Food Review,

Pho Street Hidangan Asli Vietnam Melancarkan Menu Istimewa Hari Kemerdekaan

Selasa, Ogos 27, 2019 Mahamahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Jauh berbenar Maha nak bawa korang makan kali ini ke negara IndoChina mana lagi Vietnamlah. Restoran Pho Street iaitu jenama restoran yang terkenal dengan hidangan barat Vietnam Street. Siapa pernah pergi sana tahu lah makanan popular mereka Maha tak pernah sampai lagi jadi memang nak rasa hidangan mereka. Selalu tahu makanan popular mereka iaitu Vietnam Spring Roll sahaja.

Tapi kat restoran ini memang banyak sangat makanan yang mesra Muslim. Sempena dengan bulan kemerdekaan yang akan datang ni mereka melancarkan promosi baru yang menarik iaitu "We Are Pho Everyone". Promosi ini akan mula dijual dari jam 1.30 petang hari Isnin 9 September di semua enam cawangan Pho Street di seluruh negara.  


Selepas itu, setiap mangkuk Pho Beef Combination korang boleh dapat diskaun RM6.20 dari harga asal RM19.90. Promo ni untuk masa yang terhad sahaja tau bermula 9 September hingga 16 September 2019 pada Hari Malaysia
Pho Beef Combination

Restoran ini popular untuk pelbagai jenis makanan jalanan seperti mangkuk mi yang menggembirakan dan Banh Mi rangup. Pho Beef Combination lebih dikenali sebagai Noodles Beef yang didalamnya mengandungi beef balls, beef slices, beef shank, beef tandons dan beef tripe.  Ia disempurnakan dengan sup hangat yang direbus selama 8 jam, dalam tu ada mie beras panjang dari Vietnam, dihiasi dengan kualiti daging Halal dengan resipi rahsia mereka sendiri.
Roasted Lemongrass Chicken with Fragrant Rice

Menu lain yang ada kat sini disajikan makanan jalanan klasik Vietnam dari semua penjuru negara tersebug dan termasuk makanan ringan, mi dan nasi.  Kalau korang nak makan nasi boleh cuba mereka punya Roasted Lemongrass Chicken with Fragrant Rice. Ayam tu rasa unik bagi Maha sebab ada lada hitam dan juga serai. Memang firstime makan ni tapi sedap penuh selera. Kemudian untuk side menu mereka atau appetizer boleh cuba Fresh Summer Roll with Prawn & Fresh Herbs serta Crispy Spring Roll.
Fresh Summer Roll with Prawn & Fresh Herbs

Crispy Spring Roll

Minuman pula tak sah kalau tak cuba mereka punya Vietnamese Coffee yang sejuk atau panas. Kaki kopi suka lah ni sebab rasa kopi yang kaw tapi sedikit manis kot sebab tu orang Vietnam manis-manis hehehehe. Juga kena try minuman Passionfruit & Basil Mojito yang ni lebih segar dan sihat. Lepas makan yang panas dan pelbagai herba ni kena cuci sikit kan.
Passionfruit & Basil Mojito, Vietnamese Three Colour Dessert dan Vietnamese Coffee


Last sekali boleh tutup dengan pencuci mulut mereka iaitu Vietnamese Three Colour Dessert atau macam lebih kurang Cendol. Tiada ais dalamnya hanya air pekat macam rasa kuah kacang pun ada. Bagi Maha sedap tak terlalu manis sangat dihidang dalam cawan. 




Pengalaman makana makanan Vietnam satu yang agak kurang biasa bagi Maha, tak apa boleh datang selalu kerana ada promo semperna Merdeka nanti. Bawa keluarga datang makan kat sini best juga. Lepas ni nak pergi bercuti ke Vietnam lah nak cuba makanan mereka tapi sana susah nak cari yang Halal macam kat Malaysia ni.

