Buka Puasa,
Iftar Dalam Taman Di Goat2Go Farm MAEPS Serdang
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Rupanya kat MAEPS Serdang ni ada satu Urban Farm yang juga mempunyai sebuah Goat2Go Teknocafe. Kafe kat sini keutamaan mereka adalah makanan yang berasaskan daging kambing. Ini kerana farm mereka memelihara kambing dan juga biri-biri. Maha tahu kalau bulan Ramadan ni semua orang akan menyerbu kambing golek untuk buka puasa.
Jadi kat sini adalah tempat yang paling sesuai untuk korang kerana kali ini mereka menyajikan pelbagai jenis masakan berasaskan kambing. Ada lebih daripada 100 jenis menu makanan yang di sediakan. Paling penting berkalan kambing mereka tidak pernah putus dan sentiasa ada untuk korang makan sampai puas. Mereka sediakan Live Grill kat luar kafe ini agar tidak mengganggu tetamu lain menikmati makanan.
Dalam bahagian live grill ini ada makanan seperti Kambing Golek, Lamb Grill, Chicken Breast Grill/Drummet, Chicken Wing, Mix Salad, Blackpaper Sauce, Mint Sauce, Mash Potato, Garlic Bread, Mushroom Soup dan Sausage Grill. Semua ni korang boleh tambah sepuasnya kalau dah bayar untuk buka puasa.
Juga main course ada juga kat sini yang mempunyai pelbagai nasi dan lauk-pauk buat korang rambang mata. Kat sini ada Nasi Minyak/ Nasi Hujan Panas, Nasi Putih, Kari Kambing, Sayur Campur, Sayur Bak Choy Tauhu Telur Tiram, Masak Lemak Ayam, Ikan Keli Berlada, Dary Sweetsour, Daging Salai Masak Lemak, Ikan Masin 3 Jenis dan Sambal Goreng.
Tu baru separuh ada lagi tambahan makanan kesukaan ramai iaitu Nasi Mandy Kambing, Acar Mandy dan Sambal Mandy memang ramai yang suka. Lepas tu ada pulak ulam-ulaman yang korang boleh makan bersama dengan Sambal Belacan, Sambal Kicap, Budu, Cencalok dan Sambal Gesek.
Biasa kalau dalam menu iftar untuk buka puasa tak ada pencuci mulut tak sah. Kat sini ada macam-macam daripada pelbagai jenis bubur seperti Bubur Jagung, Bubur, Chacha, Bubur Pisang dan Bubur Kacang Hijau. Juga ada banyak kuih-muih tradisional yang wajib seperti Kuih Kasturi, Kuih Samosa, Kuih Karipap, Kuih Getuk, Roti Jala, Kuih Talam dan juga dessert modern.
Harga yang korang perlu bayar untuk semua makanan dan banyak lagi tak sempat nak tulis kat sini sangat murah dan berbaloi.
- RM59.90 untuk Dewasa
- RM39.90 untuk kanak-kanak (6-12 Tahun)
*Kanak-kanak bawah 5 tahun percuma
Maha suka datang makan buka puasa kat sini sebab sini ada kawasan parking yang luas dan percuma tak perlu bayar. Juga ada surau khas yang adakan solat terawih. Satu lagi yang tak ada kat tempat lain adalah korang yang berbuka puas di sini akan dapat promosi istimewa masuk G2G Animal Garden hanya dengan bayaran RM5 sahaja. Itu yang best dan menarik kat sini kerana kalau datang bawa anak-anak boleh mereka masuk sini dan bermain dengan haiwan-haiwan yang ada.
Jadi macam mana menarik tak tempat Iftar Dalam Taman di Goat2Go Farm ini. Iftar sini akan bermula dari 9 Mei hingga 4 Jun 2019. Korang boleh Google jer Goat2Go kerana ia berada betul-betul dalam MAEPS Serdang tu. Kalau malam tempat ini sangat sunyi dan juga sejuk kerana dikelilingi dengan tumbuhan hijau. Masa untuk masuk taman berbuka puasa. Selamat menjamu selera semua ok.
Tempahan dan juga pertanyaan lanjut sila hubungi :
Tel : 011-6559 3877 (Afrina)
017-273 9051 (Yun)
Laman web : https://goat2go.com/
Facebook : https://www.facebook.com/Goat2Go
0 Pandangan: