Cendawan Maitake,
Resipi Maitake Goreng Bersama Pucuk Kacang Dan Telur Cendawan Istimewa Dari Jepun
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok kali ini nak masuk dapur lagi lah untuk memasak dapur dah lama tak berasap ni. Hari tu masa Maha pergi jalan kat Pasaraya AEON Nampak satu cendawan ni. Nampak unik dan menarik untuk cuba dalam masakan. Tak pernah masak lagi menggunakan cendawan ini jadi cuba lah satu pek.
Maha Google lah sikit dalam internet pasal cendawan ini. Cendawan yang Maha maksudkan adalah Cendawan Maitake yang juga dipanggil ‘Cendawan Menari’ di negara Jepun atau ‘Cendawan Signorina’ dalam bahasa Itali yang bermaksud wanita yang belum berkahwin. Banyak juga nama kira dah glamor juga lah cendawan ni Cuma mungkin kat Malaysia masih baru.
Pastu Maha Google lagi tentang khasiat pasal cendawan ini pula memang banyak rupanya. Satu pek cendawan ini mengandungi Vitamin D yang kita tahu dapat meningkatkan sistem imun, otot dan tulang. Jadi ia baik untuk pertumbuhan terutama kanak-kanak. Kalau orang dewasa ia mengandungi Antioksidan iaitu anti-penuaan. Bila sebut macam ni ramai lah yang suka kan hehehe. Selain itu juga, cendawan Maitake ini mengandungi 2.7g serat makanan dalam 100g. Ini kira-kira jumlah yang sama seperti satu salad yang selalu kita ambil.
Kalau korang tanya tentang rasanya cendawan ini mengandungi sejenis rasa ‘Umami’ iaitu Asid Guanylic. Rasa ini menjadikan Maitake lebih enak kalau dicampur dalam masakan. Korang boleh buat apa sahaja jenis masakan. Macam hari ni Maha telah cuba satu resipi mudah dan sihat untuk korang mana tahu nak cuba masakan China. Maha namakan resipi kali ini adalah Maitake Goreng Bersama Pucuk Kacang Dan Telur, panjang nama tu tapi nak membuatnya sangat mudah giler.
Bahan-bahan yang digunakan sangat sikit:
1 pek Cendawan Maitake
1 genggam Pucuk Kacang
2 biji Telur
1 sudu besar Minyak Bijan
1 sudu besar Kicap
1 sudu besar Cuka Masak
2 sudu kecil. Sos Tiram
1 sudu kecil Gula
Cara untuk memasak lak korang kena tonton video ni sampai habis sebab ada sikit trick untuk memasak cendawan ini. Nanti salah masak tak jadi lak wakakaka.
So rasa macam mana mudah tak cara yang Maha buat ini. Kalau korang nak pedas sikit boleh lah tambah cili padi tapi ini Maha belajar dari internet cara masakan China. Sesuai makan dengan nasi putih ni sangat lazat hehehe bagi Maha lah. Nak ubah suai lain boleh jer tak ada masalah janji korang dapat nikmati cendawan ini dengan cara tersendiri. Nak goring boleh, panggang boleh, nak masak dalam sup atau Tomyam pun boleh.
Kalau korang nak dapatkan cendawan yang banyak khasiat ini boleh sahaja pergi kat mana-mana Pasaraya Besar AEON. Harga pun tak mahal satu pek tu hanya RM5.90 sahaja. Cuma cendawan Maitake perlu kepada penjagaan simpan dalam peti sejuk di bawah 10 darjah. Ia mampu bertahan lebih kurang 1 minggu. Jadi Maha syor kalau dah buka tu masak bagi habis senang. So lepas ini adalah pilihan cendawan lain yang korang boleh letak dalam masakan. Selamat memasak dan selamat mencuba semua ok.
Info lanjut tentang cendawan ini boleh layari https://www.maitake.co.jp/english
wah..kene cuba ni,nampak sedap hihih
BalasPadamsalam singgah n done follow ;)
oh jahatnya entry ni buat mek jadi lapar ! dah hujan memang gambar mkanan ni membahayakan lah. nak cuba resepi maha bagi ni this weekend.
BalasPadamMaja masak mesti sedap ni walau pun kak tak minat cendawan. Tapi klu Maha masak nak gak rasa hihi
BalasPadamHuishhh.... Favorite kita cendawan ni. Sedap!
BalasPadamMasak simple gini memang layan makan sama nasi panas-panas
wah nampak sedap lah. nnt nak try lah resepi ni
BalasPadamSedapnya cendawan Biasa buat cendawan goreng tepung guna cendawan biasa tu je. lepasni nak try resepi ni pulak
BalasPadamWow this looks like an awesome combination right? Would love to try the maitake that you have introduced. :)
BalasPadamBanyak jugak khasiat cendawan ni eh. Yang paling best of course anti oxidant tu, sekarang memang cari apa2 makanan or suplemen nak ada khasiat tu hehe. Btw nampak sedap la masakan maha. Nak try lah nanti
BalasPadamSedapnya, aduh habis la diet ku. Balik kerja nak try masak ni la. Thanks for sharing!
BalasPadamnampak sedap. cendawan ni pun nak unik, tak pernah cuba lagi. thanks sharing maha, nnti nk cubalah :)
BalasPadamI pun suka masak cendawan ala giniiiii. Lagi selera makan dengan nasi panas panassssss.
BalasPadamRasa nak membeli cendawan pulak lepas ni hehehe.
hari tu ada jumpa, memang unik sikit so tak sure nak masak macamana. nanti boleh belilah dan tengok resepi ni
BalasPadam