Food Review,
Minum Petang Ala Orang Putih Dengan Scones And Me
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kita ni orang Malaysia kalau minum petang mesti ada teh atau kopi bersama dengan Pisang Goreng atau juga Keropok Leko. Itu wajib ada kadang-kadang nak lebih moden sikit mungkin ada yang buat Donuts untuk makan petang bersama keluarga. Sekali sekala apa kata kita ubah sikit selera tu cuba satu makanan yang agak baru untuk Maha.
Korang pernah dengan tentang Scones? Wahh very the omputeh kan kalau korang makan ni waktu petang kat halaman rumah bersama dengan secawan teh panas jiran sebelah jeling jer kan wakakaka. Scones ni pun Maha baru tahu ada kawan perkenalkan kepada Maha. Ia merupakan satu hidangan bakar dari British yang biasanya dibuat daripada gandum atau oat dengan serbuk penaik sebagai ejen penaik dan dibakar dalam kuali panas.
Itu yang Maha sempat baca pasal Scones ni tapi tak tahu macam mana rupan sebenarnya. Sehinggalah Maha order sendiri Scones ini yang dihasilkan oleh orang Melayu kita. Maha cari kat Facebook lah jumpa pasal makanan ni dan ada rupanya pengusaha yang membuat kuih ini. Nak kata kuih tak juga nak kata roti pun tidak kerana ia agak keras.
Masa sampai sahaja Scones tu kat rumah baru Maha dapat tengok sendiri rupa makanan ini. Saiz agak besar satu penumbuk kanak jugalah dan ia agak tebal. Kalau makan macam tu sahaja pun boleh sebab dah ada pelbagai perisa dalamnya. Ia tak lah terlalu manis macam kuih atau kek ia lebih rasa natural. Nak lagi sedap Scones ni dipotong bahagian tengah dan dimasukkan jem atau krim.
Boleh juga dimakan dengan dicelup ke dalam teh panas menjadikan ia lebih lembut untuk dikunyah. Tadi Maha cakap Scones ni ada banyak perasakan. Maha order hari tu ada 8 jenis Scone iaitu Classic, Raisin, Choc Chip, Almond Honey, Butterscotch, Cranberry, Blackforest dan Cheese Parsley.
Maha paling suka yang Choc Chip dan Blackforest yang hitam tu memang Maha penggemar coklat. Satu lagi yang Maha suka sangat ada Almond banyak kat atas tu memang best makan gigit terasa kerangupan Almond tu. Kalau korang tanya harga tu ada pilihan mengikut bajet korang.
Harga untuk setiap jenis Scone:
- Classic Scones (10pcs RM30)
- Raisin Scones (10pcs RM35)
- Cranberry Scones (10pcs RM35)
- Choc chip Scones (10pcs RM35)
- Butterscotch Scones (10pcs RM35)
- Almond Honey Scones (10pcs RM35)
- Blackforest Scones (10pcs RM40)
Tu kalau korang beli satu jenis sahaja dalam satu kotak. Macam Maha ni beli campur pelbagai jenis Scone dalam satu kotak pun boleh. Kalau campur macam Maha ni harga untuk sebiji Scones tu jadi RM3.50 sahaja. Tapi minima order adalah 4 biji Scones dalam satu kotak tak boleh lah nak order sebijik jer memang mereka tak hantarlah hehehe. Masa Maha order hari tu harga tu dah termasuk dengan kos penghantaran tau memang murah.
Almond Honey Scones |
Blackforest Scones |
Butterscotch Scones |
Cheese Parsley |
Mereka boleh hantar terus ke rumah korang atau nak ambil sendiri pun boleh kalau yang dekat area Sentul dan KL. Tapi korang kena order sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh penghantaran dan buat bayaran penuh baru mereka sediakan. Sebab mereka buat Scones ni bila ada tempahan sahaja nak jaga kualiti. Owner pun orang Melayu yang buat jadi tak risau nak makan memang confirm Halal.
