Air Minuman Semulajadi,
Nikmati Air Nira Asli Terus Dari Ladang Nipah Ismail Che Kaq
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha sebenarnya pertama kali dapat minum Air Nira tak kiralah yang dari kelapa mahupun dari pokok Nipah. Kalau kelapa tu mungkin tinggi dan agar sukar untuk mendapatkannya berbanding dengan nira dari pohon Nipah. Kesempatan Maha bercuti ker Kedah baru-baru ini membawa kepada ladang Nipah yang cukup popular di sana.
Hari tu Maha bercuti datang ke sana sebab meraikan sahabat yang telah tamat pengajian dan menghadiri majlis konvokesyen di UUM Sintok Kedah. Jadi kesempatan berada di sana dalam tempoh yang panjang di bawa berjalan olah keluarga sahabat ke Ladang Nipah Ismail Che Kaq. Ia terletak di daerah Yan Kedah. Nak cari senang sebab tepi jalan jer ladang ni.
Menariknya ladang ini berada di tepi kawasan sawah padi dan juga disekeliling kawasan rumah pemiliknya sendiri. Walaupun tak besar tapi nyaman dapat minum dan juga makan kat dalam ladang Nipah ini. Masa Maha pergi hari tu baru lepas hujang jadi kawasan agak lecak tapi kalau time lain mungkin lebih tenang.
Kawasan yang redup dan juga pengalaman Maha dapat tengok sendiri pokok Nipah dan juga buah Nipah depan mata. Juga bagaimana mereka mengambil air nira tu dari batang bunga nipah yang terkeluar dari pelepahnya. Harga air nira Nipah sini RM11 untuk satu jag besar dan juga ada sekali dengan kacang.
Makanan lain yang ada kat sini popular mestilah Laksa dan juga yang orang sini suka makan iaitu Bihun Goreng Kuah Laksa. Ni firstime Maha rasa bihun goreng dengan kuah laksa memang lain dan sedikit masin. Juga ada cucur bersama dengan kuah kacang.
Bagi Maha tempat ni sangat sesuai untuk makan dan bersama seisi keluarga. Tak sangka kat tempat macam ni ada satu daya tarikan yang menarik dan jarang dapat kat tempat lain. Juga dapat menikmati minuman air nira walaupun kat daerah sana cukup popular minuman ini. Korang boleh dapat lihat ada peniaga yang menjual minuman ni tepi jalan tapi kat sini rasa lebih original.
Maha cari kat internet khasiat air nira ini memang banyak yer. Kalau yang demam panas air ni mampu meneutralkan panas dalam badang tak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak. Selain itu juga ia bagus untuk kesihatan tulang kerana banyak vitamin yang diperlukan tulang. Mungkin setengah orang kurang senang dengan bau tapi rasa manis yang semulajadi membuatkan ia edap untuk diminum bila-bila masa. Maha pertama kali rasa pun suka air nira ini sedap. Nanti kalau ada lagi boleh lah beli lagi.
fuhhhhhh-- sekali je saya pernah rasa air nira semulajadi ni.. memang sedap dan kena kat tekak.. hee~
BalasPadamSaya pun pertama kali dapat rasa Air Nira ni memang sedap ya amat...
Padam