Agama,

Sempena Menyambut Ramadan MAIWP Mengagih Zakat Melalui Program Jelajah Rahmah Asnaf

Selasa, April 30, 2019 Mahamahu 16 Comments

Salam sejahtera kepada pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah tak lama lagi kita nak sambut bulan Ramadan Al Mubarak. Bulan dimana kita dituntun membuat amal lebih dari bulan biasa kerana ganjaran yang dijanjikan belipat kali ganda. Selain daripada amalan wajib juga amalan bersedekah adalah satu yang sangat dituntut dalam Islam.

Maha bukan nak berceramah kat sini sebab Maha tahu rakyat Malaysia semua sangat pemurah dan suka membantu orang yang dalam kesusahan. Baru-baru ini Maha juga berkesempatan menyertai program Jelajah Rahmah Asnaf @ Ambang Ramadan 2019 yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)





Matlamat utama program ini adalah untuk memberi bantuan kepada golongan asnaf terpilih di bandar bagi menyambut Ramadan yang bakal tiba. Meringankan beban mereka dan juga dalam masa sama menginsafi diri kita bahawa masih ramai lagi yang susah dan memerlukan bantuan kita. Tahniah Maha nak ucapkan kepada MAIWP yang telah banyak membuat program agihan zakat untuk membantu asnaf sebegini.


Percayalah kepada korang-korang diluar sana yang telah membuat bayaran zakat di Wilayah Persekutuan menerusi PPZ MAIWP semua itu telah diagihkan kepada mereka yang layak. Seperti mana yang Maha dapat lihat melalui program seperti ini. Jadi jangan mudah percaya dengan dakwaan atau persepsi negetif yang disebarkan bahawa pegawai agihan zakat MAIWP tidak melaksanakan tanggungjawab mereka.

Maha tahu ramai yang masih ragu-ragu akan cara pengagihan bantuan zakat ini dilakukan, tapi korang kena lihat sendiri dah sertai program-program macam ni baru tahu bahawa semua itu adalah yang terbaik dilakukan dalam melaksanakan tuntutan agama. Cuma kita ni adakah sudah menunaikan zakat. Ingat tu adalah tanggungjawab kita dan jangan pertikaikan tanggungjawab orang lain.



Ok kembali pada program ini Maha telah menyertai acara berbasikal yang turut sama mencemar duli Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan juga 100 orang perserta berbasikal. Turut hadir sama adalah Datuk Seri Dr. Mujahid Bin Yusof Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa. Kami bergerak dari Taman Tasik Datuk Keramat menuju ke rumah-rumah asnaf untuk melihat sendiri keadaan mereka dan juga memberi sumbangan oleh DYTM Tuanku sendiri.


Lima buah keluarga asnaf yang telah kami ziarah itu mempunyai kisah kesusahan yang tersendiri. Ada yang duduk dalam rumah serba daif dan juga dengan jumlah ahli keluarga yang ramai. Pulak tu rumah tu sewa nak kena bayar pastu dengan bayaran persekolahan anak-anak. Terdetik rasa sedih dalam diri ini bahawa kita masih lagi boleh senang-senang sedangkan ada lagi yang masih hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Silap-silap tak makan langsung pun ada.


Walaupun kayuhan kami tak jauh lebih kurang 1.5km sahaja tapi sebenar intipati kepada program ini untuk melihat sendiri kesusahan orang lain dan juga mendekatkan diri dengan aktiviti amal macam ni. Maha seronok walupun penat berkayuh almaklumlah bukan selalu dapat mengayuh basikal.





Kami semua menamatkan kayuhan basikal di pekarangan Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat. Di situ pula diadakan acara penyampaian bantuan tunai dan bantuan berbentuk barangan keperluan harian kepada 100 orang asnaf yang hadir pada majlis tersebut. Kat sini baru Maha tahu yang ramai lagi orang masih berada pada paras kemiskinan dan perlu bantuan kita.




Jadi zakat yang kita keluarkan tak seberapa tu sebenarnya sangat-sangat membantu golongan-golongan seperti ini. Maha rasa seronok sebab dapat menyertai program amal macam ni walaupun tidak seberapa sumbangan Maha tapi kepuasan dapat melihat sendiri bagaimana bayaran zakat diagihkan semaksima mungkin kepada golongan asnaf. Juga melihat keceriaan diwajah mereka bila dapat bantuan meringankan beban mereka sendiri. Next time kalau ada lagi In Sha Allah Maha akan sertai korang juga boleh turut sama tau.







16 ulasan:

  1. Bagusnya... Nina suka aktiviti dan program sebegini. Pendedahan yang bagus untuk masyarakat. Nanti lain kali roger kak nina eh... Nak ikut!

    BalasPadam
  2. Bagusnya program ni kita suka. Ada aktiviti cycling tu terus jeles sbb kita rindu nak cycling balik. Harap program mcm ni dpt diteruskan sampai bila2

    BalasPadam
  3. Program ni lain daripada program kebajikan lain kan. Benda benda yang unik macam ni yang dapat tarik lagi banyak perhatian dan ramai orang untuk menyumbang kepada orang yang memerlukan.

    BalasPadam
  4. Selalu tgk gambar Raja Muda Perlis berbasikal dgn Mufti Perlis cari asnaf-asnaf sekitar Perlis. Bagus sgt, sambil beramal, menjadi contoh yg baik untuk rakyat jugak.

    BalasPadam
  5. Terbaiklah. Program macam ni yang patut kita perkenalkan kepada orang ramai supaya antara kita mempunyai kesedaran terutama perasaan belas kasihan kepada orang yang memerlukan bantuan. Semoga dengan adanya program sebegini ia dapat membantu mereka yang memerlukan dan dapat meringankan beban mereka. Amin.

    BalasPadam
  6. This is truly a different way of doing charity. More of such programs should be promoted to the public. Robin Hoods on bicycles. :D

    BalasPadam
  7. wahhh baguslah pihak MAIWP adakan program sebegini. mendekatkan sultan dan rakyat marhaen. disambil dapat melawat dan membantu apa yang patut buat anak2 asnaf. rasa bersyukur dan sebak bila mengikuti ekspedisi berbasikal nie.

    BalasPadam
  8. alhamdulilah dapat jugak mereka yang memerlukan bantuan tu, at least kurang sikit beban nak sambut bulan ramadan tak lama lagi. bukan main seronok kayuh basikal sambil hulur bantuan ya. dua dalam satu.. tahniah kepada semua yang terlibat

    BalasPadam
  9. Menarik program jelajah ramadhan macam nih, sangat berfaedah dan bermanfaat sekali.. bolehlah membantu kepada mereka yang memerlukan, moga dapat dilaksanakan di tempat lain juga. InsyaAllah.

    BalasPadam
  10. Alhamdulullah satu program yang bagus diadaka . Jadi, masyarakat tahulah ke mana pergi zakat yang mereka bayarka . Tahniah MAIWP kerana anjurkan aktiviti macam ni untuk salurkan bantuan zakat

    BalasPadam
  11. lain yang lain dia punya program sambil mengayuh basikal sambil buat amal..dgn tu kita boleh tengok sendiri kehidupan golongan asnaf ni..betul tu w/pun sedikit zakat yang kita bagi tu dapat sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah, masih lagi ada insan yang prihatin dengan golongan asnaf ni. Sedikit sebanyak dapat membantu mereka menyambut bulan Ramadan yang tak lama lagi. Tahniah kepada penganjur yang menganjurkan program seperti ni. Moga program ni akan berterusan sampai bila-bila. Badan pun sihat, pahala pun dapat.

    BalasPadam
  13. Bagus bila media join sekali.. Dapat tau la aktiviti maiwp ni.. Takdela orang teetanya2 pasal duit tu diberi ke tidk dekt golongan asnaf kan.. Best buat aktiviti mcm ni.. Sambil beriadah sambil beramal

    BalasPadam
  14. Baguslah macam ni. Bulan puasa ni ringan sikit beban mereka. Moga Allah permudahkan kita juga untuk membantu dan tidak lokek nak keluarkan zakat.

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah..sekurangnya golongan asnaf ni kuranglah sikit bebanan mereka dengan sumbangan yg disalurkan.

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah program yang bagus. Dalam rezeki kita terselit juga rezeki orang lain

    BalasPadam