Food Review,

Wadihana Islamic Steakhouse Memberikan 999 Hidangan Stik Percuma

Isnin, Julai 01, 2019 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Satu kisah yang mungkin boleh jadi iktibar kepada semua orang tak kira siapa kita dan apa sahaja yang kita usahakan. Dari kisah jatuh yang teruk kini bangkit berjaya sehingga sekarang adalah ilmu yang terbaik dalam hidup. Jom kita tengok kisah yang disediakan ini untuk rujukan kejayaan dimasa hadapan.


Jatuh Bangun Wadihana Islamic Steakhouse 


Sebelum Wadihana Islamic Steakhouse mencapai kejayaan peniagaannya ini, banyak pahit maung yang dilalui. Jatuh bangun di dalam bisnes adalah lumrah dan bagi yang cekal serta percaya 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, semua itu harus dihadapi dengan redha.
Puan June Talib Pemilik Wadihana Islamic Steakhouse

Sama juga yang dilalui usahawan pemilik restoran ini iaitu Puan June Talib yang sering memberi peluang kepada diri sendiri untuk bangkit membina kehidupan yang lebih baik. Menurut ibu kepada 4 anak ini, sekali bisnesnya ranap bukanlah bermakna beliau harus angkat bendera putih dan mengalah.

Bagaimanapun menurut Puan June, inspirasi utama Wadihana Islamic Steakhouse adalah anaknya yang berusia 13 tahun, seorang pelajar tahfiz di Johor. Anak ketiganya itu sangat berminat di dalam dunia kulinari, lalu bisnes ini dibina untuknya.

Restoran ini bagi pasaran untuk penduduk Johor Bahru yang belum ada restoran ‘steak house’ yang mampu menyajikan makanan dengan sentuhan kelas antarabangsa dan suasana yang tenang dialun muzik piano, kecualilah kalau pergi hotel. 

Lokasi Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff agak ‘terselindung’ daripada pengetahuan dan lokasi itu masih baru dalam kalangan penghuni bandar Johor Bahru. Bagaimanapun menurut wanita cekal ini, kuasa pemasaran online telah berjaya menarik perhatian penduduk sekitar malah dari Singapura untuk merasa citarasa antarabangsa Wadihana.

Keistimewaan hidangan di restoran Wadihana ini adalah gravy atau kuah stik yang dihasilkan dengan ramuan sendiri berbanding steak house lain yang menggunakan serbuk atau tepung dari Thailand. Bukan hanya untuk memastikan kuah yang sedap, beliau sangat mementingkan kesucian makanan tersebut dan halal.

Rahsia menghasilkan kuah yang terbaik adalah dengan merebus tulang lembu lebih 8 jam untuk mendapatkan jus bagi membuat kuahnya. Alhamdulillah, maklum balas daripada pelanggan semakin memberangsangkan dengan jualan untuk bulan pertama adalah sebanyak RM170,000 dan meningkat kepada RM240,000 pada bulan kedua,” katanya yang baru memulakan operasi pada Februari lalu.

Pihak restoran memperuntukkan kira-kira RM1.5 juta untuk ubahsuai dekorasi, membeli peralatan dapur mengikut piawaian hotel 5 bintang yang sesuai dengan standard stik antarabangsa serta membina tempat membakar piza (firewood pizza).

Selain itu, Wadihana juga menyediakan ruang di tingkat atas bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis atau mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 120 kapasiti dalam satu-satu masa. Bercerita pengalaman hitam ketika ditipu oleh sebuah syarikat hingga beliau dikecam oleh para pelanggan dan pembekal, June berkata, detik-detik itu membuatnya serik untuk berniaga. 

Bagaimanapun semangat yang ditiup oleh suami membuatkan Puan June kembali membuka mata terhadap kehidupan dan keluarga. Sekarang beliau sudah bersedia dari aspek fizikal dan mental untuk menjalankan sebuah perniagaan sehingga berjaya seperti mana sekarang ini.

Kempen Giveaway Half Ribs Sebanyak 999 Hidangan Stik Percuma


Bagi terus membantu dan juga menggalakkan usaha murni dikalangan rakyat Malaysia, sebanyak 999 stik diberi secara percuma kepada pelanggan di Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) pada 5 dan 6 Julai 2019 di Damansara Aliff, Johor Bahru. Tawaran istimewa ini bersempena kempen Giveaway Half Ribs yang terbuka kepada semua pelanggan yang berbelanja  sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit dan hanya untuk makan di restoran sahaja. Malah bagi mereka yang kali pertama mendaftar sebagai penggemar WISH, mereka akan diberi satu scoop aiskrim. Sangat berbaloi!

Restoran Wadihana Islamic Steakhouse menjangkakan sambutan luar biasa terhadap kempen ini dan untuk memudahkan pelanggan, WISH mengalu-alukan tempahan awal dengan menghubungi nombor 013-7333280 atau mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh layari layari www.wadihanaislamicsteakhouse.com.

Ini adalah sebahagian daripada kempen Terima Kasih pihak Wadihana Islamic Steakhouse kepada pelanggan yang setia menyokong pertubuhan mereka sejak dibuka Februari lalu. Stik yang ditawarkan dalam kempen ini ialah Honey Pepper Ribs bernilai RM49.90 setiap hidangan.

Info Lanjut Layari :-








4 ulasan:

  1. terliurnyaa tengok makanan tempat pun sangat selesa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan semua sedap-sedap dan Halal nanti nak kasi free kita nak pergi jauh lak...

      Padam
  2. wow.. sedapnya.. tapi jauh sangat nk pergi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah apa kata kita booking siap2 pastu pergi ramai-ramai buat rombongan hehehe ok juga kan...

      Padam