Aisy Asyraf by IMAM MUDA Asyraf,

Mencari Kurta Plus Size Untuk Hari Raya Di Aisy Asyraf By IMAM MUDA Asyraf

Sabtu, Mei 18, 2019 Mahamahu 11 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Situasi yang orang bersaiz comel macam Maha ini adalah nak mencari baju bila beli belah. Tak kira kat mana-mana kedai semua tak ada saiz yang besar sehingga kadang-kadang rasa kecewa sebab kena tempah kat kedai jahit. Kalau nak tempat baju untuk raya sekarang ni dah tak ada kedai yang sanggup nak ambil tempahan dah.


Solusinya terpaksalah pakai baju raya tahun lepas tu pun kalau masih muat lagi wakakaka. Tapi Alhamdulillah selepas Maha direkmen oleh kawan tentang satu butik pakaian yang cukup popular rupanya kat situ ada baju saiz hingga 7XL. Memang sapa sangka bahawa Maha juga boleh bergaya pagi raya dengan baju baru. Butik yang Maha maksudkan adalah Aisy Asyraf by IMAM MUDA Asyraf




Butik ni dah ada tiga cawangan sekarang ini iaitu di Bandar Baru Bangi, Shah Alam dan Johor Bahru. Ia mempunyai pakaian rekaan terkini serta paling best saiz besar seperti Maha pun ada yerrrrr. Hujung minggu yang lalu Maha pergi shopping lah kat cawangan Bangi bila dah tahu tentang butik ini. Masa pergi kat sana memang ramai giler orang yang datang untuk cari baju terutama golongan lelaki. Nasib pekerja kat situ ramah dan juga mesra jadi mereka yang tunjukkan dan beri penerangan tentang koleksi baju yang ada Plus Size ini. 

Kurta Setiaku ++Plus Size


Rupanya ada banyak design terkini dan yang terbaru serta warna yang cantik-cantik. Paling Maha tertarik adalah dengan design Kurta Setiaku ++Plus Size. Ini adalah koleksi terbaru yang ada di sini dan adalah kerjasama antara butik ini dengan pelawak terkenal bersaiz besar juga iaitu Angah Raja Lawak





Macam Maha cakap tadi ada dari saiz 4XL hingga ke 7XL paling besar dengan harga hanya RM119.00 sahaja. Juga ada banyak pilihan warna yang terkini dan cantik. Walaupun Maha ni kulit agak gelap bila pakai Kurta ini ia kena dan sangat selesa. Cuma yang ini ada rekaan tengkuk teluk belanga jadi bukaannya luas.




Selain itu ia menggunakan fabrik yang lembut dan ada rekaan lengan yang tidak labuh serta terdapat kocek di bahagian kedua-dua sisi senang nak isi handphone atau dompet. Ia juga ada sekali dengan butang petak yang exclusive tak perlu nak beli butang lain. Jadi yang mana satu warna pilihan korang hehehe.

Kemeja Batik Pak Maun ++Plus Size


Satu lagi baju yang unik kat sini adalah Kemeja Batik Pak Maun tak tahulah kenapa nama macam tu. Tapi ia mempunyai corak yang sangat exclusive. Korang tengok lah sendiri yang Maha pakai ni memang semua rekaan cantik dan juga teletak. Sapa kata orang bersaiz besar tak boleh bergaya dengan rekaan terbaru ini. Ini pun sama ada dari saiz 4XL hingga 7XL dengan harga RM 139.00 (tidak termasuk postage). 





Maha minat giler kemeja ini sebab bukan sahaja boleh pakai untuk raya tapi untuk majlis casual dan juga baju untuk majlis koporat sesuai sangat kemas. Tak silap Maha ada lima corak yang korang boleh pilih jadi kalau ada duit lebih Maha ambil semua rekaan senang boleh pakai setiap minggu design yang berbeza.

Kurta Kanda ++Plus Size


Satu lagi kurta ini memang sangat kena dengan Maha. Kurta Kanda ini pun ada juga koleksi yang besar sehingga 7XL. Maha pun suka ini kerana ia adalah kurta lengan separuh yang memudahkan untuk korang nak ambil wudhuk kalau pakai pergi solat. Korang rasa warna apa yang paling sesuai dengan Maha hehehe nak juga baju ni satu. 




Semua baju kat butik Aisy Asyraf By IMAM MUDA Asyraf ini senang nak kenal kerana kat baju mereka akan ada logo exclusivenya. Kat sini mereka sedia ruang untuk fitting baju jadi boleh try semua baju sehingga betul-betul kita puas hati baru beli. Selain daripada baju ada juga macam-macam produk lain seperti Pouch Beg dan juga Sandal khas untuk orang lelaki.





Jadi masa untuk bergaya Hari Raya ini dengan baju baru. Nantikan mana satu pilihan Maha Raya ini Maha akan upload pada Hari Raya pertama ok. Korang juga pergi lah sekarang kerana tengah ada promosi hebat sempena musim perayaan ini. 

Info lanjut dan juga pembelian dalam talian layari :






11 ulasan:

  1. terbaik bro. cantik baju2 di sana ya. hehe

    BalasPadam
  2. Harga pun cun..xlah mahal sangat walaupun size smpai 7XL kan..

    BalasPadam
  3. banyaknya pilihan saiz dan dan warna yang ada. nampak selesa dan kemas je bila dipakai. bolehla cari sehelai dua untuk suami akak

    BalasPadam
  4. Wah cantiknya uols! Baju kurta tu iols rasa uols sesuai pakai cekak musang tp baju batik tu helok terletak

    BalasPadam
  5. waa menarik jugak ada mcm2 colour & mcm2 produk lain jugak lagi tu kan. colour semua cantik2 dan yang paling bagus dia ada siapkan sampai ke size 7XL, bagus mcm tu!

    BalasPadam
  6. Last year pernah gi beli baju raya kat sini. Memang puas hati. Fabrik best, design lawa dan harga pun berpatutan.

    Segak bergaya Maha pakai baju ni. Fuyoh

    BalasPadam
  7. Wow 7xl , bagus lah buat saiz banyak sebab kesian org yang saiz besar kdg susah nak cari baju

    BalasPadam
  8. Kemeja batik tu cantik lah Maha, memang wajib beli sebab boleh pakai pergi wedding tak pun majlis formal. Kurta pun cantik belaka design dia.

    BalasPadam
  9. Wah bagusnya ada saiz besar. Bukan senang nak cari utk plus size. Warna2 pun menarik

    BalasPadam
  10. Lawa laaaa warna hijau dan biru tu..!! Alhamdulillah, sekarang abam abam big size pun dah ada kurta. Confirm semakin comel Aidilfitri nanti.

    BalasPadam
  11. Wah! Cantik² design dan wwarna dia. Nampak eksklusif. Bagus bila buat plus size ni. Yelah, asyik org kurus je dlt melawa. Kita nak juga kan yg plus size . Baru lah curlass hhehehe Kemeja pak maun tu lawa pula. Jatuh cinta tgk hebe

    BalasPadam