Buffet Ramadhan,
Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman Bufet Iftar Di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Untung sangat lah kalau duduk kat KL ni sebab apa bila tiba bulan Ramadan tak perlu risau nak pergi mana-mana untuk berbuka yang penting kita mampu jer hehehe. Macam kat Seri Pacific Hotel ni mereka juga tidak melepaskan peluang menjamu semua tetamu dengan makanan tradisi zaman ke zaman.
Tahun ini mereka membawakan pula pelbagai hidangan tradisional yang terkenal mengikut 14 buah negeri seluruh Malaysia termasuklah Wilayah Persekutuan. Di antara makanan dari negeri yang popular di Malaysia seperti Pahang terkenal dengan Patin Masak Tempoyak, Ayam Percik Kuah Putih dari Kelantan, Asam Pedas Ikan Pari dari Melaka, Udang Rendang Daun Kunyit dari Perak, Telor Itik Masak Lemak dari Negeri Sembilan, Nangka Masak Lemak dari Johor, Ayam Pongteh dari Pulau Pinang , Terong Goreng Belacan dari Perlis dan banyak lagi.
Dari Utara sampai Selatan, dari Timur ke Barat semua ada mewakili negeri masing-masing. Di samping itu juga, terdapat juadah-juadah kesukaan masyarakat majmuk di Malaysia seperti makanan ala barat, Jepun, Cina dan India. Itu mesti barulah dikatakan hidangan pelbagai bangsa. Kalau datang rambang mata dibuatnya.
Selain daripada itu juga ada lagi makanan lain yang juga diminati oleh orang Malaysia melalui gerai-gerai yang mereka bina disekeliling kolam renang. Sambil ambil makan boleh melihat pemandangan indah kat situ. Antara gerai yang ada seperti Gerai Fried Kway Teow Teluk Anson, Warong Mee Padang Tembak, Gerai Sushi Abang Sai, Gerai Sup Gear Box 'Power' dan Sup Ekor Bakar, Gerai Shell In Pantai Remis, Gerai Kambing Bakar Abang Burn, Gerai Chennai Banana Leaf Uncle Chandra, Warung Air Bro Aziz dan Gerai Ais Kacang Kg. Ulu.
Tu belum masuk station untuk pencuci mulut pulak ada lebih daripada 50 jenis pemanis yang buat korang tak senang duduk. Korang boleh pergi bahagian Puding dan Tart, Jelly Station yang ada lebih daripada 15 jenis, kaunter kek ada pelbagai perisa semua menarik dan tertarik, bahagian aneka kuih-muih tradisi Melayu seperti Tepung Talam, Keria, Renggas, Ketayap dan banyak lagi. Juga kena pergi bahagian bubur manis yang ada seperti Pengat Ubi, Bubur Kacang Hijau, Pengat Pisang dan banyak sangat.
Tak masuk lagi buah-buahan segar yang korang mesti nak makan jugakan lepas melantak semua makanan berat hehehe. Semua hidangan ini tidak dihidangkan dalam sehari ia akan ditukar setiap minggu untuk memberi variasi kepada pengunjung. Korang kena lah cuba setiap minggu nak merasai kelainan makanan di sini.
Bufet iftar kali ini mereka adakan di tingkat 4, Atrium sehinggalah ke kolam renang dan juga dalam Restoran Zende di aras lobi hotel. Jadi ia lebih meluas serta merangkumi semua bahagian bawah hotel tersebutlah senang cite.
Harga bufet
Pembelian baucer sebelum 15 April 2019
RM90.00 bersih untuk Dewasa
RM45.00 bersih untuk Kanak-kanak (5-12 tahun)
Baucer biasa selepas 15 April 2019
RM120.00 bersih untuk Dewasa
RM60.00 bersih untuk Kanak-kanak (5-12 tahun)
Kalau korang nak datang hotel ni dengan cara lebih mudah menaiki pengankutan awam seperti LRT turun stesen PWTC atau naik KTM Komuter turun kat Stesen Putra. Naik bas atau Grab juga sangat dialukan nak elak kesesakan sebab sini kawasan tumpuan bila bulan puasa nanti. Kemudahan surau untuk solat juga pihak hotel sediakan jadi tak perlu makan tergesa-gesa relax dan santai sahaja ok. Selamat menjamu selera semuanya.
Tempahan dan juga promosi lain hubungi :-
Tel : 03-40425555
Laman web : www.seripacifichotel.com
0 Pandangan: