Bento,

Bento Dan Onigiri Hanya RM1 di myNEWS Biar Betul

Ahad, September 08, 2019 Mahamahu 16 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha kalau dengar ada makanan RM1 ni memang giler terus nak pergi serbu. Tambah lagi pula bukan makanan biasa-biasa ia adalah makanan Jepun. Siapa sini suka makanan Jepun kita geng jom pergi serbu kat myNEWS

Sempena dengan bulan September ini sahaja myNEWS memberikan hanya RM1 untuk pembelian Bento dan juga Onigiri. Kalau korang tak pasti Bento ni macam mana ia adalah satu hidangan makanan yang lengkap ada nasi Jepun, lauk seperti ikan atau ayam dan sayur segar atau jeruk dalam satu bekas kotak tersusun. Bento yang jual kat sini ada macam-macam jenis masa hari tu Maha nampak ada Bento Salmon Salsa dan juga Bento Jumbo Chicken Cutlet. Jadi Maha beli yang ayam dapat RM1 best syok.



Manakala Onigiri pula ia adalah nasi Jepun yang dibentuk menjadi segitiga, bersama inti didalamnya dan dibalut dengan Nori atau rumpai laut. Onigiri ini pun ada banyak inti dalamnya ikut kegemaran korang lah. Kat sini ada jual Onigiri Smoked Salmon Cream Cheese, Onigiri Garlic Teriyaki Mayo Chicken, Onigiri Teriyaki Salmon, Onigiri Tuna Mayo dan Onigiri Tobiko Kani Mayo. Paling Maha suka adalah yang salmon sedap giler.  



Kedua-dua makanan ini sangat enak dan berkhasiat. Kat myNEWS ni mereka hasilkan hidangan ni setiap hari jadi ia segar. Pulak tu saiz sangat sesuai untuk yang macam Maha ni tak ada masa hanya boleh on-the-go sahaja. Kat myNEWS ini Bento dan Onigiri mudah untuk dibawa dan dinikmati bila-bila masa dan dimana juga. Maha suka sambil lalu depan myNEWS singgah beli dan makan kat office kalau balik kerja beli makan kat rumah mudah.



Tapi macam Maha cakap yang promosi RM1 ini hanya untuk bulan September sahaja dan ada hari-hari tertentu sahaja. Untuk Bento Tuesday RM1 hanya setiap hari Selasa bulan September manakala untuk Onigiri Thursday RM1 pula hanya setiap hari Khamis bulan ni juga. Jadi kalau korang beli hari-hari lain ia masih dijual cuma pada harga asal lah. 


Nak dapatkan RM1 ni pun bukan boleh beli macam tu sahaja. Korang kena muat turun aplikasi myNEWS dalam telefon korang dan daftar dalam aplikasi tu. Jadi nanti masa nak bayar korang boleh gunakan e-dompet yang adalah dalam aplikasi tersebut dan baru boleh dapat promo tu. Nasib hari Maha datang tu hanya tinggal sikit jer memang cepat habis sebab murah giler kot RM1 untuk makanan Jepun ni.


Jadi standby untuk beberapa minggu yang tinggal ni korang kena pergi cepat-cepat kat myNEWS yang terpilih sahaja. Bukan semua myNEWS ada tau korang kena tengok lokasi yang mereka update kat Facebook dan juga Instagram myNEWS. Maha hari tu pergi kat Plaza Pantai kerana situ ada Maru Kafe dalamnya. 

Maru Kafe ini dia macam satu station yang dalam tu ada jual macam-macam produk makanan Jepun yang enak-enak selain Bento dan juga Onigiri. Kat situ ada juga jual macam-macam produk bakes seperti Hokkaido Roll, Hokkaido Chocolate Roll, Hanjuku Cheese Cake, Hanjuku Chocolate Cake dan banyak lagi. Hokkaido ni memang Maha suka sedap dan lembut. Jadi pastikan korang pergi cawangan yang betul tau jangan pakai redah jer nanti sebab tak semua ada Maru Kafe ini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ok.

Senarai lokasi myNEWS yang terlibat korang boleh lihat di sini :








16 ulasan:

  1. uish biar benar.menarik sangat ni banyak boleh jimat gayanya. nampak hokkaido choc roll tu menarik nak cuba

    BalasPadam
  2. hari tu ada tengok blogger perempuan makan. kak atie kot. best nampak makan onigiri dan bento. kalau ke KL boleh lah singgah mynews ni.

    BalasPadam
  3. Dulu bawah office lama ada MyNews ni.. almost everyday jugak la beli onigiri dia buat breakfast setiap kali datang kerja. haa ni kalau harga RM1 ni boleh beli lebih..

    BalasPadam
  4. Uiiii.. Syok sgt la makan rm 1 lak tu. Nasib baik dia buat ikut hari. Bukan apa, kdg2 risau yg hari bila ntah buat, pastu nak clearance stock. Hehehe..

    Kaki makan, berbaloi la

    BalasPadam
  5. Umm............yum!!!!!!!!!!!!!!!! I love Japanese food especially bento and onigiri. Murah giler my news jual. I selalu beli Japanese food at Family Mart. Thanx for sharing btw.

    BalasPadam
  6. wah sekarang macam2 dah ada my news..menarik ni..x perlu ke kedai sushi nak makan oden san sebagainya

    BalasPadam
  7. This is crazy! All this goodness for just RM1!? Are you kidding me!? That's it! Imma have allllll my lunch and dinner bought from my news from now on lol.

    BalasPadam
  8. Biar betul serendah RM1? Murah giler la.. Memang hari-hari la orang beli kan kalau semurah ni..
    Kalau la tersinggah MyNews boleh la beli.
    Nak merasa. hehehe
    Thank Maha share info ni.. Kalau tak, memang tak tahu la..

    BalasPadam
  9. Saya ni kalau makanan jepun mmg saya suka! Nampak sedap bento dgn onigiri tu. In shaa Allah akan cuba. Nk kena download apps tu la lepas ni. Thanks share ya

    BalasPadam
  10. Uikssss biar betik RM1 je! Perghhh kena serbu la ni

    BalasPadam
  11. Aritu ade singgah MyNews tp tak perasan lak offer ni..nanti nak repeat. Nampak menyelerakan pulak dan best sebab potion dia ckit..ai diet gak ni..hehehe

    BalasPadam
  12. wah best yer murah teramat sangat. kalau dekat ni memang dah terjah da my news. kat teganu takde branch my news ni

    BalasPadam
  13. Wow! Berminat nak mencari ni, Maha!
    boleh cuba. Tau dah mynews ni kat mana kat Melaka ni...

    BalasPadam
  14. Serius rm1 je ? lepas ni kalau nak makan onigiri kena p kat mynews jela kan. murah dan jimat

    BalasPadam
  15. compare harga asal memang patut la asyik habis je. adeh. geram betul

    BalasPadam
  16. Wah murahnya wak.Kite suka bento dengan onigiri cam ni.Selalu beli kt Aeo*.Memang nak kena try ni sebab murah.Thanks wak sebab share.hehehe

    BalasPadam