Jualan Online,

Mycliks.com Membantu SME Dan Peniaga Kecil Tingkatkan Jualan Melalui Online

Ahad, April 28, 2019 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apa yang Maha nampak sekarang ini lah bagaimana peniaga kecil-kecilan atau juga peniaga sendirian untuk bersaing dalam dunia yang lebih terbuka sekarang ini. Macam contoh bagaimana makcik yang hanya berniaga menjual kerepek buatan sendiri nak meluaskan jualan agar meningkatkan pendapatan. 

Kita tahu yang kerepek makcik ni sangat sedap dan juga memang kalau jual kat kedai boleh laris. Tapi mampu ke kita nak mengambil stock untuk jualan tersebut setiap hari dan juga nak menguruskan pembelian daripada pelbagai kawasan yang jauh. Itu gunanya teknologi yang ada sekarang dan mudah dengan melalui mycliks.com

Pemilik Perniagaan Kecil dan Sederhana


Maha pun banyak tengok laman web seperti ini tapi tak semua membantu perniaga seperti mana mycliks.com buat. Ia adalah satu platform dalam talian dengan tujuan untuk meningkatkan jualan kepada perniaga SME dan penjual runcit di luar sana. Kalau anda mendaftar dengan mereka akan diberikan kemahiran dan panduan perniagaan dalam talian serta juga pelbagai faedah dan sokongan berterusan.

Kat sini tak perlu bimbang untuk dapatkan pelanggan kerana ia telah mendapat sambutan pelanggan yang besar dan kunjungan trafik yang unik setiap hari. Jika anda daftar sebagai penjual mereka akan sediakan Portal PERCUMA untuk yuran penyenaraian dan yuran transaksi. Kalau anda ada banyak produk jualan pula mereka akan menyenaraikan produk anda tanpa had, sokongan pemasaran untuk penjual produk baru, transparansi dan program kesetiaan untuk menggalakkan semua penjual terus meletakkan barang di sini.

Kalau anda buta IT mereka akan sediakan portal jualan dengan proses semudah pertama pendaftaran, kedua muat naik produk dan ketiga menjual produk anda. Di sini juga mereka menyediakan khidmat untuk produk baru iaitu :-
- Sokongan penyenaraian produk
- Sokongan pemenuhan bekalan
- Sokongan pemasaran dan menjaga kepuasan pelanggan

Anda juga tak perlu risau tentang penghantaran produk kerana di dalam ini ada memberi bantuan serta penyelesaian jualan sekiranya barangan anda tidak mampu untuk dimarketkan. Di sini mereka ada konsep 'Dispute Centre Management' iaitu untuk mengatasi semua jenis masalah yang dibawah oleh buyers & sellers secepat mungkin melalui cara transperancy, win-win situation dari dua pihak dan memberi jalan penyelesaian.

Sekiranya anda telah mendaftar dengan Mycliks tidak perlu risau untuk melakukan pemasaran kerana mereka akan buatkan bagi pihak anda seperti :-
  1. 1) Menganjurkan jualan Cyber Sunday, Black Friday, Sunday Super Sale, Month-end Super Deals, Flash Sales, dan sebagainya mengikut musim perayaan atau pesta dari masa ke semasa.
  1. 2) Kolaborasi dengan anda selaku pemilik produk untuk memberi hadiah, vouchers percuma, diskaun yang tinggi, Customer Loyalty Programs dan Loyalty Rewards kepada pembeli.
  1. 3) Menggunakan kaedah inside features seperti sponsored products, on-demand sales product, keyword searching product, banner add dan top sold products & brands.

Istimewanya Menjadi Pembeli di Mycliks.com


Sebagai seorang pembeli pula, untuk Ramadan yang akan tiba tak lama lagi Myclick akan mengadakan special promosi bagi bulan Ramadan. Pembeli akan dapat pengalaman mudah dan seronok untuk beli-belah barang keperluan rumah dengan menikmati kualiti yang bagus dan kuantiti yang maksima tanpa perlu penat untuk keluar rumah mencari lokasi kedai jualan gudang, dan sebagainya. 

Selain jualan gudang sempena dengan Ramadan ini ada banyak lagi voucehers dan hadiah yang boleh dimenangi dan super deals bagi produk untuk kategori-kategori tertentu tersedia kepada korang selaku pembeli. Pastikan korang sentiasa touch-in dengan mycliks.com supaya boleh menikmati ganjaran limited-edition sales reward dalam masa promosi tersebut.

Musim Raya nanti juga Mycliks akan adakan Raya Celebration dimana dalam tu akan ada Raya Fesyen dan Raya Deko dapat membeli-belah produk berkualiti dengan kuanti yang lebih dengan harga murah melalui konsep beli dulu bayar kemudian.

Satu pengalaman baru lah kalau anda menjadi peniaga dan juga pembeli di Myclick. Ini kerana ia mengekalkan reka bentuk laman web menarik dan juga pengalaman membeli belah yang baru buat anda. Jadi tiada lagi alasan untuk tidak menjadikan dunia IT ini sebagai salah satu sumber untuk menambah jualan produk anda. Juga kepada pembeli pengalaman membeli era baru ada di Mycliks.com ini.









0 Pandangan: