Faroz Cafe,

Keaslian Juadah Melayu Dalam Suasana Eropah Di Faroz Cafe TTDI

Jumaat, November 15, 2019 Mahamahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu bila nak nikmati makanan betul-betul rasa Malaysia mesti kita akan pilih restoran yang dekorasi tradisional atau juga lebih kepada kemelayuan. Mungkin itu yang selalu kebiasaan macam Maha sendiri. Bila tengok restoran yang modern dan juga futuristic ini tak berapa nak yakin dengan kesedapan terutama masakan tradisional Malaysia. 

Bukan nak memperlekehkan restoran macam tu tapi kebanyakan mungkin dipengaruhi oleh tukang masak dan juga pekerja-pekerja yang berada dibarisan hadapan. Itu yang Maha rasai bila masuk ke sebuah restoran ini. Walaupun mengetengahkan konsep dekorasi Eropah dan juga Inggeris tapi makanan yang disajikan begitu dekat dengan selera Maha. Restoran yang Maha maksudkan adalah Faroz Cafe yang terletak di Taman Tun Dr Ismail.




Kita tahu situ adalah area kawasan elit dan juga persaingan restoran dan cafe yang urban banyak. Namun bukan itu sahaja menjadi tarikan kepada pecinta makanan tapi juga rasa yang penting. Sebab pertama kali Maha masuk sini jatuh cinta dengan dekorasi yang membuat kita rasa sangat dialukan. Siap susun atur kemas serta ketelitian dari segi penggunaan bahan dan material untuk menjadikan restoran ini bagaikan sebuah istana. 

Nasi Kerabu Ayam Percik (RM23+RM8)

Tu baru bahagian dekorasinya kalau sebut tentang rasa masakan yang disajikan memang Maha boleh bagi markah penuh. Bukan nak puji saja-saja tau tapi sebab bila Maha rasa makanan terutama masakan tradisional mereka seperti Nasi Kerabu Ayam Percik dan juga Nasi Kerabu Ikan Goreng memang tepati rasa seperti asal. Komponen yang ada dalam hidangan ini semua lengkap ada ulam-ulam, kemudian sambal dan juga budu, kelapa goreng, bersama dengan telur masin dan juga keropok cukup segalanya.
Nasi Kerabu Ikan Goreng (RM23+RM4)

Ditambah lagi kalau korang order yang ayam percik atau ikan goreng mereka juga sertakan sekali dengan daging salai. Satu pinggan tu memang cukup kenyang kalau korang order tak akan rasa nak kongsi. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan apa yang korang dapat dan rasai. Kalau nak tahu kena datang dan cuba sendiri makanan di sini.
Oxtail Bakar (RM37)

Kemudian ada juga juadah berasaskan daging iaitu Oxtail Bakar dan juga Sup Tulang Merah. Walaupun selalu kita makan sup ekor sahajakan tapi kali ini ekor tu dibakar dengan rempah dan sangat lebut tidak liat. Bilah lengkang mudah daripada tulangnya dan hancur dimulut bila dikunyah. Ditambah lagi dengan sup sayur dan juga sambal hijau yang menambah lagi kesedapan dalam hidangan ini. 
Sup Tulang Merah (RM38)


Sup Tulang Merah popular di negeri selatan tanah air dan kat sini juga ada. Korang tak perlu nak pergi sampai sana walaupun tak berapa nak merah kerana ia tidak menggunakan pewarna tapi menggunakan rempah yang sebenar. Sup ini juga sedap dinikmati dengan Mantou yang disediakan sekali. Ada yang kukus dan juga goreng sangat sedap bila makan sambil dicicah dengan sup ini. 
Teriyaki Chicken Chop (RM28)

Tak lupa juga menu barat ada juga di sini bagi mengimbangi konsep dan juga makananya. Sini korang boleh cuba mereka punya Teriyaki Chicken Chop dan juga Pesto Laksa. Menarik bukan yang Maha suka pada chicken chopnya masih berjus serta ada Mash Potato dibawahnya. Pesto itu pula adalah menggunakan mee laksa yer bukan spaghetti. Mengandungi banyak bahan didalamnya seperti makanan laut udang, kupang dan juga Soft-shell crab.  