Classic Scones |
Choc Chip Scones |
Cranberry Scones |
Raisin Scones |
Maha tanya juga kalau makanan ni simpan berapa lama boleh tahan beliau cakap kalau simpan dalam peti sejuk boleh tahan 2 ke 3 minggu. Bila nak makan korang hanya keluarkan sahaja dari peti dan panas dalam microwave mudah. Jadi bila lagi nak cuba makanan yang jarang kita dapat kat Malaysia ni. Kalau orang selalu melancong ker UK mereka akan makan makanan ni sebab popular kat sana. Ada setengah orang putih panggil 'Shortbread', tak tahulah janji sedap.
Korang boleh order dengan klik link whatsapp ni jer http://sconesandme.wasap.my. Juga boleh pergi kat Facebook Page dan Instagram Scones And Me kat situ lah laman rasmi mereka. Maha hari tu jumpa page tu lah terus terpikat dan order nak rasa. Tak rasa kita tak tahukan. Nanti korang dah rasa boleh kongsi pengalaman kat sini ngan Maha ok. Selamat mencuba.
Instagram : https://www.instagram.com/sconesandme
Whatsapp : 019-660 0524 (Aju)
Whatsapp : 019-660 0524 (Aju)
wow macam syok maha ni. Scones ni like addictive juga
BalasPadamI love scones! Dulu rajin bake sendiri, skrg memang tak la.. Alaaa nak jugak. Suh deliver Penang aci tak?
BalasPadamHui sedap ni. Selalu gi Cameron je rajin makan benda ni 😅
BalasPadamWow.. memang minum petang ala-ala mat salleh sangat. Rasa macam kat oversea. Kita minum petang kopi o kosong je.. haha
BalasPadambuat majlis hidang scones. tak sampai 10minit dalam pinggan da licin. hihii... memang sedap. lepas ni makan untuk sendiri je la. share dengan kawan kat ig fb story je. kalau nak g beli sendiri. hihii 😋
BalasPadamRasanya pernah dgr tapi dalam rancangan masak an mat salleh. Tak sangka mcm ni rupanya. Nampak sedap. Harga pun mcm boleh tahan. Yg penting halal, nk try lah nnti.
BalasPadamsedap nyer.
BalasPadamaida makan kat cameron highlands.
omputeh sgt nih, maha :)
terbaik lah bila melayu kita buat something omputeh gini.
sesekali teringin merasa ala-ala kat london, kita order jer ekk :)
Pertama kali Ruby dengar pasal Scones ni , Maha.
BalasPadamBelum pernah makan lah kiranya. Hehe.
Yang choc chip tu, mengoda sungguh.
Sedapnya awakkk! Kita dulu memula dengar Scones ni masa main FarmVille ye..tanam2 pastu buat scone. Nampak macam muffin tapi bukan. Bolehlah sis try bakar scone ni. Awak dah ada resepi tak nak kongsi?
BalasPadamWahhh mesti sedap kn scone tu...tgk gambarpun dh tau sedap...apatah lagi kalo dapat makan...mesti xboleh lupa keenakkannya...
BalasPadamFav akak tu scones.. Kalau pi ke CH mesti nak makan scones kat Bala guesthouse tu. Fuh dia punya rasa classic. Baru boleh Acah2 British skit
BalasPadamTudiaa. Lepas makan semua ni ada rasa macam lidah keras tak nak cakap Melayu ahhaha. Mana tahu, kot-kot tetiba boleh cakap macam Harry Potter ke hihi
BalasPadamPernah makan beberapa kali scones. Memang sedap. Bila tgk gambar2 scones ni terus rasa nak order juga.
BalasPadamAdoi nampak sedap la, terliur tengok. Dahla memang tengah lapar ni. hihi
BalasPadamEh, bentuknya macam Paflova (haha taktau nak eja) la.
verry the omputeh minum high tea dengan muffin tu. nampak sedap kalu makan dengan tea panas kan. boleh la buat gathering order makanan ni. yummy!
BalasPadamScones tu satu memang nampak sedap, tapi presentation Maha membuatkan makanan tu nampak lagi sedap.
BalasPadamMahal juga harganya, tak minat scone , tp kalau mkn dgn cream sedap
BalasPadamWah nak minum petang macam ala om puteh juga la, mana scones kita ni.
BalasPadamWah! such a relax and enjoyable tea break moments! Good to have gathering with family and friends!
BalasPadamBONUS MEMBER BARU DISINI
BalasPadam