Absolutely Halal Malaysia,
Kemudian Maha tertarik dengan booth dari produk antarabangsa juga yang membawa semua produk Halal mereka seperti KMT iaitu satu syarikat Korea yang membawa produk dari sana untuk rakyat Malaysia. Antara produk yang popular seperti Pepero, Binggrae Banana Milk, Shin Ramyun dan banyak lagi lah. Lepas tu pergi booth Nutrigold ada pelbagai produk minuman kopi dan juga coklat, Skylength ada jual pelbagai produk mee segera yang Halal dan banyak lagi booth.
Banyak lagi sebenarnya aktiviti sepanjang berlangsungnya Absolutely Halal Malaysia ini seperti demo masakan oleh chef terkenal, sesi bertemu dan beramah mesra dengan selebriti terkenal tanah air, sesi cabutan bertuah, goodies bag istimewa dan banyak lagi. Puas hati masa Maha pergi sana yang syok lagi tak perlu bawa cash kerana ada sediakan bayaran melalui Maybank QRPay dan ada diskaun lagi kalau guna aplikasi tu. Next time kalau ada lagi event macam ni mesti kena pergi wajib. Nanti ada lagi Maha inform pada korang semua ok.
Absolutely Halal Malaysia (AHM) Adalah Ekspo Halal Bagi Seluruh Rakyat Malaysia
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa sini sepanjang cuti Sabtu dan Ahad lepas sempat pergi ker Absolutely Halal Malaysia di Mid Valley Exhibition Center. Korang untung sebab dapat pergi satu event julung kalinya diadakan di Malaysia anjuran Idea Max Event (M) Sdn Bhd. Bagi Maha ia adalah satu ekspo jualan dan juga promosi produk Halal yang berjaya.
Semua orang tahu yang Halal ini bukan sahaja tertakluk kepada makanan dan juga minuman tetapi juga ia adalah satu skop yang luas. Sebab sekarang ni produk kesihatan, produk kosmetik dan banyak lagi perlu kepada Halalan Toyyibah. Industri Halal ni bukan sahaja kat Malaysia malah kita tengok sendiri bawah Jepun telah menerokai Halal untuk diperkenalkan di sana sempena dengan cara sukan dunia Olimpik 2020 nanti.
Jadi kita sebagai sebuah negara Islam kenapa tidak buka peluang ini lebih luas kerana Halal untuk semua orang tak kira bangsa, agama dan peringkat umur. Itu yang membuatkan penganjuran Absolutely Halal Malaysia edisi pertama yang berlangsung dengan meriah sepanjang 26 hingga 28 Julai 2019 lepas. Maha adalah salah seorang yang hadir kat sana kerana ini adalah peluang untuk ketahui produk Halal yang ada seluruh Malaysia.
Banyak rupanya semasa Maha sampai tu penuh MVEC tu dengan lebih kurang 280 buah booth dari syarikat dan produk yang berbeza. Memang waktu tu korang jalan tak tahu mana satu nak cuba dan beli. Selama 3 hari ekspo tu berlangsung dianggarkan lebih kuranglah dalam 80,000 orang yang hadir. Bukan sahaja orang Islam malah orang bukan Islam pun turut sama nak ketahui dan dapatkan produk Halal ni.
Meraka tahu Halal bukan untuk orang Islam sahaja tapi ia adalah lambang kepada kebersihan dan kesempurnaan sesuatu produk itu. Kat situ ada produk tempatan dan juga produk makanan antarabangsa yang dipamerkan dan dijual sepanjang ekspo itu berlangsung. Antara booth yang sempat Maha singgah adalah Malaysia Palm Oil Council iaitu badan yang mempromosikan pengembangan pasaran minyak sawit Malaysia dan produk dari minyak sawit.
Ala contoh paling mudah adalah korang boleh tengok jenama seperti Saji, FGV, Carotino dan banyak lagi tu semua produk dipantau oleh MPOC. Jadi kita boleh ketahui dan juga belajar untuk 'Sayangi Sawitku' itu saranan kerajaan sekarang. Selain itu juga, masa ekspo tu antara booth makanan tempatan yang Maha sempat singgah seperti Omnomnom Mochi, kemudian ada D'Heritage Brand iaitu pengeluar produk Sardin Viral, ada juga booth Otak-Otak, kalau korang suka sushi ada booth sushi anak tempatan iaitu SushiKa, suka Dim Sum atau kuih Pau ada booth D'era Pouch, MZ Nusantara ada jual Popiah Krup Krap dan banyak lagi lah.
