Buatan Malaysia,
Beli Barangan Buatan Malaysia atau Utamakan Produk Muslim
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dalam tempoh beberapa minggu ini di sosial media tengah hangat menceritakan isu beli barangan Muslim. Ramai yang bagi pendapat sendiri tentang perkara ini tidak kurang juga pada yang memberi pandangan sebaliknya.
Adakah ia kempen memboikot produk bukan Muslim?
Secara jujur bagi pendapat Maha ia bukanlah sebegitu maksud kempen ini. Ia lebih kepada utamakan produk muslim kerana ia dapat meningkat ekonomi orang muslim di Malaysia. Ini juga secara langsung akan mengurangkan jurang pendapatan rakyat berbilang kaum di Malaysia
Baru-baru ini juga Jemaah Menteri menolak Kempen Memboikot Barangan Bukan dari Pengusaha Muslim dan mahu rakyat lebih kepada Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia. Kempen ini sememangnya telah berjalan sejak dahulu lagi, tidak dinafikan ia memang baik untuk ekonomi negara.
Tapi ia tidak mampu mengurangkan harga barang seperti mana yang dikehendaki oleh kerajaan. Tetapi sejak kempen Utamakan Produk Muslim berjalan memberi kesan dimana terdapat kedai-kedai runcit dan pasaraya besar di Malaysia mula menurunkan harga beberapa barangan keperluan seperti minyak, beras, roti dan beberapa produk lain. Korang juga boleh membuat tinjauan sendiri untuk mendapatkan kepastian ini.
Apa pun kempen yang dilakukan kita kena tengok dari segi positifnya. Ini semua memberikan kebaikan kepada ekonomi negara dan juga menandakan kuasa ditangan rakyat dan kita mampu merubah apa yang sepatutnya. Seperti mana kita berani merubah kerajaan kenapa kita tidak merubah cara pembelian barulah kita tahu kesannya baik atau buruk kepada negara.
Hi, Min’z Sambal Hitam Pahang product muslim dan opkos dah berdaftar ye logo buatan Malaysia ni wakaka
BalasPadamYess kita percaya kepada produk Min'z Sambal Hitam Pahang tak nak kasi kita rasa ker heheheh wakakakak..
PadamAkak sokong barangan buatan Malaysia dan berbelanja ikut kemampuan akak..sebelum beli sesuatu barang akak akan comparekan harga...of course cuba utamakan product keluaran muslim..cuma akak sedih konsep ni di salahgunakan untuk mencaci dan mencerca dalam page yang di create...tak perlu kot caci hina bagai..Islam x ajar pun macam tu kan...
BalasPadamYes betul akak kita kalau nak beli pun tak perlu nak merendahkan produk orang lain kita beli secara senyap jer itu lagi bagus...
Padam