Black Volcano Pizza,
Meletup-letop Di Dalam Setiap Gigitan Dengan Black Volcano Pizza
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pizza Hut adalah salah satu restoran makanan piza kegemaran Maha kerana apa bukan sahaja kerana kesedapnya tapi juga keunikan setiap musim piza yang dihasilkan. Sebelum ini pernah ada Krabby Cheese Pizza kemudian ada pula Durian Cheese Pizza semuanya kaya penuh dengan keju.
Begitu juga untuk kali ini Pizza Hut bawakan Black Volcano Pizza yang menampilkan konsep unik bersama limpahan lava berkeju, ketulan ayam rangup di atas kerak piza berwarna hitam. Selalu kita tengok pizza warna keperangan bila dibakar tapi yang ini berwarna hitam kerana ada campuran arang seakan-akan gunung berapi dengan lavar yang meleleh melalui cheese banyak disekelilingnya.
Piza ni tak silap Maha dan diperkenalkan sejak bulan Oktober lagi dan sehingga kini sambutan yang hebat dari pecinta piza seluruh Malaysia termasuk Maha jadi ia diteruskan sehingga hujung tahun ini. Cuma kali ini diperhebatkan lagi dengan lebihan cili diatasnya. Kalau korang tahu ada berapa ketul kerak piza pada sekeliling Black Volcano Pizza ni. Betul pandai pun ada 24 ketul kerak yang dalamnya ada keju.
Tu yang buat Maha suka sangat piza baru ini tambah letop dan juga tambah pedasnya orang Malaysia suka yang pedaskan. Hari tu masa datang ke restoran Pizza Hut Maha diberi kesempatan untuk mencuba bagaimana menghasilkan Black Valcano Pizza ini. Rupanya topping kat atas tu ada banyak yer dimulakan dengan sos piza istimewa yang pekat dan pedas, kemudian di limpahkan pula dengan taburan keju, atas lagi ditaburi dengan hirisan bawang, lepas tu ada pula hirisan daging ayam ditambah ketulan Chicken Pop banyak betul dan akhir sekali dengan tomato.
Sebelum dibakar piza ini ditaburkan pula dengan chili flake untuk menambah kepedasan yang extra tu. Bukan satu pek tapi 2 pek Maha tabur memang terbakarlah bila makan. Tapi seronok sebenarnya pengalaman dapat membuat piza sendiri dan merasai hasil tangan kita. Kalau korang nak rasa yang Maha buat tak dapat lah sebab dah habis Maha makan hehehe. Cuma korang boleh datang ke semua 401 cawangan Restoran Pizza Hut seluruh Malaysia.
Seperti mana Maha bagi tahu sebelun ini promo piza ini hanya untuk masa yang terhad sehingga 31 Disember 2019 ini sahaja ok. Harga piza ini hanya RM44.50 untuk à la carte dan juga ada yang dalam kombo kalau korang datang bersama keluarga sangat sesuai. Saiz sangat besar untuk seorang makan memang tak boleh habis dan kenyang sekenyangnya lah. Nanti korang cuba dan share dekat Maha macam mana rasanya ok. Selamat menjamu selera semua
Info lanjut korang boleh dapatkan di laman
Laman web : www.pizzahut.com.my
Facebook : www.facebook.com/pizzahutmalaysia
Laman web : www.pizzahut.com.my
Facebook : www.facebook.com/pizzahutmalaysia
pizza baru lagi. tengok iklan macam sedap je. Tak sabar nak cuba nanti..
BalasPadamPizza kalau keluarkan menu baru memang gempak la. Palin Sis suka...edisi durian. Yang baru ni, tak berkesempatan nak cuba. Tapi bila baca artikel ni, kecur air liur lah pulak.
BalasPadamRawlins tunggu MM bawa Rawlins - tapi almaklum sejenis tak tahan pedas, maka Rawlins akan makan bahagian tengah/ yang kurang cili. Hahaha
BalasPadamRM44.50 untuk sekeping piza baru? wahhh menarik ni nak cuba. mesti makan sambil menangis kepedasan. HAHAHA
BalasPadamUntuk masa terhad aje ke? Hmm baiklah sis nak pergi beli kat TTDI ni ha.Tgk memang sedap betul lah siap ada 24 crust!
BalasPadamppergh.. padu betul pizza hut terbaru ni. terus terasa nak g order unuk makan hari ni sebab dah lama tak g makan pizza
BalasPadamTajuk entry dia mmg tak boleh tahan.. He he he.
BalasPadamMat Drat makan Pizza Black Volcano ni, memmemangbest la
pagi-pagi dah menarik selera tengok semua picture ni, tengah ada promo ni elokla nak cuba, saya memang kaki makan pedas, nak tau juga tahap volcano dia tu hihi
BalasPadamYa ampun Maha...terus sis gee lapar pizza di pagi hari!!!hahahahaah
BalasPadamVolcano Pizza ni saya dah try minggu lalu, yang lawaknya bila bawak anak buah makan Pizza ni dia kata '' saya takmau makan batu''... adoii itu bukan batu la nak..haha
BalasPadamPerghh.. Padu-padu je pizza terbaru ni. Serius beb gambar awak buat kita terliur lah. Jahatnya! Kita should try jugak ni. Makan ramai lah baru syok, nak bawak family
BalasPadamalaaaa sedapnya pizzahut...lama tak makan..rindu nak rasa..nampak sedap giler....bila nak belanja aku maha hehehehe
BalasPadamHarga nampak berbaloi. Lom try lagi sebab asyik ber'domino je. Tapi bila baca entri ni cam teruja lak nak rasa..hehehe
BalasPadamtenok iklan kat tv pun dah sedap,,siap ada piza yang selak rambut bagai tu..hehe
BalasPadamHuishhh. Lama dah tak makan pizza hut. Cheese banyakkk. I like
BalasPadam