Arissto,

Revolusi Menikmati Minuman Teh Dengan ARISSTO TeaPresso

Khamis, Julai 11, 2019 Mahamahu 15 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dari zaman berzaman kita biasa menikmati teh dengan membancuh dari serbuk teh menggunakan air panas dan lepas tu ditambah pula dengan gula atau susu mengikut kesukaan kita. Kemudian ada pula perubahan kepada teh dalam bentuk uncang untuk bancuh dengan cara celup sahaja dalam air panas.

Tapi itu dululah kerana sekarang tidak lagi kecanggihan teknologi membawa cara kita nikmati teh dengan lebih mudah dan senang. Dalam masa sama ia mengekalkan kualiti dan rasa sejati teh tersebut tanpa merubah apa-apa. Itulah yang dibawakan oleh ARISSTO TeaPresso. Baru-baru ini pada tanggal 7 Julai 2019 bertempat di MINES International Exhibition & Convention Centre buat pertama kalinya Arissto jenama popular dari Itali melancarkan Kapsul Teh pertama mereka.






Maha tak tahu sangat pasal ARISSTO ini sehingga datang sendiri ke majlis tersebut dan di situ baru tahu tentang produk ini. Arissto sebelum ini terkenal dengan Kopi ARISSTO dan mesin kopi tersebut. Tapi kini mengembangkan lagi produk mereka melalui mesin yang sama tapi mengeluarkan minuman teh pula. Rakyat Malaysia dan juga seluruh dunia begitu suka kepada minuman teh dan tiada siapa yang akan menolak walaupun hanya minum Teh O atau juga Teh Tarik.



Kata pakar minuman teh yang baik adalah harum, jernih dan tanpa rasa pahit. Jadi daripada itu Arissto menyimpan daun teh dalam bentuk kapsul dan kapsul itu kemudian dimasukkan ke dalam mesin pembuatan tekanan tinggi ARISSTO. Tekan sahaja satu butang dan intipati teh dalam kapsul akan dikeluarkan dengan sempurna. Maha sendiri pun rasa teruja bila masa tengok pengeluaran air teh yang harum dan begitu mengkagumkan dari mesin ini.

Arissto memperkenalkan buat masa ini lima variasi rasa teh yang boleh dinikmati dengan mesin hebat ini. 

PRINCE - Pure Green Tea

Korang boleh dapatkan dalam kapsul berwarna hijaun ini. Ia adalah Teh Hijau berkualiti tinggi dari Sri Lanka dengan aroma buah dan rasa segar.



THE QUEEN - Pure Ceylon Black Tea with Passion Fruit Flavour

Teh ini dalam kapsul yang berwarna kuning. Rasakan buah segar dalam campuran teh hitam Ceylon yang tebal penuh dengan rasa semulajadi



THE KING - Pure Ceylon Black Tea 

Teh ini pula dalam kapsul yang berwarna coklat. Pilihan teh hitam berkualiti tinggi dari Sri Lanka, kaya dengan rasa sesuai untuk dijadikan teh susu Inggeris dan teh bunga.



PRINCESS - Pure Ceylon Black Tea with Rose Flavour 

Teh ini dalam kapsul berwarna merah jambu. Rasa semulajadi meningkat menjadi teh hitam Ceylon murni untuk melegakan rasa dengan bau bunga.



EARL - Pure Earl Grey Tea with Bergamot Flavour

Teh dalam kapsul berwarna purple. Mengandungi minyak bergamot semulajadi untuk pergi dengan teh hitam Ceylon berkualiti tinggi dengan bau segar oren manis.



Hebatnya teh dari TeaPresso ini boleh dinikmati dengan cara yang panas atau juga sejuk daripada ais. Korang juga boleh tambahkan madu, susu dan semua jenis buah-buahan segar ke dalam teh untuk menikmati minum teh dalam gaya yang lebih modern. Jika korang masukan susu atau kopi ke dalam ARISSTO boleh jadilah beberapa jenis teh gaya Hong Kong dan Teh Latte boleh dibuat dengan mudah. Hebat tak teknologi teh sekarang ruginya tak cuba. Sekarang ini korang boleh dapatkan pelan mesin ARISSTO dengan hanya RM1 tapi kena belilah kapsul mereka.



