1 Shamelin Mall,

Tahniah LuLu Hypermarket & Department Store Untuk Pembukaan Cawangan Kedua Di 1 Shamelin Mall

Khamis, Julai 04, 2019 Mahamahu 11 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Semua orang tahu dah kenal pasaraya LuLu Hypermarket & Department Store yang begitu popular dari Timur Tengah telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2016. Kini pasaraya terbesar dengan lebih dari 174 cawangan seluruh dunia mengembangkan lagi cawangan terbaru di Malaysia.

Yer seronok lah orang kat area Cheras, Ampang dan yang searea dengannya kerana 1 Julai 2019 secara rasminya pasaraya ini telah membuka cawangan keduanya di 1 Shamelin Shopping Mall. Kalau korang datang kat mall tu pergi sahaja kat level LG turun escalator dah nampak signboard besar pasaraya ini. 



Maha sendiri datang hari pertama pembukaan pasaraya ini dan memang terpegun kerana rekabentuknya. Kat sini pasaraya yang luasnya 80,000 kaki persegi telah direka bentuk menggunakan konsep ruang runcit terkini dan teknologi paling moden untuk kemudahan membeli-belah. Sebab bila Maha masuk rasa kat sini lebih selesa dan juga teratur untuk semua barang yang ada.



Tapi biasalah hari pertama pembukaan memang ramai orang serbu kerana dari 1 Julai hingga 4 Julai 2019 potongan harga istimewa yang luar biasa diberikan. Juga kepada 1000 pembeli awal pada hari pembukaan akan dapat hadiah istimewa daripada LuLu. Sebab tu hari pertama pembukaan tu dah kena serbu Maha sendiri rasa lemas dalam ribuan pengunjung yang datang.

Majlis penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Juga ramai jemputan VVIP yang hadir termasuk Yusuff Ali Chairman of LuLu Group memeriahkan majlis. Tahniah Maha ucapkan kepada LuLu Hypermarket kerana memberi lebih ruang dan peluang kepada pembeli di Malaysia untuk dapatkan barang yang berkualiti dan juga pastinya dijamin Halal. 

LuLu Hypermarket 1 Shamelin Shopping Mall


Kat sini macam korang tahu tak adalah sama seperti mana cawangan pertama di Jalan Munshi Abdullah tu. Pasaraya sini bezanya dengan yang pertama tu ia mempunyai satu level sahaja yang di penuhi dengan semua barangan. Tapi semua barang itu di bahagikan kepada beberapa sektor yang tersusun dan juga mudah untuk diakses.






Kat cawangan baru ini mereka ada juga bahagian barangan runcit, produk tenusu, ikan dan makanan laut yang segar, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging dan ayam, barang-barang kering juga ada bahagian Hot Food yang korang boleh beli dan terus makan segar dan panas. Juga barang yang popular menjadi tumpuan ramai iaitu Roastery




Kat sini korang boleh dapat semua barang dapur dan juga barang keperluan rumah untuk suri rumah dan juga orang bujang macam Maha ni. Sebab tu suka sangat datang shopping kat LuLu ini memang segala ada bawah satu bumbung sahaja. Pula dengan pembukaan baru ini harga potongan sehingga separuh harga jadi makin ramai orang berebut-rebut nak dapatkannya.





Kat sini juga tak lupa ada barangan seperti pakaian untuk fesyen lelaki, wanita dan juga kanak-kanak, barangan elektronik dan elektrik, barangan IT dan telefon pintar, alat tulis, sukan, kasut, bagasi dan banyak lagi. Memang rambang mata datang hari pertama pembukaan ini sebab tak silap Maha orang berebut nak dapatkan TV 40 inch dengan harga RM600++ sahaja murah giler.


Maha nak beli juga masa pembukaan ini tapi bila tengok begitu ramai orang bebaris panjang dengan 2 biji troli tak jadi nak beli. Bagi lah peluang kepada mereka yang lebih memerlukan untuk beli barang-barang dapur lebih murah. Dengar kata masa pelancaran hari tu LuLu akan buka lagi 3 cawangan baru mereka menjelang tahun 2020 nanti. Antara lokasi yang diumumkan akan buka adalah kat Bangi, Setia Alam, Melaka dan Johor Bahru. Tunggu pengumuman sahaja dalam masa terdekat nanti ok.

