Buah-Buahan,

Bulan Julai Pesta Makan Durian Yang Mengiler

Rabu, Julai 31, 2019 Mahamahu 3 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah Maha lama mengidam nak makan durian paling mahal kat Malaysia ni malah tak terlebih kalau Maha cakap Durian Musang King adalah yang paling mahal di dunia. Gilerr tak statment tu memang pun kerana negara luar seperti China sanggup import Durian terbaik daripada Malaysia.

Hajat Maha tu kesampaian juga kerana dapat jemputan untuk menikmati dua pesta Durian sekali dalam bulan Julai ini sahaja. Bak kata pepatah 'Orang Mengantuk Disorongkan Bantal' memang bertambah-tambah lagi lah sukanya dapat makan Durian. Pertama Maha makan kat Desa ParkCity Durian Carnival dan yang kedua pula kat  KenDURIAN di SS2 Petaling Jaya. Jom Maha kongsi detik indah dan penuh dengan Durian kat sini ok.

Desa ParkCity Durian Carnival


Karnival Durian ini telah berlangsung dengan meriahnya pada 19 hingga 21 Julai 2019 yang lepas. Masih terasa lagi kesedapan makan Durian pelbagai jenis yang ada kat sana. Karnival ini adalah anjuran Dulai Fruit Enterprise dengan kerjasama Durian Hill memang meriah. Ini kerana semua stock Durian dibawa terus daripada Pahang ke karnival ini untuk dinikmati segar.



Masa hari tu mereka buat konsep kupon dimana pengunjung boleh beli awal dengan nilai kupon RM68 dan dapat nikmati 1 bekas berisi 5 jenis isi durian iaitu Musang King, D101, D24, D13 dan Durian Kampung. Kemudian dapat pula Durian Daifuku, Durian IceCream, Durian Paratha, minuman Calamansi Juice atau Coconut Fresh serta goodies beg dan hadiah misteri.



Hari tu juga tetamu yang datang kalau rasa nak nikmati Durian lebih lagi boleh beli terus dengan harga RM58 sekilo untuk Durian Musang King serta RM38 sekilo untuk Durian IOI. Boleh makan puas-puas dan juga bawa balik sekali. Selain tu juga ada jualan booth kat dalam kemah yang dibangunkan di kawasan parking Plaza Arkadia ni. 




Masa ini memang meriahlah dapat makan Durian walupun tak banyak tapi tetap puas hati. Terima kasih organizer kerana jemput orang yang gilerr makan Durian macam Maha ni hehehe. Nanti kalau ada lagi tahun depan jangan lupa jemput lagi tau mesti datang punya wakakaka.  


KenDURIAN Daripada Maybank QRPay


Ini pun satu lagi pesta Durian yang Maha pergi baru lagi berlangsung pada 26 hingga 28 Julai 2019 bertempat di parking SS2 Petaling Jaya. Sebelum ini Maha dah pernah pergi KenDURIAN anjuran Maybank ini pada tahun 2017 masa tu mereka buat kat Durian King @ TTDI kalau siapa masih ingat lah. Kali ini mereka anjurkan lagi dengan lebih meriah dan lebih besar denang begitu banyak Durian pelbagai jenis.




Tapi kat sini Durian mereka lagi murah gilerr ok sangat-sangat berbaloi mereka yang dah datang beli kat sini. Kalau Durian Musang King Gred AA harga sekilo RM35 sahaja, Durian Musang King Gred A harga sekilo RM20. Durian lain pun ada harga RM15 sekilo untuk Durian D24, Durian Udang Merah dan D101. Jadi korang rasa tak melecur satu badan kalau dapat makan Durian sedap macam ni.





Kat sini konsep mereka pengguna yang ada Maybank QRPay boleh dapat harga seperti yang dinyatakan kerana segala pembelian tidak secara cash tetapi melalui aplikasi. Hari tu memang Maha balik rumah panas dan pening kepala sebab makan Durian banyak sangat. Ini sahaja masa dapat makan Durian yang sedap dan berjenama macam ni kalau nak beli kat luar memang mahal giler.



Sekali lagi Maha nak ucapkan terima kasih kepada Maybank kerana sudi jemput datang makan Durian kat sini harap next time ada buat lagi muka ni jangan lupa jemput pasti tak akan mengecewakan hehehe. Korang kalau ada tempat Durian yang best dan murah boleh rekmen mana tahu Maha boleh terjah sana pulak kan. Ok terima kasih semua selamat menjamu Durian ok.








3 ulasan:

  1. fuh! puas makan durian gebu macam ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe kuning menyala memang geram tengok tu yang makan tak puas wakakaka...

      Padam
  2. Wow tawaran hebat ini, Musang king hanya rm 20 sekilo! Saya sedang mencari servis sewa lori makanan untuk menghantar hasil dusun saya seperti durian ke bandar. Thanks for sharing pesta durian ini.

    BalasPadam