Cuti-Cuti Malaysia,

Rasai Pengalaman Seram, Mengujakan Dan Menyeronokkan Di Genting Highlands

Sabtu, November 09, 2019 Mahamahu 12 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang baca tajuk post Maha kali ni ada 3 element yang nak Maha kongsikan kat sini semasa bergi bercuti di puncak sejuk Genting Highlands. Pertama adalah element seram yang membawa korang kepada situasi menarik dalam sebuah filem blockbuster dari Korea. Element mengujakan dengan satu mainan Virtual Reality yang tiada di tempat lain di Malaysia ini. Juga Element seronok dengan bergembira di sebuah karnival terbuka untuk orang ramai.

Kalau korang nak tahu lanjut semua ini boleh baca perkongsian kat dalam post ini. Cuti sekolah pun dan dekat dan juga ibu bapa mesti tengah rancang untuk bawa anak-anak kemana. Cuba semua yang baru dan menarik ini mesti ia menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Selain daripada pelbagai makanan Halal yang sedap juga permainan yang menanti membuat rasa tak cukup kalau hanya bercuti satu malam sahaja di sana.

Rumah Seram Train To Busan 


Buat peminat filem seram Korea ini mesti korang masih ingat lagi beberapa slot menarik dalam filem tersebut dimana mereka terperangkap dalam train dengan dikelilingi zombie. Begitu jugalah kat Rumah Seram Train To Busan di Genting Higlands ini. Mula-mula masuk sahaja korang dah berasa seperti suasana sebenar dalam filem tersebut. Dengan train yang terbabas serta ada beberapa ruang dalam tu yang korang kena masuk.
 

Diseramkan lagi dengan kesan bunyi serta suasana yang malap buat korang rasa berdebar-debar nak teruskan perjalanan nak tahu apa ada dalam tu. Terbahagi kepada 2 rumah dalam tu korang kena masuk ikut susunan baru korang rasa seronoknya. Bahagian pertama Rumah Seram bertemakan persekitaran Stesen Seoul. Para penumpang akan mendapati diri mereka terperangkap di stesen berkenaan, mengelak zombie dan cuba menyelamatkan diri melalui Bilik Stor, Pasar Raya, Kedai Kopi, Koridor, Laluan Tandas dan Pagar Sesat Bercermin untuk berjaya: hanya keretapi tersebut dapat menyelamatkan mereka daripada mimpi ngeri itu.



Bahagian kedua Rumah Seram pula akan mengambil tempat di dalam kereta api ke Busan. Sama seperti watak-watak dalam filem tersebut yang perlu mencari jalan untuk ke bahagian hadapan kereta api bagi menyelamatkan diri untuk sampai ke Busan (dimana zon kuarantin diwujudkan), penumpang Rumah Seram perlu menghadapi beberapa cabaran: perlu sampai ke Platform Kereta Api dan bahagian Gerabak Penumpang, melalui Gerabak Kargo Bahan Kimia dan Makmal CDC, sebelum selamat. Korang mungkin boleh dijangkiti dan menjadi zombie kalau kena gigit korang kena kuarantin tau.



Di sini juga ada dua kem induk, pengunjung yang selamat daripada 2 rumah tadi boleh mengangkat senjata untuk berperang dengan segerombolan zombie dalam permainan Realiti Maya dan pelbagai aktiviti interaktif lain. Ia termasuk memakai baju perisai dan menggunakan senjata dalam mempertahan kawasan kuarantin daripada serangan zombie – sama seperti penamat dalam filem – atau kejar masa untuk mencipta vaksin melawan virus. Maha sempat masuk dua rumah jer tu pun dan habis suara menjerit tak ingat dunia wakakaka. Siapa ada sakit jantung atau masalah lain harap jangan masuk ok.


Rumah Seram Train To Busan telah dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad, 1 November hingga 1 Disember 2019 manakala bermula 2 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020 ia akan dibuka setiap hari. Harga tiket pula RM90 dan RM80 untuk ahli Kelab Ganjaran Genting. Seronok datang sini rasa puas menjerit dan belari takut dikejar zombie. Cuma dalam tu tak boleh rakam dan ambil gambar so tak ada gambar tengah menjerit dalam tu yang boleh tunjuk kat korang hehehe. 

The Void Avengers: Control Damage


Ini pun satu lagi permainan yang korang kena cuba bila datang kat Genting ini sebab ia adalah satu-satunya di Malaysia. The Void ini dibawakan oleh ILMxLAB dan kini kerjasama dengan Marvel Studio untuk satu permainan virtual reality dengan konsep hero Avangers. Sebelum ni Maha pernah main The Void ini untuk aksi Star Wars kali ini lain sikit pengembaraannya. Bestnya korang akan jadi superhero dalam permainan ini sebiji dengan costume tapi dalam dunia maya.


Sikit cerita pengembaraan dalam ni yang korang akan rasai bila main. Avengers: Control Damage akan membiarkan korang melangkah masuk ke MCU untuk kali pertama dan berpasukan bersama Wira Mightiest Bumi! korang akan disenaraikan oleh Shuri (Letitia Wright) untuk menguji reka bentuk prototaip terbarunya: Emergency Response Suits, yang dibuat dengan gabungan proprietari teknologi Wakanda dan Stark Industries.