Jadilah seperti warga kota yang dengan mudah dan cepat menikmati teh atau juga kopi dari ARISSTO. Maha ni suka lah teh boleh dapatkan plan yang hebat ini. Tengok mesin ni pun teruja juga nak ada kat rumah lepas ni hehehe. Nanti kalau tetamu datang senang jer nak hidangkan teh cuma perlu tambah gula dan susu mengikut keperluan anda. 








15 ulasan:

  1. iols peminat teh dan kopi..menarik produk diorg ni..senang nak bancuh teh lepas ni..tp kena beli pula mesin teh tu..biar betul RM1 hihi

    BalasPadam
  2. Tahniah arissto sebab dah tambah satu lagi bancuhan air selain kopi iaitu teh! Suka sangat la buat penggemar teh kan. Macam-macam perasa teh boleh dinikmati. Gayanya dah macam minum kopi. Hehe

    BalasPadam
  3. ingat coffee machine je ada rupanya tea pun ada. senang la nak enjoy premium teh kat rumah sahaja. design machine pun ekslusif & elegen. kat mana boleh beli nie

    BalasPadam
  4. Comel pulak tengok Arissto teapresso machine tu. Selama ni mana2 pi cuma ada coffee machine je kan. So far tak jumpa lagi tea machine. So, sebagai penggemar tea hopefully pegi memana ada la tea machine. rasanya berbaloi kan pelan depa ni, RM1 aje..

    BalasPadam
  5. Wah arissto pun dah ada teh dah...terbaiklah memang tak semua minum kopi. So teh is the right choice!!

    BalasPadam
  6. weh serius nampak best. ingat kopi je ada mesin macam ni. kita pulak memang penggemar teh.

    BalasPadam
  7. Ni kalau petang petang sedap minum berdua dengan husband ni. Senang pun senang, tak yah bancuh sendiri. Lagipun mesin dia cantik kan

    BalasPadam
  8. Best gila skarang ada capsule untuk tea pulak. buta buta ingat kopi, skali tgk, EH TEH LA! hehe. Yang penting nmpk sedap dan rasa pun mcm dkt kedai. tk payah la nk bayar satu pot dkt kedai kalau dah ada arissto teapresso kan?

    BalasPadam
  9. Alah comelnya teh arissto ni ada banyak flavour plak tu, memang sesuai nak tea time kat rumah. senang je kan ada mesin tu.

    BalasPadam
  10. First time tengok ada machine macam ni untuk teh. Menarik gila, sebab tak biasa lagi sengar. Dapat beli sebiji dekat rumah ni seronok ni. Memang semua kaki minum teh.

    BalasPadam
  11. Teringin nk try kopi arissto ni.. Mcm sedap je tgok.. Setiap packaging tu lain2 perisa ke apa? Wawa xdelah coffee lover sgt tp boleh layanlah kalau kena dgn tekak...

    BalasPadam
  12. Memang terbaik produk ni. Buat teh guna mesin yang ohsem. Senang dan sangat praktikal

    BalasPadam
  13. selalu mesin macam ni kopi je, sekarang teh pulak..bagusla..mesin dahla lawa design dia..senang nak buat air teh ni..hehehe...

    BalasPadam
  14. I never saw this coming. I thought usually this is only reserved for coffee. So now they have one for tea as well :D

    BalasPadam
  15. Owhh dah ada tea pulak ya? Sis ni kurang sikit tea ni..kalau coffee tu ok le. Mesin dia ni sewa Rm1 je kan..murah betul. Maha kalau sewa nanti rajin2 lah panggil sis mengopi ekkk

    BalasPadam