Malaysia,
Master Pasto Spaghetti Ready-To-Eat Halal Buatan Malaysia
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah kenyang sangat hari ni dapat makan spaghetti segera. Kalau nak masak sendiri memang tidak lah sebab kesibukan kerja dan juga tiada masa nak sediakan semua bahan- bahan. Tapi sejak Maha dah jumpa dengan Master Pasto Ready-To-Eat ni memang sangat mudah untuk nikmati spaghetti yang Halal.
Ia adalah produk makanan buatan Malaysia dari Lioco Food Industries Sdn. Bhd. yang berpusat di Pulau Pinang. Jadi sebab tu Maha sangat yakin nak makan spaghetti ni. Maha suka makan walaupun banyak kali kerana ia adalah produk sihat tanpa bahan pengawet dan tanpa MSG. Tapi masih dapat rasa kesedapan spaghetti dan kuahnya.
Hari tu Maha masa kat office tak sempat nak keluar makan sebab banyak sangat kerja sampai lupa nak makan. Jadi Master Pasto ni lah menjadi peneman waktu lapar Maha. Mudah jer nak sediakan pasta ni kalau ada kat pejabat atau kat rumah. Cara nak menyediakannya pun hanya semudah 1,2,3.
Cara menyediakan Master Pasto:-
1) Didihkan air panas dalam periuk atau boleh guna cerek elektrik.
2) Kemudian rendamkan pek spaghetti dan pek sos didalam air panas tadi selama 3 minit.
3) Keluakan pek tadi dari air panas dan buka serta tuang spaghetti dan sos dalam pinggan siap untuk dimakan.
Senangkan dan jimat masa tak perlu nak pening-pening cari makan kat luar. Produk paling murah dan mudah untuk disediakan bagi Maha. Bestnya pulak ada macam-macam rasa spaghettinya tu korang boleh pilih nak Spaghetti Bolognese with Chicken, Spaghetti Aglio Olio with Chicken dan juga Spaghetti Mushroom Cream Sauce.
Antar tiga ni kalau korang tanya Maha yang mana paling sedap semuanya sedap tapi paling Maha suka makan banyak kali pun tak apa yang ada kuah bolognese tu. Dapat rasa kuah sos tomato dan juga ketulan daging ayam. Satu kotak ni cukup sangat untuk satu hidangan makan kalau Maha seorang makan lah.
Nak beli produk Master Pasto ni korang boleh order online sahaja kat laman web mereka atau kat sosial media yang Maha share kat bawah ni. Harga hanya satu kotak lebih kurang RM7.90 sahaja tapi kalau nak lagi murah korang beli bundle banyak boleh simpan tahan lama produk ni. Tambahan kalau nak pergi travel luar negara produk macam ni lagi senang bawa dan makan kat sana tak perlu nak bimbang cari makanan Halal.
Maha suka produk ni sebab tu kat rumah dan pejabat ada simpan stock. Kalau rasa malas nak masak dan nak cepat sediakan sahaja Master Pasto mesti kenyang punya. Nak sedap lagi korang boleh jer tambah macam telur goreng ker atau taburkan cheese kat atas tu mesti lagi sedap dan lazat sehingga menjilat pinggan wakakaka. Nanti korang cuba ok.
Nak membeli layari :-
Laman web: https://www.masterpasto.com
Instagram: https://www.instagram.com/masterpasto
Meneyelerakan...
BalasPadammudah dan jimat masa..
Nampak menyelerakan Maha makan tu. Kalau tak sempat nak masak dan lapar sesangat zass terus spaghetti ni. Ada 3 perisa tu yang kita boleh pilih kan?. Aglio Olio pilihan akak la gitu.
BalasPadamwow lots people sharing this, I bet is good to try it out. until now not yet as not seen it yet. But last time saw in Giant but now no.. mmm..
BalasPadamsenang sgt aih nak masak pasta lepas ni..bolehlah buat stok bulan posa..mak2 yg terkejor kejor masa boleh masak hat ni kan
BalasPadamMaster Pasto Ready-To-Eat sounds like a good idea for quick meal anytime anyday. nak try it out one day la. hope to get it at the supermarket near me
BalasPadamsenang dah sekarang ni kan semua ada makanan instant. mudah untuk ibu-ibu yang tak sempat nak masak banyak menu untuk family. bolehla cuba untuk bulan ramadhan ni
BalasPadamnampak sedap giler,,,senang bila ada dijual macam ni..kiranya kalau nak pergi travel dengan anak kecil tak pening kepala nak cari makanan yang digemari oleh anak2
BalasPadamBestnya dia. Pandai masak tapi dapat gak produk nan best gini. Macam best kalau dibuat bekalan time travel kan? Nanti belanja la Rawlins ye
BalasPadamAlaaa... Makan tak ajak! Dah laaa memek muka tu menyelerakan sungguh. Huhuuu. .
BalasPadamSenang cepat mudah.. Leh bawak travel ni. Sesuai sangat
Lia penggemar pasta tapi kalau busy mmg x sempat prepare . Master pasto ni mudah sangat. Cara penyediaan senang .Kalau travel jauh mmg kena bawa.
BalasPadamAllah.. Godaaan sangat la pagi pagi tengok Maha makan spagetti tu. 😄😄
BalasPadamSedapnya la hai..
Macam nak kena try jugak ni..
Tak boleh jadii..
Mudah juga ada yang instant macam ni kan..
Cpat dan mudah.
Menyelerakan sungguh tengok mahamahu makan. Ni yg buatkan sis nak cuba gak ni. Tapi senang gak ekk penyediaan dia, tak yah renyah2 nak buat mcm2 kerja swmata nk masak 1 hidangan je
BalasPadamSenang kan nak prepare master pasto ni? Iza dah rasa dh 3-3. Memang sedap. Fav iza bolognese tu. Master pasti ni sesuai la untk org yg tak sempat nak masak.
BalasPadamHa sesuai sangat lah instant pasta ni untuk Fadzi. Sekarang ni bila dah ada baby baru pastu Aneeq dah start sekolah, serius sibuk sangat nak masak. Fadzi kalau ter skip sekali meal, memang terus out. Muntah, sakit sebelah kepala, memang tak boleh buat ape. kalau ada instant pasta ni senang je la fadzi nak masak untuk makan sendiri. tak de la asyik duk muntah muntah pening kepala
BalasPadamwahhh mudahnya...kalau tahu pasal produk ni awal2 saya dah tapau masa nak gi korea hari tu....senang dan mudah kekdahnya...next2 time travel boleh belin dan bawak....thanks maha
BalasPadammy kids love pasta and spaghetti.. yet to try out this brand.. looks great on ur review. can try try
BalasPadamSenang skrg kan dh ade spaghetti segera... Xdela asik nk mkn mee segera shj. Hehehe .. Penyediaan dia mudah sesuai utk yg travel or pergi bercuti
BalasPadamAmboii. .Mudahnya bila dah ada spageti segera nie.. Nampak sedap jika tgk maha mkn.. AM pun nak cuba juga la..
BalasPadamMudahkan dah ada master pasto ni..buat stock kat rumah,kotlah tak sempat nak masak,takdelah anak kelaparan..hehe
BalasPadamEh not bad, RM 7.90 utk pasta. Kat luar beli kat kedai dah 10 hengget beberbelas hengget sampai dua poloh hengget! Ni nampak portion besar jugak. Not bad lah!
BalasPadamthis looks so yummy.. i feels like wanna eat, too! so easy to prepare.. yeah yeah!
BalasPadam