Air Kelapa,
Hogoh De Coco Paya Pulai Drive Thru Boleh Duduk Makan Pun Boleh
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebelum ni Maha ada cite pasal Coconut Shake yang original terbaik di negeri Pahang negeri kelahiran Maha iaitu Hogoh De Coco tapi cawangan yang kat Temerloh Jaya tu dah tutup. Jadi balik cuti raya hari tu gigih juga cari rupanya mereka dah ada buka kat tengah bandar Temerloh. Ia terletak betul-betul depan Plaza Temerloh kalau orang sana tahu lah plaza tu hehehe. Cuma kat situ tak boleh minum kat restoran ia hanya untuk walk-in dan drive thru sahaja.
Jadi cari lagi sebab nak nikmati minuman coconut shake special mereka. Akhirnya jumpa juga Hogoh De Coco HQ yang terletak kat betul-betul tepi jalan Kampung Paya Pulai sebelah dengan stesen minyak BHP. Mula-mula lalu kat jalan tu nak balik tengok banyak sangat kereta berbaris kat tepi jalan tu ingat ada kemalangan. Tapi rupanya orang sedang drive thru untuk dapatkan minuman ini sebelum balik KL hehehe.
Memang banyak gilerr kereta jadi tak boleh jadi ni masuk dan parking kat tepi jalan tu untuk minum coconut shake mereka yang begitu sedap. Dulu ingat lagi waktu tu tengah banyak durian jadi orderlah coconut shake dengan isi Durian D24 kat atas memang mantap. Ingat dah tak ada menu ni rupanya ada lagi. Balik raya hari tu Maha cuba order yang Original Coconut sahaja sebab nak rasa dan satu lagi yang ada rasa Vanilla Delight dua-dua ini asas dalam tu adalah air dan isi kelapa yang dikisar.
Ada banyak lagi perisa lain korang boleh cuba seperti Strawberry Red, Blueberry Monster, Chocolate Chip, Caramel Coffee, Oreo Crunchy, Nestum Babby dan paling win Durian D24 tu lah. Puas giler bila dapat singgah minum kat situ lega rasa dapat hilangkan dahaga setelah panas balik beraya hari tu.
Original Coconut dan Vanilla Delight |
Sekarang ni pula mereka tengah buat promosi baru untuk sempena Hari Raya, iaitu BOBA Coconut Shake. Yang ni tak sempat nak cuba hari tu sebab habis ramai sangat. Dalam minuman tu mereka letak Black Pearl selalu dalam tea atau kopi sahajakan kini dalam coconut shake. Satu cawan tu korang boleh rasa campuran Air Kelapa + BOBA + aiskrim + brown sugar + susu memang komplit semua ada. Kata orang Pahang Walawehhhh lah.
Kalau korang nak cuba yang baru ni kena datang bulan Syawal ni sahaja kerena ia promosi terhad katanya tak tahu lah sampai bila, mungkin akan masuk dalam menu juga doa-doakan lah. Kat sini bukan sahaja ada minum tapi ada juga makanan ringan kalau korang nak kunyah-kunyah sambil berehat dari kesesakan jalan raya sebelum pulang ker KL. Kat situ banyak menu baru rupanya ada Pisang Goreng, Nasi Lemak, Ayam Goreng, Wedges dan juga Bebola Ayam.
Perhhh terbaik lah lepas ni setiap kali balik Pahang Maha akan pasti singgah sini dan beli minuman mereka tapi kena minum terus sebab kalau dah cair tak sedap. Ingat kalau korang nak balik Pahang kalau ikut higway LPT keluar kat Plaza Tol Temerloh dan ikut jalan lama Temerloh - Kuantan baru jumpa kedai ni. Nampak kedai warna Hijau itulah kedai nya besar juga. Tapi sekarang kat Kuantan pun dah ada cawagan boleh lah singgah sana kalau dah terlajak. Selamat cuba semua. Bangga Koi jadi orang Temerloh hehehe...
Ikuti mereka di sosial media untuk update terkini :
Facebook : https://www.facebook.com/hogohdecocohq
Instagram : https://www.instagram.com/hogohdecoco
Operasi : Buka setiap hari dari pukul 10.00pagi - 11.00malam
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 4/5
first time heard of this shop.. seems like it's great place to stop and have a nice drink...
BalasPadamWow so nice to know this. Thanks to you now I calling my friends to ask when can go together to try.
BalasPadamYa Allah sedapnya tengok! Ingatkan dekat Melaka je famous coconut shake ni, rupanya kat Pahang pun boleh tahan ehh. Tapi yang paling menarik perhatian Nad sebab kedia tu warna hijau! Very eye-catchy. Pandai diorg ber business eh buat drive thru je senang kan. Kalau ada dekat area KL ni best ni.
BalasPadamWow, unique concept. The drive through is a win. A little far but if the same concept is in KL, i'll sure go
BalasPadamSedapnya...tengok pun dah terliur. Mesti sedap kalau dapat minum.
BalasPadamya Allah jadi terliur dibuatnya tengok gambar2 kat entri nie. nampak sedap betul ye maha. teringin rasa coconut shake tu. xpernah lgi nampak org letak bubble tea dekat coconut shake. mesti cuba nie
BalasPadamNamanya unik Hogoh De Coco. Hah kalau jalan jalan pergi Temerloh bolehlah singgah Hogoh De Coco try semua menu yang ada. Buat meleleh air liur kita je tau Maha ni. Boba Coconut Shake tuh ishh buat terliur je.
BalasPadamDekat kuantan ada 1. Suka giler beli coconut shake dekat sini sebab sedap. Lupa dah pasal klebang punya. Haha. Tapi tak pernah makan situ lagi. Biasa drive-tru coconut shake je.
BalasPadamYa ampun sedapnya. Tapi nak pg membeli macam jauh giler. Tapi tgk gmbr pun nmpk dah sedap dah
BalasPadamUnik nama kedainya, Hogoh De Coco, interesting kan Maha,coconut shake campur black pearl rasanya pulak camna ehh?
BalasPadamCara nak hubungkan nama domain ke webhosting
tempat dia nampak menarik..hijau jee..nampak sedap air dia..sekrg semua air kalau boleh letak bubble tu..hehee...
BalasPadamWahh mereka pun Ada boba. Hehehe. Nampak menarik. Tapi jauh la ke Temerloh. KL takda ke?
BalasPadamDah pernah rasa coconut shake kat melaka xtau plk kat sini pun ada rasa sedap jgk x?
BalasPadampergh memang nampak sedap sangat coconut shake tu..nak try la singgah bola otw balik kampung nanti..hehe
BalasPadamWahhh teringin sangat nak cuba the coconut boba shake tu!!! Macam sedapppp!
BalasPadamAmazing and great, Your blogs are really great and informative. Sekarang dah ada satu cawangan kat Temerloh betul-betul terletak tepi jalan lama Temerloh - Kuantan berhadapan dengan divorce new jersey. I got a lots of useful information in your blogs. Keeps sharing more useful information in your blogs..
BalasPadam