Food Review,
Dari Makanan Korea Street Kini Tekenal Di Serata Dunia - MyeongDong Topokki
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tahu kalau nak cerita tentang tempat makan Korea ni ramai yang memang suka lah. Walaupun jauh beribu batu sana tapi tetap makanan Korea ini menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia. Kali ni Maha bawakan Restoran MyeongDong Topokki yang memang original dari maknan Korea Street kepada yang popular.
Korang tahu ker apa maksud MyeongDong? Maha ada baca sikit pasal MyeongDong ini yang membawa maksud 'Terowong Cerah'. Ini kerana ia adalah satu jalan atau laluan yang diterangi dengan cahaya neon dan popular sebagai kawasan beli-belah utama di Seoul, laluan perarakan dan daerah pelancongan di sana. Tengok walaupun Maha tak pernah sampai sana tapi buat juga sikit research sebab nak makan kat sana wakakaka.
Kat sana popular dengan makanan jalanan seperti topokki, ayam goreng, dan pelbagai snek. Jadi daripada banyak makanan popular itu mereka bawa beberapa yang betul-betul orang Malaysia suka dan boleh makan seperti Ramyun, Jjigae, Bokkeumbap dan Deopbap bersama dengan Panchan. Semua tu Maha tak tahu nak sebut tak tahu rupa makanan pun tak tahu. Tapi bila dah datang makan kat sini baru tahu apa semua tu.
Kalau korang tanya paling Maha suka adalah variasi ayam goreng mereka. Korean popular dengan ayam goreng yang rangup dan juga disalut dengan pelbagai sos. Kat sini Maha sempat mencuba dua jenis ayam goreng yang popular menjadi pilihan orang ramai bila makan di sini iaitu Yangnyeom Chicken, Ganjang Chi-ken dan satu lagi ni bukan ayam tapi goreng juga iaitu Cheesy Bulgogi Fries.
Yangnyeom Chicken (RM10.90), Ganjang Chi-ken (RM10.90) Dan Cheesy Bulgogi Fries (RM10.90-Beef) |
Kalau korang tahan sangat pedas korang memang kena cuba Yangnyeom iaitu pedas tahap giler baban. Maha satu ketul jer boleh habis. Tapi yang tak tahan pedas boleh cuba Ganjang kerana ini disalut dengan sos bawang putih jadi sangat sedap. Satu tu Fries rangup yang disaluti dengan cheese dan juga rempah bulgogi.
Jajjangmyun (RM18.90) |
Hangul Chicken Ramyun (RM18.90) |
Myeongdong Topokki (RM11.90-Large) |
Kalau korang yang suka makan mee Korea boleh cuba mereka punya Jajjangmyun, Hangul Chicken Ramyun atau juga Myeongdong Topokki. Kita tahu makanan Korea ni memang kaya dengan sayur-sayuran dan dalam semua masakan mee mereka ni pun banyak sayur yang segar-segar. Tapi satu jer yang Maha perasan pada semua makanan mee Korea ini mesti kena ada telur rebuskan wajib kot orang sana suka makan telur ayam rebus lebih sihat kot.
Bulgogi Beef Deopbap (RM18.90) |
Dol Sot Bibimbap (RM20.90-Beef) |
Dakgalbi Chicken Deopbap (RM18.90) |
Sebenarnya orang Korea pun ada juga makan nasi. Tapi nasi mereka tak macam kita makan banyak sekali mereka seimbang dengan sayuran, daging dan juga rempah istimewa. Kalau korang nak try nasi mereka yang sedap boleh cuba juga Bulgogi Beef Deopbap, Dol Sot Bibimbap atau Dakgalbi Chicken Deopbap. Maha suka sangat nasi mereka sebab tak pedas dan juga ada rasa masam-masam manis. Dah macam tajuk filem lak hehehe.
Kimchi Jjigae (RM18.90-Beef) |
Last sekali kalau korang tak cuba mereka punya kimchi tidak sah jadi kena cuba juga Kimchi Jjigae. Memang kena rasa sup kimchi rebus yang sihat dan panas-panas. Satu lagi makanan Korea ni kalau tak pedas mesti panas memang kena makan baru sedap. Jadi jangan sibuk bergambar atau borak-borak sampai makanan sejuk nanti tak sedap.
Semua set yang Maha ceritakan ni disediakan sekali dengan ikan bilis goreng yang garing bersama dengan kimchi segar serta sayur yang direbus juga sup panas. Kecuali lah yang ayam goreng tu tak adalah menu sampingan tu. Kalau korang nak cuba makan kat Restoran MyeongDong Topokki ni ada banyak cawangan seluruh Malaysia. Nanti korang check kat laman web mereka untuk ketahui lokasi restoran ni kalau nak cuba lah. Nanti dah cuba boleh share pengalaman korang kat sini ok. Maha dah makan korang bila lagi. Selamat mencuba semua.