Lebih tak boleh nak cerita tak seronok korang kena main sendiri baru rasa betapa seronok ada dalam dunia Avenger ini. Nanti korang akan jumpa semua superhero Marvel seperti Doctor Strange (Benedict Cumberbatch), Ant-Man (Paul Rudd), The Wasp (Evangeline Lilly), Hulk dan ramai lagi lah. Mereka juga akan turut membantu korang untuk menyelesaikan misi ini. Kat sini korang akan diuji kecekapan dan juga markah akan diberikan secara individu untuk lihat tahap kecekapan melawan musuh.



Jadi korang kena berjuang dengan team bersama-sama jangan pentingkan diri sendiri hehehe. Kalau masa korang kena tembak oleh musuh korang juga akan dapat rasa gegaran tembahan tu memang real lah. Remaja sukalah akan mainan macam ni. Harga untuk main satu misi selamat 20minit RM130 seorang. Tapi pengalaman tu yang best seronok sebab memang seperti berada dalam situasi sebenar. Puas bila dapat tamatkan misi dengan jayanya.

Starlight Carnival


Karnival Starlight adalah sebuah festival di kawasan terbuka dengan suasana unik yang buat malam korang di puncak tu penuh kegembiraan. Hari yang Maha datang hari tu adalah hari terakhir karnival ini. Karnival ni juga ada empat segment utama iaitu filem, muzik, makanan dan permainan. Cuma masa Maha sampai tu hari sedikit hujan tapi tak mematahkan semangat untuk terus merasai kemeriahannya yang julung kali diadakan di sini.


Mula masuk sahaja dan nampak layar besar iaitu dipanggil Pawagam Karnival yang menayangkan filem-filem blokbuster seperti A Star is Born, Chicago, Jersey Boys, Mamma Mia & Hairspray. Syoknya korang menonton dalam keadaan santai atas kusyen dengan ditaburi bintang di langit terbuka pada waktu malam. Suasana agak sejuk dan menyejukkan kena bawa jaket atau baju sejuk. 



Bila perut dan bekerongcong rasa lapar korang boleh pergi mencari pelbagai pilihan tempat makan dan makanan yang dijual dari trak makanan di sekitar kawasan karnival. Trak makanan menyediakan pelbagai pilihan hidangan snek hebat termasuk sosej hingga ke coklat. Juga ada makanan yang popular di Genting seperti FuHu Restaurant, Harry Ramsden dan Cosmic Café



Kesunyian malam akan diriuhkan dengan alunan lagu dari barisan pemuzik berbakat termasuk Aidan Soloist, VIBES, McBE Duo dan Double Aze akan membuat persembahan di atas pentas Gazebo. Tidak lengkap sekira sebuah karnival tanpa permainan yang menyeronokkan. Korang boleh mencuba nasib dan kemahiran di kios permainan seperti menjaringkan bola keranjang di Shooting Star, memutar roda mencuba tuah di Milky Way Spin, Asteroid Toss, Topple Galaxies dan memancing itik di Pick A Star. Berjam-jam masa penuh keseronokkan dan cabaran menanti di Zon Permainan. Hari tu tiker masuk RM20 sahaja banyak boleh buat best tapi dah habis karnival ni tunggu tahun depan kalau ada lagikan.

Info lanjut tentang harga dan tempahan awal boleh layari https://www.rwgenting.com








12 ulasan:

  1. Wahhh... Meriah dan menarik sangat. Ada masa boleh lah merasai pengalaman di sana tu nanti.. Thanks Maha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best Liya kalau pergi memang banyak aktiviti menarik sekarang ni hehehe tak jemu duduk sana selain nak rasai suasana sejuk....

      Padam
  2. bestnya..baru balik sana beberapa hari lepas. ruginy sebab tak buka setiap hari train to busan tu. baru nak ajak anak masuk..hahaha

    BalasPadam
  3. Happy nampak Maha hihi... selalu baca kisah makan ni satu prngalaman lain yang kak pasti awak suka sbb nampak happening sgt.

    BalasPadam
  4. OMG Seramnya! Tapi bestnya ! I don't think I dare to go and play~ but happy to see you enjoying

    BalasPadam
  5. Yg train to busan mcm seram je sampai menjerit tak ingat dunia, kehkehkeh. Yg 2 game last tu mcm best jer!

    BalasPadam
  6. Nampak gempak dan ramai orang yang datang. Mesti ramai tidak sabar-sabar hendak melihat apa yang ada di dalam. Terbaik kupasan kali ini. sempoi!!!

    BalasPadam
  7. Last year I went to Genting, tapi tak pernah ada try any activities selain jalan2 cari makan😂
    Next time nak pegi ko Genting Lagi 😭

    BalasPadam
  8. seronoknya! teringin nak masuk avengers: control damage tu sebab saya memang minat avengers hehe. setakat ni saya belum pernah lagi ke genting highland.

    BalasPadam
  9. Huish.. dapat rasa macam duduk dalam movie Train to Busan!! Saya sampai sekarang teringat2 keseraman cerita tu lah.. Takleh tido malam dibuatnya selama 2 minggu jugak. Adusss. Berusaha saya melupakan. Kalau gi juga Genting ni camne lah. Haha

    BalasPadam
  10. wahhh nampak memang best dan cukup menyeramkan. dalam masa yang sama rasa teruja untuk pergi dan masuk. dah lama tak naik genting. nanati nak singgahlah sini

    BalasPadam
  11. This is an awesome motivating article.I am practically satisfied with your great work.You put truly exceptionally supportive data. Keep it up. Continue blogging. Explore photo and video images on Instagram, latest posts and popular posts about Pictame.

    BalasPadam