Sokong Produk Tempatan Dan Usahawan SME


Sebagai sebuah pasaraya yang besar dan juga terkenal dengan produk berkualiti dan Halal, Lulu juga tidak lupa kepada produk-produk tempatan daripada usahawan kecil dan sederhana di Malaysia. Untuk cawangan terbaru ini LuLu memperuntukkan satu ruangan khas bagi produk tempatan agar terus berkembang dan mendapat peluang membesarkan jualan mereka. 



Sekarang ini ada lebih daripada 100 produk tempatan yang telah diberi peluang untuk memasuki pasaraya LuLu di Malaysia ini. Ada produk makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta juga perabot. Hari tu sempat juga tengok ada beberapa produk Maha pernah kenal seperti Royal Paratha dari Fatihah Frozen Food, Crispy Banana Cracker dan juga Honey Jackfruit Chips daripada PakChips Marhas Trading





Semoga dengan peluang seperti ini dapat mereka mengembangkan lagi jualan ke pasaran lebih besar. Apa pun Maha sekali lagi nak ucapkan tahniah kepada LuLu atas pembukaan cawangan kedua ini. Harap lebih maju dan juga terus berkembang di Malaysia dalam keadaan ekonomi negara yang sedang memulih banyak pasaraya lain tutup cawangan tapi LuLu terus mengembangkan sayapnya. Lepas ni makin dekat Maha nak shopping kat LuLu Hypermarket & Department Store. Setiap minggu boleh datang hehehe. Selamat membeli belah semua ok.

Info lanjut promosi dan harga murah layari :







11 ulasan:

  1. Tak pernah lagi ke Lulu ni haa.. semalam baru kawan pergi Lulu 1 shamelin ni. Nak kepastian buka la blog. Ye betul Lulu dah ada kat tempat ni. Alahhh tengok post Maha ni teringin nak makan cip nangka gambar atas ni haaa...

    BalasPadam
  2. Wah..terbaiklah.satu tempat tetapi pelbagai barang dan perkhidmatan disediaka .Tahniah dan semoga LuLu Hypermarket & Department Store terus maju..

    BalasPadam
  3. Tempat saya takde Luku supermarket. Ni la pertama kali tau. Nampak segar di bahagian jualan makanan basah. Seronok kalau dapat makanan baru dan berkualiti

    BalasPadam
  4. Pertama kali tahu pasal Pasaraya Lulu. Menarik namanya. Dalam ampun.. Cantik! Seronok nak beli groceries kalau mcm ni. Hehe

    BalasPadam
  5. Banyak betul pilihan Barang Barang kat sini. Since dah buka dekat dengan rumah I boleh la singgah shopping.😃

    BalasPadam
  6. first time dengar nama hypermarket ni. nampak menarik sbb byk pilihan barangan. mesti best bila shopping barang2 dkt hypermarket ni. in shaa Allah akan cuba singgah jugak dalam masa terdekat. :)

    BalasPadam
  7. Tahniah Lulu Hypermarket!! Banyak betul barang murah sempena pembukaan. Orang terdekat jangan lepaskan peluang. Marsha yang jauh ni pun terasa nak g shopping skali..hihi

    BalasPadam
  8. Yeay satu lagi cawangan lulu hypermarket dibuka. Kita mmg sentiasa beli belah di lulu dan berita ini sgt menggembirakan sy. Mudahlh nk shopping lepas nie.

    BalasPadam
  9. Lulu ni memang best shopping! Kalau balik KL selalu try cari peluang pegi Lulu yg kat Jakel Mall KL tu. Ada je barang nak beli.

    BalasPadam
  10. Harap Lulu Hypermarket ni bukak la kat mersing. Kat mersing takde hypermarket yang best macam ni. Kalau ada mesti best. Mesti jadi tumpuan.

    BalasPadam
  11. bila lulu hypermarket ni nak buka cawangan kat JB pulak..best tgk ada pelbagai brg jual especially produk SME yg memang bagus tp susah nak jumpa kat market biasa.

    BalasPadam