Info lanjut lokasi dan juga menu yang menarik kat sini boleh layari :
Laman web : https://myeongdongtopokki.com
Facebook : https://www.facebook.com/myeongdongtopokki
Instagram : https://www.instagram.com/myeongdongtopokki
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5
maha dan makanan. aduhai :)
BalasPadamagain and again, tell u the truth, aida lom try kfood lagi lah.
aduhai. nampak menawan kalbu betul gambar2 maha nih. mcm nak ngap jer chicken dobab tu. paling menarik perhatian aida :)
nak nyebut nama nyer tu pun tergeliat lidah ni tau.
Mmm makanan Korea sedaaaap. Hehe. Tapi tak semua restoren pandai buat makanan Korea yg authentic. Kalau makan kat food court je, mmg tak rasa la authenticity makanan tu. Tapi, restoren ni Bella tak pernah try lagi. Rasa macam nak cuba la hujung minggu ni!
BalasPadamPerghh. Banyakkan maha mahu makan. Habis ke tu ? Haha. Ayam korean memang fevret jugak ni. Dapat pulak rasa ramen dia. Perghhh. Pedas2 tak makanan dia tu bro
BalasPadami wanna go eat.. long time no try korean food d.. so yummy and delicious.. drooling liao...
BalasPadamJelesnya Ruby tengok Maha makan banyak jenis korean food ☺
BalasPadamBaca entry ni sambil sebut nama-nama menu, boleh terbelit lidahku. Hehehe
Ayam goreng mesti sedap sangattt.
Yangnyeom tu paling pedas ekk
nampak sedap...cuma belum ada geng nak cuba makan gini..one day😊
BalasPadamNampak sedap. Ia sudah menjadi pilihan masyarakat Malaysia. Secara peribadi Naim tak lalu makan. haha.
BalasPadamwah oppa makan korea tak hajak kita pun.. erm..sedapnya menu tu. semua nampak menyelerakan perut yang tengah lapar ni. tunggu gaji boleh datang sini makan. BBL pun minat jugak makan K-food ni. oppa!
BalasPadamPerghhhh sedap2 nya makanan dia maha. Nak makan dakgalbi tu nampak sedap. Tapi tulah suami kita tak suka makan pelik2 macam ni. Hurmmm kadang telan air liur je lah. Hehehehehhe
BalasPadamSedapnya makanan Korea. Selalu saya dgn adik saya tengok rancangan makanan Korea, mmg terliur. Ini dh ada kt Malaysia, bolehlah terjah lepas ni. Terima kasih share ya.
BalasPadamLast makan kfood dekat kfry rasanya. Rindu nak makan topokki lagi. Dah boleh ni masuk dalam list nak pergi makan di MyeongDong Topokki. Tapi kene check dulu laa kat mana paling dekat hehe. Tq abg Maha Mahu :)
BalasPadambestnya. sape minat makanan korean boleh try lah ni. tapi cheesy tu bestnyaaa
BalasPadamTq maha share tempat baru makanan koya ni...hehehehe..bc nk bwk ank bujang p makan sana laa...dia peminat makanan koya...
BalasPadamTerliur tgok maha mkan makanan korean nie..btw kite pn pmnat makanan korean tau..next time kli maha nak mkn, ajak kite skli tau..kite bole tlg habiskan..hihi
BalasPadamtak prnh cuba lgi makan kat sini...next time nak makan kalau gi sana nk singgah sini.. sis mmg suka pun makanan korea ni
BalasPadamJjangmyun tu Teringin nk rasa.. Sedap tak Maha? Kita start tgk cita Korea apa ntah Teringin gila nk rasa.. Huahua
BalasPadammy fav! myeondong toppoki ada dol sot bibimbap paling sedap pernah iza makan. toppoki dia pun terbaik. suka giler makan kat sini bila teringin nak makan korea. tapi ayam dia yg pedas tu memang tak mampu makan.
BalasPadamsedap nak mateyyy aku tgk makanan kat sini..kay sunway mall kan..nanti nak terjah lah nak rasa sendiri keenakan masakan orang korea
BalasPadamNice Topokki! Variety of food to choose... yummy! Nnt blh try kat 1U.
BalasPadamrumah mampu milik johor
BalasPadamrumah mampu milik
rumah pertama
beli rumah pertama
rumah mampu milik melaka