Asam Laksa,
40 Tahun Resipi Warisan Turun Temurun Restoran Uncle Chong's Bukit Jalil
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa yang duduk area Bukit Jalil dan yang sekawasan dengannya kini korang boleh mencuba makanan resipi turun temurun sejak 40 tahun lamanya. Sebelum ini restoran ini berada kat Foch Avenue K.L atau sekarang dikenali sebagai Jalan Tun Tan Cheng Lock. Pelanggan tetap akan tahulah pasal restoran ini dan kini ia diwarisi generasi ke empat keluar tersebut.
Maha dengar pun terkejut juga dan tak percaya bahawa Restoran Uncle Chong's ini mampu bertahan selama itu dan masih kekal menyajikan juadah masakan kegemaran rakyat Malaysia. Kalau korang tanya tentang Halal restoran ini masih belum ada sijil Halal tapi mereka menekankan bahan dan sumber dari pembekal yang ada persijilan Halal. Mereka juga tidak menyediakan sajian berasaskan kinzir dalam restoran mereka.
Bagi Maha makanan yang ada kat sini sangat menangkap nafsu makanan kerana bila korang tengok kuantiti yang disediakan sangat banyak dan besar. Maha sendiri tak boleh nak habis semua makanan yang ada kat sini memang kenyang. Kalau nasi tu memang bagi Maha orang perempuan boleh kongsi dua orang satu hidangan hehehe.
Signature Curry Laksa (RM11.90) |
Keistimewaan dan kepakaran mereka di restoran ini adalah Signature Curry Laksa dan juga Asam Laksa. Tengok satu mangkuk Kari Laksa tu memang penuh dengan pelbagai bahan dalam tu. Ada Kerang, Tauhu, daging ayam dan juga kuah yang banyak dan pekat. Bagi Maha cukup rasa karinya kena dengan selera orang Malaysia. Manakala Asam Laksa tu pula sama juga ada ketulan ikan sardin dalamnya yang banyak bersama dengan timun serta juga nanas. Mee laksa tu pun bersaiz besar punya bukan yang halus atau yang mee lutsinar tau.
Asam Laksa (RM8.90) |
Kemudian kalau korang nak makan yang berat boleh cuba mereka punya Nasi Lemak Special. Nasi lemak kat sini memang dihidang dalam pinggan besar dan juga saiz ayam goreng tu besar yer. Ni yang Maha kata boleh makan untuk dua orang. Disedapkan lagi dengan sambal dan juga ada kuah kari kat tepi tu. Nasi cukup lemaknya dan makan memang puaslah.
Nasi Lemak Special (RM10.90) |
Salted Chicken with Chinese Herb Rice (RM9.90) |
Siapa nak yang sihat sikit boleh cuba Salted Chicken with Chinese Herb Rice. Ni firstime Maha makan ayam yang dimasak selama dua jam dengan herba cina ini. Orang Cina memang suka makan macam ni lebih kurang macam makan nasi ayam tapi rasa ayam sangat lain. Lembut dan juga bergitu rasa herba makan pula dengan nasi dan ada sambal pedas kena sangat.
Restoran ni buka setiap hari kecuali pada hari Ahad ia tutup dan beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Boleh datang sini untuk cuba banyak lagi makanan yang ada macam Ayam Penyet, Prawn Noodle, Ipoh Koay Teow Soup dan juga Tea Set mereka ada telur separuh masak, roti bakar bersama kopi. Korang yang duduk dekat area situ juga boleh order makanan mereka secara online dengan Food Panda. Mereka ada sediakan perkhidmatan penghantaran makanan terus ke rumah, senang bukan.
Info lanjut korang boleh layari:
Alamat : No 3-G, Jalan Jalil Perkasa 13
Aked Esplanade Commercial Center
Bukit Jalil
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5
ai terliur tengok pose MH makan tu hehe.mee kari ke apa tah nampak terliur betul.jeliro org kelate oyak.
BalasPadamsedapnya dalam cuaca sejuk-sejuk menjamu selera. Kene cuba kalau pergi bukit jalil ni🎈
BalasPadamYummeh!!!!!!!!! All the laksa look so tempting. Thank you for sharing your review. Happy eating.
BalasPadamJem kalau tak ada SIJIL HALAL ... Harap lebih berhati2 di dalam makan tempat sebegini bro. hehe
BalasPadamMenarik menu nya, kalau ada pensijilan halal terus lagilah bagus dan meyakinkan kan. :)
BalasPadamkari laksa tu buat kite terliurlah, banyak menu sedap-sedap dekat sini! nak cubalah nanti.
BalasPadamhari tu makan jugak dekat sini. lepas diberi penerangan tentang halal dan sebagainya oleh owner, memang terus hilang rasa waswas haha. memang makan habis semua makanan yg dipesan. teringin nak makan curry laksa tu.
BalasPadamsayangnya ..kalau diorang yakin halal dengan bahan yang digunakan rasanya boleh jer apply sijil halal nih , lagipun dah terlalu lama bertapak sampai 4 gernerasi gitu...cuba kalau maha tak bagitahu kedai ni menyajikan hidangan halal memang rasanya sampai bila2 tak jejak ...
BalasPadamAduhhh kari mee tu nampak menarik sesangat. Harus sis terjah nanti ni semata nak makan curry mee dia
BalasPadamMenarik perkongsian ni. Jika sudah mampu bertahan selamat 40 tahun,mesti resepi, rasanya dan service memuaskan pelanggan yg datang
BalasPadamemm sedapnya, saya suka la mee kari. nak buleh dapat beli yang sedap betul dan kena dengan tekak memang payah benar. hihi
BalasPadamuishhh sedapnya mee dia. Iza suka makanan cina, dorang punya rasa memang sedap. tapi sangat susah nak cari yang halal. this one macam boleh try je.
BalasPadamSedapnya makanan iat sini. Aku suka tgk
BalasPadamMee kari dia nampak sedap bangetttt. Nanti nak cuba sendiri la hehe
Somebody please kill me! The food looks yummy! My goodness! I love this kind of food and I am craving it now!!!! Will visit soon soon soon! And it's 40 years!
BalasPadamnampak sedapla. pekat je kuah tu. kalau takde sijil halal mesti ramai melayu yg ragu ragu walaupun bahan dan pembuatannya halal.
BalasPadamOmg this is near my place and I really wanna check out this place soon!! All the food really mouthwatering la!
BalasPadamWoww the food looks so good especially tge signature curry laksa! Thank you for including the price 👍
BalasPadamSpaghetti kari tu nampak best.. macam mee kari la juga. Uniknya restoran yg ada resipi turun temurun.
BalasPadam