Buffet Ramadhan,
Harga Bufet Ramadan The Everly Putrajaya Serendah RM88.00 nett Sekarang
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebelum ini Maha ada cerita kat blog tentang majlis preview Citarasa Asli Tradisi Malaya Iftar Ramadan di The Everly Putrajaya. Kalau korang tengok mereka akan menyediakan lebih daripada 100 jenis juadah berbuka puasa.
Kali ini Maha nak share sikit pengalaman pergi sendiri berbuka puasa di hotel ini. Ini terdorong oleh kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Kalau sebelum ini harag untuk seorang dewasa adalah RM108.00 nett tapi sekarang ia telah diturunkan menjadi hanya RM88.00 nett sahaja. Memang jauh berbeza sangat harga tu dengan harga sekarang ni.
Rugilah kalau korang tak pergi Maha hari tu pergi terkejut kerana boleh tengok makanan yang banyak sehingga mereka terpaksa buka di ruang lobby hotel. Kalau korang masuk kat bahagian kaunter pendaftaran dan penyambut tetamu tu dah ada tersusun makanan. Kat situ mereka letakkan banyak makanan pencuci mulut seperti kuih-muih dan juga kek serta yang disediakan depan mata iaitu waffle.
Sebelum korang datang untuk buka puasa sini kena booking awal sehari lebih bagus kerana kat sini boleh tahan selalu penuh juga. Masa booking tak perlu buat bayaran hanya sertakan berapa jumlah pax, nama booking dan juga no tel. Bayaran buat semasa korang datang berbuka nanti sangat mudah.
Cuma Maha cadangkan korang datang awal kat sini untuk pastikan dapat parking yang dekat dan selesa. Walaupun sini banyak tempat parking tapi ada masa ia akan penuh dan terpaksa parking dekat Alamanda kerana mall tu paling dekat hotel ni. Maha datang hari tu pukul 6.30petang dan sangat sesuai lah. Kat sini parking flat rate RM5.00 sahaja selepas pukul 6.00 petang. Jadi korang boleh makan sampai pukul 10.00 malam pun boleh.
Tu part parking sekarang kita masuk lak kat restoran, iftar ini macam biasa diadakan di level lobby dekat Fuze Restaurant. Nak masuk dalam restoran tu pun korang dapat lihat susunan makanan untuk buka puasa. Memang banyak gilerr kat pintu masu tu mereka dah susunkan beberapa makanan lauk pauk seperti Gulai Kawah, Sambal Tauhu, Butter Prawns, Asam Pedas Ikan, Rendang Ayam, Nasi Minyak dan banyak lagi. Lepas tu kat tepi lif akan ada bahagian yang menyediakan buah-buahan segar.
Tak masuk dalam restoran masih kat luar dah banyak makanan korang akan jadi rambang mata. Lepas tu masuk dalam restoran korang akan nampak pulak deretan gerai yang dibina untuk beberapa makanan yang disediakan secara live. Dimana ada beberapa orang chef yang akan memasak untuk memastikan juadah sentiasa panas dan sedap.
Di antara gerai yang mendapat perhatian orang ramai mestilah Kambing Panggan Warisan, Bakar-Bakar Ala Portugis iaitu makanan laut bakar yang masih panas, kemudian ada gerai Murtabak dan Roti Canai Kampung Bahru, Shawarma Chicken, Mee Goreng dan Kueh Teow Goreng, ada gerai Syukri Nasi Ayam, Sup Daging dan banyak lagi.
Maha cuba hari tu adalah Nasi Ayam memang sedap makan pula dengan Sup Daging mereka terbaik. Mungkin sebab dah lama cari Nasi Ayam untuk berbuka jumpa kat sini tu yang cuba. Selain tu juga Maha cuba mereka punya Satay Ayam dan Daging yang sedap rasa rempah dan juga kuah kacang yang mengancam. Lepas tu Murtabak mereka yang penuh tidak kedekut langsung isi kat dalamnya.
Bahagian minuman kat sini ada banyak minuman yang menarik dan nak yang sejuk atau yang panas semua ada. Kat sini bestnya sambil makan korang akan dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan DUWA Music yang menyampaikan lagu-lagu tradisional dan membuai emosi. Jadi lebih seleralah korang nak makan kan.
