Armada Hotel,

Transformasi Utara Coffee House kepada Restoran 'UTARA' Lebih Segar Dan Moden

Khamis, Ogos 15, 2019 Mahamahu 18 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selepas 22 tahun beroperasi sebagai Utara Coffee House, restoran terkenal di Petaling Jaya telah mengalami perubahan besar yang menyaksikan restoran itu dijenamakan semula sebagai 'UTARA'. Wajah baru diperkenalkan kepada para tetamu dan media semasa sesi pembukaan semula yang diadakan baru-baru ini. Kalau korang tanya Restoran Utara ini terletak di mana, sebenarnya ia restoran dalam Hotel Armada Petaling Jaya.

Siapa yang selalu baca blog Maha ada banyak review di restoran hotel ni terutama setiap kali sambutan seperti Hari Ibu, bulan puasa untuk Bufet Ramadan, perayaan Tahun Baru Cina, mahaupun perayaan Krismas. Semasa sesi pembukaan baru-baru ini lebih kurang 200 tetamu yang hadir untuk merayakan dan menikmati hidangan utama dengan imej baru di restoran yang telah mendapat persijilan Halal sejak 2014 sehingga sekarang.



Apa yang Maha dapat lihat paling ketara adalah dinding kaca yang sebelum ini kalau korang perasan dengan tinted gelap. Kini semua itu telah ditukar dengan dinding kaca yang nampak lebih luas dan pencahayaan luar lebih semulajadi. Juga penting kalau korang yang lalu dari Faderal Highway tu boleh nampak direct tetamu yang ramai makan dalam restoran ini. 


Selain itu juga reka bentuk dalaman baru yang bergaya gabungan konkrit dan kayu serta belbagai warna dan bahan yang konsisten. Rose emas / tembaga dan kaunter marmar ditambah sebagai sorotan untuk mencerahkan warna-warna yang sejuk dan hangat. Keterbukaan restoran Utara kini memudahkan lebih banyak penglihatan, mobiliti dan komunikasi antara kakitangan serta pengunjung yang nikmati makanan di sini.



Kalau korang nak kenal siapa individu yang bertanggungjawab dalam projek pengubahsuaian restoran ini adalah Elizabeth Yap dari firma reka bentuk dalaman StudioN3m. Mereka menawarkan dua penambahan ketara kepada restoran ini. Pertama adalah bahagian dapur terbuka di belakang restoran dan kedua adalah bar kafe terbuka di bahagian depan. 



Melalui konsep dapur terbuka ini pengunjung menjadi penonton kerana mereka dapat melihat bagaimana makanan mereka disediakan. Juga ia menampakkan fungsi lebih besar apabila bar kafe terbuka dibina untuk berkhidmat di antara restoran dan lounge lobi. Oleh itu, kakitangan perkhidmatan dapat berkomunikasi terus dengan para tetamu di 2 kawasan yang berbeza dengan mudah, tanpa menjejaskan piawaian perkhidmatan.







Walaupun Utara mungkin telah menjalani perubahan lengkap, restoran itu masih mengekalkan kesedapan masakan yang menjadi lambang kepada restoran ini. Bagi Maha restoran Utara ini sangat popular dengan masakan tempatan yang luar biasa seperti Nasi Lemak Utara, Roti Durian, Kari Kepala Ikan, Daging Masak Assam Pedas, Siput Sedut Masak Cili Padi dan Ketam Masak Berlada serta banyak lagi. Semua ini memang Maha suka makan kat restoran ini. 





Sebagai sebahagian daripada menu barunya, Utara telah menambah beberapa hidangan Vegan untuk memenuhi semua pengunjung Vegan. Di samping itu, menu Set Vegan yang istimewa juga disediakan untuk pesanan tetapi diperlukan tempahan awal 3 hari. Buffet untuk makan tengahari, minum petang dan makan malam juga akan menampilkan Sudut Vegan khas. 








Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 6.30 pagi hingga 12.00 malam. Maha nak ucapkan tahniah kepada Restoran Utara atas kemajuan perubahan yang sangat orang putih kata 'Awesome'. Moga terus maju jaya dan terus menghidangkan makana yang hebat-hebat serta sedap di sini. Lepas ni makin keraplah Maha datang makan sini syok tu.

Kalau korang nak cuba makan di Restoran Utara imej baru ini boleh hubungi:
Tel : 603-7954 6888
E-mel : f&b@armada.com.my







18 ulasan:

  1. Awasss ye gi makan tak hajak kte! Hahah wei terliur la tengok semua makanan tu! Mencik laaa

    BalasPadam
  2. Tak pernah lagi ke hotel armada ni. Sedapnye siput sedut tu. Lama dah tak makan.

    BalasPadam
  3. time fly we dine there before and it was few years back. Busy parenting life I seldom go hotel to dine.

    BalasPadam
  4. Seronok baca review Tuan @Maha ni :) Banyak restoran yang menyediakan juadah hidangan sedap2 dapat kita lihat. Nanti mai semenanjung lagi boleh la terjah coffee house Hotel Petaling Jaya ni :)

    BalasPadam
  5. menarik.
    kemas. besar. ekslusif.
    mcm orang hado-hado jer if makan sini.
    aida di dah lama x makan-makan kat hotel ni, Maha.
    so mcm geram tgk UTARA ni. ala-ala hotel. sebab ia dlm hotel kot kan, Maha.
    next month nak ke penang, stay hotel.
    bakal belanja anak-anak makan di hotel. sesekali makan mewah skit kan :)

    BalasPadam
  6. Wah. semua makanan semua sedap-sedap. Terima kasih bro kerana sudi share satu tempat yang menarik. Insha Allah, Kalau Naim ke sana Naim akan ke sini haha

    BalasPadam
  7. Luas nye utara ni. Boleh la nk buat event or family trip disini. Makanan pon tengok menyelerakan je. Why not give a try. Tq bro sharing

    BalasPadam
  8. Congratulations to Hotel Armada Petaling Jaya. Its nice for ppl around PJ to go eat at the new UTARA restaurant. Enjoy

    BalasPadam
  9. Wah cantik betul restoran dia ya. nampak exclusive dan elit gitu. sesuai la untuk kita2 makan kat sini kan. eh

    BalasPadam
  10. ya allah. food ! nampak sedap semuanya. dengan interior design yg membantu untuk calm emosi, memang kena cuba juga ni.

    BalasPadam
  11. Lepas buat renovation, restoran Utara ni nampak lebih luas, ruang makannya nampak kondusif dan kontemporari. Cantik!! Menu pulak semuanya nampak menyelerakan especially nasi lemak daun tu. Kite pantang nampak nasi lemak daun tu heee

    BalasPadam
  12. Omg the food looks so good I'm so tempted now will go to Armada Hotel and check it out soon

    BalasPadam
  13. tempat cantik, makanan nampak sedapnyaaaa

    BalasPadam
  14. ya Allah nampak sedap2 betul menu2 yang disajikan di UTARA nie. rugi rasanya tak join ke pembukaan rasmi dorg. kita lupa rsvp. hahahhaa. nanti nak datang sinilah bawa family makan

    BalasPadam
  15. Kemas dan nampak tersusun.. AM suka terutama tgk makanannya.. Banyak makanan favourite AM.. Boleh la AM ajak boss singgah di sana nnti..

    BalasPadam
  16. Wajah baru UTARA ni nampak lagi luas, kemas dan selesa untuk para pengunjung menjamu selera. Menu2 dia pun semua nampak sedap. Siap ada menu utk org vegan lagi. Bagusnya.

    BalasPadam
  17. Cantik sangat new makeover UTARA Coffee House ni! Nampak luas, kemas dan elegan. Makanan dia pun banyak pilihan. Suka tengok konsep bar tu, boleh tengok chef masak live. Excited pulak nak pergi sini

    BalasPadam
  18. cantiknya la haiiii... lawa giler!! ini kalau pergi rasa susah nak balik ni... tempat lawa makan sedap.. heaven terus.... teruja plak rasa nak singgah sini =D

    BalasPadam