Pesto Laksa (RM28)

Korang datang sini kena cuba juga mereka punya special pencuci mulut. Ada banyak tapi yang paling Maha suka adalah Cekodok Pisang dan Urap Spring Rolls. Untuk dessert barat pula istimewa di sini iaitu Tiramisu dan juga Crema Catalana. Semua ni Maha suka memang pelengkap kepada penutup setelah makan yang berat-berat tadi.
Cekodok Pisang (RM12)

 Urap Spring Rolls (RM15)

Minuman pun korang boleh cuba antara Wild Berry Mojito dan juga Kedondong Asam Boi. Wild Berry tu korang kalau nak minum kena kacau sekata dulu baru dapat rasa semuanya kemasaman dan juga kemanisan dalam minuman ini. Minum sejuk-sejuk juga sangat mengancam kena dengan juadah makanan yang pedas tadi. Bak kata pepatah semuanya ngam dan mantap. 
Tiramisu (RM16)

Crema Catalana (RM14)

Tapi mereka juga ada satu minuman istimewa di sini iaitu Printed Coffee. Jarang Maha jumpa kat tempat lain dimana pada pecinta kopi korang boleh minum kopi yang dihiasi dengan wajah korang di atasnya. Macam yang Maha minum ini ada wajah Maha. Kalau korang nak order minuman ini nanti pelayan akan ajar cara untuk upload gambar korang menggunakan aplikasi yang disediakan. Pastu nanti korang pilihlah nak nikmat dengan minuman kopi panas atau juga hot chocolate. Maha minum ni hot chocolate sangat best. Rasa sayang nak minum sebab ada muka kita kat situ.

Printed Coffee (RM12+RM3)

Jadi bagi Maha Faroz Cafe ini komplete pakej daripada segi dekorasi pas dan juga makannya pun sangat sedap. Jadi korang boleh datang mencuba makan kerana restoran ini buka setiap hari kecuali pada hari Ahad tutup dan beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Kalau korang ada perancangan nak buat majlis sini pun boleh juga kerana restoran ini mampu memuatkan sehingga 80 orang tetamu dalam satu-satu masa.
Kedondong Asam Boi (RM12.90)

Wild Berry Mojito (RM15)

Yang Berbahagia Puan Sri Faridah Idris Pemilik Faroz Cafe

Ada dua tingkat cafe ini kalau nak buat private function atau event boleh gunakan bahagian atas. Sangat selesa dan sesuai untuk mereka nak merasai majlis berkonsep mewah tapi pada harga yang berpatutan. Dalam masa sama boleh order makanan tempatan atau barat ikut apa yang korang nak mereka sedia membantu. Nak buat majlis pelancaran product atau juga sesi reunion sangat sesuai lah.




Nanti kalau korang datang sini jangan lupa untuk bergambar sebab setiap sudut dalam restoran ini ada keistimewaannya tersendiri pasti orang akan tertanya-tanya adakah korang makan kat luar negara tapi sedangkan hanya kat KL sahaja hehehe. Kalau ada kawan-kawan atau rakan sekerja dari luar negara nak rasai makanan tempatan yang sebenar mungkin boleh rekemankan restoran ini mesti mereka akan terjatuh cinta. Apa pun Maha dah cuba merasai suasana di sini dan juga makanan-makanan yang ada di sini. Korang bila lagi nanti dah cuba tinggalkan komen kat sini ok. 

Info lanjut dan juga promosi Faroz Cafe boleh layari :
Alamat : No 39 , Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail
               Kuala Lumpur, Malaysia

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4.5/5
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 4/5







20 ulasan:

  1. Aduhh deco kedai sangat menarik ditambah dengan juadah hidangan yang menyelerakan. Pasti akan ku kunjungi nnt. #BW

    BalasPadam
  2. Cantiknya hiasan dalam kedai. Terpegun dengan decoration dalam kedai Puan Sri Faridah! Tahniah Puan Sri dan selamat maju jaya.

