BBQ,
Tony Roma's Pakar Dalam Masakan Rusuk Dan Grill Membawakan Festive Delight
Salam sejahera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah kita dah masuk minggu kedua sambut Ramadan dan semua berjalan lancar hendaknya. Mana lagi korang nak pergi berbuka puasa ada tempat yang menarik. Kalau dah puas makan bufet apa kata cuba pula makanan daging dan rusuk panggan yang terbaik dimana lagi kalau bukan Restoran Tony Roma's.
Dalam meraikan kepelbagaian agama dan masyarakat di Malaysia Tony Roma's dalam bulan Ramadan ini membawakan menu dalam promosi Festive Delight. Maha hari tu berkesempatan pergi berbuka puasa kat sini nak tahu apa yang menarik promosi mereka kali ini. Memang tidak mengecewakan apabila duit yang kita belanja di sini berbaloi dengan rasa dan makanan yang dihidangkan.
Kali ini korang boleh makan bersama kerana itu matlamat utama mereka untuk kita mengeratkan silatulrahim tak kisah kawan atau keluarga juga saudara mara serta rakan sepejabat pun boleh. Dalam Festive Delight kini ada dua hidangan pinggan yang penuh dengan tulang rusuk kambing, ayam BBQ dan daging lembu supaya korang dapat menikmati yang terbaik dari setiap hidangan.
Selera Iftar - RM168.80 nett |
Set satu dipanggil Selera Iftar hanya RM168.80 nett. Jangan terkejut harga ini kerana ia bukan dimakan seorang sahaja tapi boleh kongsi dalam 3 hingga 4 orang tau. Jadi bayar pun boleh tong-tong sangat berbaloi dan murah. Dalam set ini terdapatnya Lamb Ribs Roma Rack dengan sos madu plum, BBQ 1/4 ayam, Beef Riblet dengan sos original TR, salad campur, jagung, dua ketul baguette, empat kentang lenyek atau nasi, dan empat cawan sup pilihan.
Banyak tu memang puasa makan cukup-cukup dan tidak membazir kalau korang makan beramai-ramai lebih berkat. Kat Tony Roma's ni korang kena cuba mereka punya rusuk memang lembut dan masih berjus bersama sos yang diperap cukup masuk sehingga kedalam tulang. Maha suka juga meraka punya kentang lenyek memang original yang dihasilkan sendiri dari biji kentang sebab tu ia sangat lain dari tempat lain.
Meriah Meal - RM258.80 nett |
Satu lagi set adalah Meriah Meal dengan harga RM258.80 nett yang boleh dinikmati lebih dari 5 hingga ke 6 orang. Dalam set ini terdapatnya Lamb Rabs Full Slab dengan sos madu plum, Ayam 1/2 BBQ, dua lembar daging lembu Riblet dengan sos original TR, salad campur dengan Udang Kickin, tiga ketul baguette, enam kentang lenyek atau nasi dan enam cawan sup.
Set ini pun sama cuma kuantiti yang lebih banyak dan uniknya ada Udang Kickin yang ini memang korang akan berebutlah sebab udang sangat lazat yer. Rasa puas makan dan boleh habis semua sekali sampai korang akan mengigit daging sehingga ke tulang rusuk tu.
Tempting Tomyum BBQ 1/4 Chicken |
Sensational Serai BBQ 1/4 Chicken |
Tapi kalau korang yang nak set individu pun ada juga dalam ini iaitu Sensational Serai BBQ 1/4 Chicken dan juga Tempting Tomyum BBQ 1/4 Chicken. Dua-dua set ini berbeza dari segi perapan ayam BBQ yang satu tu ayam diperap dengan sos serai dan juga satu lagi diperap dengan sos tomyam. Dua set ini menawarkan rasa asli Malaysia yang bagus untuk mereka yang menghargai rasa sensasi herba tempatan dan perisa rempah ratus.
Jadi boleh plan untuk buka puasa dengan hidangan yang lain daripad lain di semua Restoran Tony Roma's. Promosi ini telah berlangsung dari 1 Mei yang lalu hingga 30 Jun 2019. Jadi lepas Raya pun boleh lagi nikmati juadah ini. Tony Roma's juga menyediakan khidmat penghantaran makanan menggunakan Grab Food dan juga Honest Bee. Jadi kat rumah pun boleh nikmati makanan yang hebat ini. Selamat berbuka kepada semua ok.
Promosi dan juga booking online boleh dibuat di sini :
Laman web : www.tonyromas.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/TonyRomasMalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/TRMalaysia
0 Pandangan: