita rakyat Malaysia. Hidangan disediakan dari barisan chef yang diketuai oleh Eksekutif Chef Suzaini Mohamed Salih. Di antara menu yang bakal menawan selera tetamu adalah seperti Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang dan Daun Salam, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak dengan Timun Tua, Ayam Brastagi, Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau dengan Terung Telunjuk. Siput Sedut Masak Lemak Kuning, Pegaga dan Daun Kaduk serta Daging dan Paru Kari Kawah.





Kalau sebut nama makanan tu rasa korang dapat banyang tak yang semuanya membuka selera orang Malaysia. Maha paling suka sekali makan Siput sedut dan juga Ikan Patin Tempoyak almaklumlah orang Pahangkan hehehe. Semua menu ini akan bertukat setiap minggu jadi korang kena cuba setiap minggu nak rasa semua hidangan ni. 






Bagi melengkapi semua hidangan ini mesti kena ada pelengkap sampingan yang juga boleh dinikmati bersama. Antara hidangan lain yang turut ditawarkan pada korang yang datang berbuka di sini adalah 14 jenis sambal pelbagai rasa, 13 jenis kerabu, 13 jenis ulam-ulaman segar,  8 jenis jeruk, 7 jenis ikan masin dan 6 jenis keropok. Itu sahaja dah banyak kalau letak semua dalam satu pinggan penuh rasanya hehehe.





Tak masuk lagi ni pilihan pelbagai jenis pencuci mulut atau manisan. Semasa bulan Ramadhan nanti akan ada lebih lapan jenis kuih-muih tradisi Melayu, pelbagai jenis kek modern, pai, jeli, Mouse & Pudding, bubur, biskut raya dan macam-macam lagi. Kalau korang rasa mengidam nak makan ketupat daun kelapa, ketupat daun palas dan juga lemang sebelum Hari Raya kena datang buka puasa sini meraka ada sediakan bersama dengan rendang daging dan serunding yang kena sangat.







Kat bahagian tepi mereka bina pula warung yang menyediakan minuman sejuk dan panas seperti Air Tebu, Air Mata Kucing, Air Sirap, Air Barli, Air Batu Campur, Aiskrim  dan minuman panas seperti Kopi Tarik dan Teh Tarik. Istimewa yang wajib ada kat sini adalah 'Craving Station' yang menyediakan Kambing Panggang setiap hari di bulan Ramadhan. Kambing panggang dihidangkan pula dengan sos lada hitam dan sos cendawan pasti telah air liur. 








Tu makanan kalau korang tanya harga mereka bagi promosi baucer Early Bird kalau korang berli sekarang sehingga 5 Mei nanti akan dapat harga hanya RM75.00 seorang. Baucer ni tiada had masa boleh guna sampai habis Buffet Ramadhan kat PWTC ni. Kalau korang beli waktu biasa akan dapat harga normal. 

Harga Buffet Ramadhan  
- Dewasa RM88.00 bersih seorang
- Kanak-kanak (6-12 Tahun ) RM45.00 bersih seorang
- Warga Emas (60 tahun keatas) RM75.00 bersih seorang
* Berkumpulan/koporat (100 orang) RM98.00 
   (Termasuk dewan khas, makan bufet, sistem audio, ruang solat khas dan flat-rate parking)  
    

Promosi untuk buka puasa kat sini akan bermula dari 8 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019 dan dibuka bermula pada jam 6.00petang hingga 10.00malam. Korang juga boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Trawih berjemaah bersama imam di Surau Ar-Rahman yang terletak di aras 3 PWTC. Jadi tak ada masalah nak makan sepuasnya kat sini tapi jangan sampai tak daya nak solat sudahlah kan hehehe. 

Pembelian baucer atau tempahan boleh hubungi :-
Tel : 03-26146701 / 6702 
Online : Aplikasi Fave dan 11Street 
Walk in : Aras 2 PWTC (9.00pagi hingga 5.00petang)  







19 ulasan:

  1. Ya Allah Maha...akak nampak petai berlambak berenang renang je dalam tu. Meriah dengan petai. Selalunya katanya masak petai tapi petainya dicatu. Hehehe. Ye sangat selesa kalau makan kat sini sebab suraunya pun selesa. Ada solat terawih tu senang la tak payah la ke mana2 lagi dah. Bagus la. Boleh la ajak suami berbuka kat sini.