Juga ada satu kawasan dipanggil Murah Zone yang mana bagaikan sebuah supermarket yang ada segala barang makanan dan pelbagai produk Halal yang dijual jauh lebih murah daripada pasaran kat luar sana pada masa ekspo ini berlangsung sahaja. Dekat situ sahaja Maha berbelanja banyak sangat memang semua murah dan best banyak pilihan untuk kaki makan macam Maha ni lah.
Banyak lagi sebenarnya aktiviti sepanjang berlangsungnya Absolutely Halal Malaysia ini seperti demo masakan oleh chef terkenal, sesi bertemu dan beramah mesra dengan selebriti terkenal tanah air, sesi cabutan bertuah, goodies bag istimewa dan banyak lagi. Puas hati masa Maha pergi sana yang syok lagi tak perlu bawa cash kerana ada sediakan bayaran melalui Maybank QRPay dan ada diskaun lagi kalau guna aplikasi tu. Next time kalau ada lagi event macam ni mesti kena pergi wajib. Nanti ada lagi Maha inform pada korang semua ok.
Korang boleh follow sosial media AHM ni untuk tahu sebarang maklumat lanjut:
Gambar first Maha tu nampak nau happy pergi sini ye?. Akak pun suka event macam ni sebab boleh beli macam2 makanan. Selalunya akan ada promosi yang menarik yang membuatkan akak pun nak memborong sama. Boleh juga survey2 mana produk yang baru di pasaran kan?.
BalasPadamAla ruginya tak pergi. Banyak jugak barang barang makanan yang nampak sedap ni. Next time kena alert lah. Nak pergi jugak
BalasPadamWahhh mcm2 yang ditawarkan ketika ekspo halal nie ya. Macam2 ada dan menarik betul. Ruginya tak datang ekspo nie. Next time kalau ada lagi mesti kita datang. Dim sum tu nampak sedap betul
BalasPadamAlaaa... Kenapa kita tak tahu! Kita suka pi event macam ni. Suka explore produk halal yang ada kat negara kita. Setuju halal ni luas bukan takat sembelih ayam lembu jer. Banyak aspek bab halal ni. Mencari yang halal tu wajib. Kena ambik tahu. Paling kita suka D Heritage Sardin tu, sedap dan murah tu...
BalasPadamBanyak nya 280 buah booth ada. Mesti ada macam-macmam produk dengan harga murah. Masa ni lah nak tahu produk apa yang ada dan paling penting boleh lah sesambil tu memborong. Walopun dekat sebelah umah tp tak sempat sis pegi.
BalasPadamBestnya event expo macam ni. Disini boleh tahu banyak produk halal. Hurmmm. Cuma tulah, tak tahan sesak orang ramai. Hahaha
BalasPadamBanyaknya pilihan makanan halal dekat situ ye..rugi tak datang sini haritu..mesti rambang mata tak tau nak pilih makanna apa kan..ehhe..harap akan ada lagi event macam ni..
BalasPadamWah banyak yer booth kat expo ni, serius best giler tengok macam2 menu makanan ada. satar teganu pun ada. berbaloi sungguh pergi sini kan, harga makanan pun banyak promosi
BalasPadamBagus betul Halal expo macam ni sekurangnya kita dapat merasa dan membeli barang halal dengan lebih peka lah kan. Betul tu bukan setakat makanan dan minuman halal turut dititikberatkan, malam produk halal juga perlu dalam penggunaan.
BalasPadamBagus kan expo sebegini. Disamping memperkenalkan produk halal, ia juga membuka peluang kepada ramai pengusaha tempatan untuk memperkenalkan produk masing-masing kan
BalasPadamalaa sayangnya dah habis baru tahu , sebab kalau ada lagi nak borong makanan untuk bawak pi travel ...beli kat ekspo untung sebab harga jauh lebih murah kadang dapat lebih lagi
BalasPadamPopiah krup krap tu memang terbaik..dah rasa da semalam lepas kawan kat damansara poskan ke sabah :) sedap sangat...kawan pun beli kat halal fast ni. terbaiklah review...
BalasPadam