Kalau korang buka kat sini tak perlu risau untuk solat Maghrib mereka ada sediakan surau kat tingkat 1 sangat luas dan selesa. Juga ada tandas untuk lelaki dan perempuan di level restoran jadi boleh makan puas-puas. Sekarang ni juga mereka tengah buat promosi untuk penginapan 2D1N di bilik yang indah termasuk dengan 2pax bufet ramadan serta 2pax Sahur semuanya dalam satu harga hanya RM369.00 sahaja. So macam mana nak tak berbuka puasa kat sini tak. Maha rasa berbaloi sangat tambah-tambah orang kerajaan sekarang akan dapat bonus raya boleh lah bawa family keluar makan sedap-sedap. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
Tempahan awal dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 011-6318 6029
03-88922921
03-88922929
E-mail : zikri.zuraimi@theeverlygroup com
farah.hanis@theeverlygroup.com
wow lots to try and eat there, good to have family gathering time. I like the food you posted here, shall buzz my friends of this place now!
BalasPadamYe la. Orang tu datang kawasan kita tapi tak ajak kita buka puasa pun. Sedih kita tau. Bila nak ajak kita buka puasa sekali ni?
BalasPadamI would love to try the food in Everyly Putrayaja as it offers so much variety and the price is actually considered affordable. There are even seafood for gluttons so I am sure this is a good place to buka puasa. :D
BalasPadamdari dlu i dok cari info psl everly buffet sbb umah i sbnye dekat je ngn putrajaya ni!! laa 88 hengget je ok laah kn huhu mknn pun nmpk ok sedap tu tq for sharing wakk!!
BalasPadamAWASS!!!!!!!!!!!!!!! Oppss HAHHAHHAHA
BalasPadamwah terliur tgk segala hidangan lauk pauk dan kuih muih serta desserts lain tuu, bestnyaa bila mcm2 pilihan ada ni kan! bagus jugak ada kemudahan surau berdekatan dan nk booking pon senang je. bolehla try nnt 😁
BalasPadamPelbagai jenis kerabu Tu Yang menarik perhatian I. Suka tengok buffet spread kat sini. Tak boring macam yg lain. Boleh la try next week.
BalasPadamSubhanallah sedapnya kerabu diaaaaaa. Hehehe. I like!!!
BalasPadamMakanan nampak sedap2..promosi buffet bilik berserta buffet ramadan dan sahur tue menarik..bole cuba
BalasPadamBanuaknya makana . Semua nampak sedap sedap belaka. Harga buffet ramadhan pun berpatutan dengan harga yang ditawarkan .Harga macam tu boleh makan macam macam
BalasPadamRindunya nak berbuka kat everly lagi. Mmg best food yg diaorg serve tau. Bagi liez yg xmkn byk sgt time puasa mmg layan je menu-menu best kat sini. Hope ada rezeki dpt kesana lagi. Tapi harga dia murah je kannn
BalasPadamMasyaallah kalau masuk blog maha mahu ja mesti terliur tengok. Dessert dia. Ya ampun menarik betul. Harga boleh tahan
BalasPadamThe food looks very yummy. Makes me hungry now. I should go try this buffet too.
BalasPadamsedapnya semua..ade kebab..ade ikan bakar..adoiii..terliur tengok..namapk dessert pun dah sedap..aummm
BalasPadamSelalu dgr iklan kat radio pasal hotel ni. Harga buffet ramadhan dia not bad jugak. Makanan pun banyak and nmpak semua sedap je.
BalasPadamBanyak makanan dihidangkan ni terutamanya dessert tu ... nampak sedapnya...
BalasPadamhaa.. sempat lagi kan minggu nie nak pi makan kat sana. buat termimpi-mimpi juadah kat the everly .. nak kena book cepat
BalasPadamDah nak habis ramadan. Satu buffet ramadan pun tak terjah lagi. Hehe
BalasPadamSeronok.baca review kengkawan. Dok mikirkan, buka puasa kat luar, balik kena jugak masak nasi untuk sahur. 😅😅
sedapnya dessert dengan kek dia! tak sempat nak try banyak buffet ramadhan tahun ni.kena masukkan list untuk tahun depan pulak
BalasPadam