    BalasPadam
  2. Malay kampung dished awesome! Ya Allahh tapi sampai 250 tu, tak tau la berapa je yang mampu nak merasa kan. Tapi at least byk la pilihan kot ada yg tak kena tekak kan.

    BalasPadam
  3. ya Allah sedapnya hidangan buffet ramadhan dekat PWTC nie. rasa teringin nak merasa lagi. nanti nak bawak satu family lah ke sana. harga dia pon not bad. nak beli cepat2 supaya dpt harga early bird tu. baru berbaloi.

    BalasPadam
  4. terliur tengok gambar sampai meleleh2 air liur.. menu2nya semua Nampak sangat menyelerakan. harga pun mcm berpatutan. btw, cantiknya gambar! in shaa Allah akan bawak family ke sana :)

    BalasPadam
  5. Astaga. Banyaknya juadah kegemaran Rawlins kat situ. Kenapa Mahamahu tak ajak Rawlins masa nie? Sampai hati tak ajak ye. Almaklum, now dah level Diva ye. Hehe

    BalasPadam
  6. Banyaknya pilihan juadah, confirm susah nak pilih mahu makan yang mana satu ya kan ? hahaha...tapi, kalau jenis badan tak kisah gendut boleh je ngap semua hahaha

    BalasPadam
  7. Entry maha ni tak pernah mengecewakan, semua makanan nampak sedap je dari gambar tu. Makan tu jaga tau! Heheh,

    BalasPadam
  8. Apa ni gambar macam ni? Orang tengah lapar okay. Haha semua nampak sedap. Aduh. Belum puasa lagi. Orang cakap kalau dah puasa semua benda nak telan. Semua nampak sedap. Boleh cuba nanti!

    BalasPadam
  9. murahnya buffet ramadana kat PWTC tahun ni. dah la banyak menu makanan tersedia. tu kambing golek mengancam perut je. nanti bulan puasa boleh la datang berbuka kat sini

    BalasPadam
  10. Siput sedut dia tu sedap kannn. Jarang tau buffet ramadhan yang sediakan menu siput sedut. Kalau ada pun susah nak cari yang sedap. yang ni sedap, emi dah try

    BalasPadam
  11. Banyak juga menu yang disediakan ya semua nampak sedap.murah juga buffet ramadhan kat pwtc ni. Ish bilalah berkesempatan makan kat pwtc ni .. memang rambang mata la nak memilih menu apa nak makan .

    BalasPadam
  12. Ya ampunnnn banyak makanan yang sedap2. Kecur air liur. Tapi tiap tahun time bulan ramadhan mmg makanan kat sini tidak
    Menghampakan

    BalasPadam
  13. Tiap tahun ada macam-macam makanan buffet ada kan.. Pilih je nak pergi mana yang berkedekatan. Ada makmakann kampung western. .Ni pun nampak menarik makanna dia. .Terliyr tengok

    BalasPadam
  14. Menu lauk dengan hidangan lain semunya menggugat keimanan ni. Nampak sedap dan terus rasa lapar. Rasa berbaloi kalau makan buffet kat sini.

    BalasPadam
  15. Teringat2 pulak rasa semua makanan kat sini. Memang sedap sangat wak dah la banyak pilihan

    BalasPadam
  16. Ya Allah.. Dugaan apakah ini..
    Masuk sini asik la nampak makanan sedap sedap.
    Allah.. Bertabah laaa.
    Dah feeling2 berbuka puasa dah ni.
    Tengok makanan sesedap.

    BalasPadam
  17. Sedapnya sis makanan kat sini. memang puas hati kalau dapat berbuka puasa kat sini ni. nanti kalau ke kl boleh la belanja family berbuka kat sini kan.

    BalasPadam
  18. Sedapnya..macam2 juadah ada..harga pon berpatutan..sekali sekala belanje family berbuka disini okay juga ni..

    BalasPadam
  19. Wow 250 dishes buffet for less than RM100 only, best la. I can suggest to my HR dept to buat buka puasa kat sana juga.

    BalasPadam