    BalasPadam
  3. wow rare ni. makan masakan melayu dalam suasana eropah. saya tengok awak pon dah macam queen elizebeth dah. haha

    BalasPadam
  4. Nampak sedap dan harga sangat berbaloi ye dah la dekorasinya cantik sgt. Wei gambar ko tu yg kat air tu rasa nak kunyah2 hahaha

    BalasPadam
  5. First time tengok kedai ni memang terpegun, akak ngn husband ckp kedai orang kaya mana la ni..tak sangka owner dia melayu.kami ingat orang Arab..haha..tp menunya menarik kan

    BalasPadam
  6. Masyallah tempat cantiknya! Printed coffee tu memang nak sangat cuba, harga memang terbaik !!

    BalasPadam
  7. Wahh. Hari2 maha mahu makan dalam istana mcm ni . Nanti jgn lupa belanja haha. Kalau dating, best bawak tmpt mcm ni. Tenang je, mesti tk ramai n crowded kan. Harga pun not bad tengok

    BalasPadam
  8. Wow!!!!!! Sronok nyer tengok makanan2 dia and the ambiance. Kalo buat girls day out kat sinie memang syok nie dpt makan dan wefie bersama. I am gonna share your review with my girls. Thank you for giving an idea for me and my girls.

    BalasPadam
  9. Memang selalu sangat nampak kedai ni sebab hari2 makan kat TTDI. Nampak sebijik butik pengantin tak berani nak jengah. Rupanya makanan dia cantik betul dan sedap. Kalau maha dah rate 5 bintang, haruslah sis terjah! Jom belnja sis. hehehe

    BalasPadam
  10. yang menarik perhatian saya adalah pada dekorasi cafe ni! kemudian barulah pada makanannya. menarik lah tempat ni. bolehlah terjah nnti :)

    BalasPadam
  11. Perghh lawa giler restoran ni. Nampak exclusive dan menarik. Menu pun nampak menyelerakan. Yang printed coffee tu memang dia akan print muka kita ekk. uniknya, sayang pulak rasa nak minum muka sendiri ^_^

    BalasPadam
  12. Amboii. Deko dia Betul2 mewah n elegen.. Menarik yg Printed Coffee tue.. Mesti sayang nak minum bila nmpk ukiran wajah sendiri..

    BalasPadam
  13. Kalau berkesempatan datang makan di Cafe ni memang Nasi Kerabu Ayam Percik jadi pilihan tau. Eh eh tetiba kagum pulak te gok printed coffee tu ada muka Maha. Kalau saya sayang nak minum sebab muka sendiri kan..

    BalasPadam
  14. pehh, mewahnya restoran ni, macam rumah alif syukri la. kerusi je dah macam vvip, wah boleh la merasa hidup mewah kat restoran ni. Makanan pun nampak sedap dan bersih, kena cuba lepas ni. harap tak mahal. heheheh

    BalasPadam
  15. Fancy la cafe ni dan the best thing is the food is not expensive. Very reasonable price with setting macam ni. Maha nampak really enjoy sini. Maybe if ada chance boleh drop by next time kat sini.

    BalasPadam
  16. Wow menu dia. Semua nampak sedap dan menarik. Pesto laksa tak penah lagi try.

    BalasPadam
  17. mewah betul lah interior cafe ni. nasi kerabu dia nampak sedap sangat. adeyhh. esok breakfast kena cari nasi kerabu jugak lah.

    BalasPadam
  18. Pertama kali tengok cafe yang mewah , dekorasi eropah macam ni..kalau masuk mesti ternagna mulut..hehee..ingat makana western ke apa, sekali nasi..oergh terbaik sangat

    BalasPadam
  19. Nice post. This information help me understand more and I highly appreciate. Thank you, Keep blogging. Join Origin Access Premier and get The Sims 4 Digital Deluxe, Dine Out Game Pack and Kids Room Stuff Pack to create new stories sims 4 news

    BalasPadam
  20. wah agak menarik deko... dan menarik bila boleh print muka sendiri kat cofee...

    BalasPadam