Info lanjut pasal promosi ni dan juga restoran Pho Street boleh layari:








17 ulasan:

  1. Wahh sedapnya! Teringin betul nak merasa makanan Vietnam sebab member pernah juga ke review makanan Vietnam dan komen dia, memang sedap-sedap belaka! Tambah pula tengok review dan gambar-gambar makanan abang Maha yang cantik-cantik pula kan. Memang mengancam betul!

    BalasPadam
  2. Seronoknya Maha makan! Cx ni jrg² cuba makanan orang. Waima byk makanan vietnam dkt sini, tapi cx tak merasa pon hahhaa! Tapi bila Maha kongsi ni haa, dia punya menu kemain aum lagi tau! Meleleh ayaq liuq! Huhu

    BalasPadam
  3. Rawlins memang suka makan kat sini, especially sup daging dia. Kenapa Maha tak ajak Rawlins pun, Rawlins suka makan kat Pho Street tau!

    BalasPadam
  4. Pagi2 ni kita tak bfast lg dahbtunjuk gambar makanan sedap2 ni. Liez suka sangat sup vietnam ni sbb dia plain sup dan light je.. spring roll tu sedapnya. Nnt nak singgah la makan dekat sini..

    BalasPadam
  5. Wah masakan vietnam in the house! Outlet dia mostly kat cheras. Cantik sebab adik memang dok kat cheras. Nanti boleh cuba g makan sana bila naik KL nanti.

    BalasPadam
  6. Wah. Maha mahu teroka makanan vietnam pulak. Nampak sedap masakan mereka. Boleh la maha cuba cari seorang dari vietnam utk bermadu 🤣. Rm6.20 semangkuk tu murah gilerr la pulak. Dh set dlm calendar utk sept must go place

    BalasPadam
  7. Antara makanan Vietnam, spring roll tu aje yang tau. Meriah dengan udang. Cicah pula dengan sos.

    Ada outlet² di Malaysia, yang penting halal. Mudahlah bagi mereka yang memang suka dan mahu mencuba menu Vietnam ni

    BalasPadam
  8. Sedapnya lahai makanan Vietnam, baru ni memang teringin sangat nak makan makanan Vietnam tapi masih tak kesempatan lagi. Tgok pulak gambar ni...aduhhh lagi lah sis mengidam. Bila lah sis dapat merasa ni..huhuhu

    BalasPadam
  9. Sedapnya tengok Maha makan. Yaya ni takut -takut nak cuba makanan..sejenis memilih. Haha. Spring roll yang glemer tu pun tak boleh telan.

    BalasPadam
  10. Nampak sedap. Ingat ke harganya mahal, rupanya berpatutan. Bolehlah singgha lepas ni sbb ada cawangan yg dekat dgn rumah. Terima kasih atas perkongsian ya

    BalasPadam
  11. kalau tengok maha cerita, mesti teringin sangat nak pergi. sekarang ni memang penuh timeline orang cerita pasal phostreet ni. menarik memang menarik. senarai mall yang ada phostreet tu ada satu yang dekat dengan rumah. bolehlah nanti ajak family datang try.

    BalasPadam
  12. Pertam akali nad rasa makan dekat sini.. Mmg sedap.. Nnti nak dtgla masa merdeka.. Nak ajak keluarga makan sini.. Terbayang pho beef dia.. Hehhe

    BalasPadam
  13. sedap semuanya maha ! kalau dekat dah ajak lepak lepak. hehe. tempat cantik. makanan nampak sedap and banyak pilihan.

    BalasPadam
  14. Sedapnya. Tengok makanan ni.. Rasa macam kat Vietnam dah. Nanti nak bawak family makan kat sini. Dorang mesti suka.

    BalasPadam
  15. sedap giler kan makanan kat sini..aku suka kopi dia..mmg kaw giler..ingat nak repat datang makan lagi kat sini tak puas lah hari tu

    BalasPadam
  16. Amboi semua menu2 sangat menyelerakan betul. Nak kena try rasa ni. Harga pun boleh tahan murah tambah2 ada promosi sempena merdeka ni

    BalasPadam
  17. After come back from Vietnam, I some how miss Vietnam food alot. This seems like a perfect place for some good Vietnam food!

    BalasPadam