Cuti-Cuti Malaysia,
3 Unsur Utama Dalam HerbaLine Wellness Sanctuary Di Ipoh
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kita sekarang ni bukan sahaja nak bercuti untuk semata-mata mencari ketengan dan berehat tapi juga ada yang nak dapatkan juga penjagaan kesihatan dan juga mendapatkan makanan yang sihat. Jarang kita boleh dapat semua ini dalam satu lokasi tempat percutian yang menggabungkan 3 unsur utama ini.
Itulah yang cuba diterapkan dan diberikan kepada pengunjung HerbaLine Wellness Sanctuary yang kini telah membuka lagi cawangan terbaru mereka di Ipoh. Ramai tahu jenama HerbaLine Wellness sebagai peneraju produk dan juga perkhidmatan spa dan kesihatan yang cukup popular. Kini ada pula sanctuary yang menyedia korang 3 unsur macam Maha ceritakan tadi.
HerbaLine Wellness Sanctuary terbaru ini mempunyai reka bentuk dalaman yang bergaya dan moden. Tempat bukan sahaja untuk kesihatan tapi juga terdiri daripada Sojourn Guest House, HerbaLine Facial Spa dan Mama Kim Wellness Kitchen. Korang yang menginap kat sini boleh nikmati rawatan spa dan juga dalam masa sama menikmati makanan sedap dan menatap suasana yang menarik dan tenang.
Sojourn Guest House
Korang datang bercuti ke Ipoh boleh bermalam di sini kerana mereka ada sediakan beberapa bilik mengikut bajet dan juga keselesaan. Menekankan slogan 'Like home but better' perkataan Sojourn berasal daripada bahasa Perancis yang membawa maksud 'Penginapan Singkat' menawarkan pengalaman santai yang mana tetamu akan menikmati keselesaan rumah tetapi mewah.
Kat sini terdapat 41 bilik secara keseluruhan, dari bilik Superior yang bersaiz sederhana hingga bilik untuk keluarga yang luas dan mewah. Setiap tingkat memaparkan rasa selesa dan kesenangan yang berbeza dan mempunyai lounge sendiri yang direka sesuai untuk anak-anak dan keluarga untuk bersantai. Para tetamu boleh menjelajah dan berkumpul di sekitar ruang khusus ini untuk merehatkan dan merakam momen indah.
Berikut adalah jenis bilik utama yang ada di sini:
- Superior Twin/King Room
- Deluxe Queen/King/Family Triple Room
- Premier Twin/King Room
- Duplex King/ Family Triple Room
- Junior Family Room
- Signature Family Home
Semua bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti peralatan mandian, peti keselamatan, pengering rambut, tuala, seterika dan papan, berus gigi, TV, selipar dan banyak lagi lah. Juga ada beberapa ruangan lain yang dicipta khas untuk korang nikmati seperti Roof Garden di tingkat 3. Tempat bersantai yang dikelilingi oleh kehijauan adalah sempurna untuk masa bersama yang selesa sambil melihat langit terbentang.
Kemudian ada pula Bilik Dobi juga di tingkat 3. Ia dibuka 24 jam setiap hari untuk kemudahan tetamu Sojourn sahaja. Kalau yang datang atas urusan kerja mereka sediakan Dewan Persidangan di tingkat 1 di mana ia adalah ruang yang sesuai untuk mesyuarat, acara, bengkel atau perhimpunan.
Maha tahu ini kalau wanita suka bila datang kat hotel yang ada spa. Kat sini juga ada yang menyediakan HerbaLine Facial Spa. Pengunjung di sini boleh membuat rawatan yang ditawarkan seperti mencuci muka, melembab muka dan facial atau juga khidmat urut badan. Dilengkapi dengan layanan tambah seperti merendam kaki dalam garam laut, terapi spa ikan, minuman sulingan detoks dan banyak lagi. Selepas beberapa rawatan kat spa ini korang akan rasa muda remaja dan lebih segar selepas penat sehari beraktiviti.
Kemudian ada pula Bilik Dobi juga di tingkat 3. Ia dibuka 24 jam setiap hari untuk kemudahan tetamu Sojourn sahaja. Kalau yang datang atas urusan kerja mereka sediakan Dewan Persidangan di tingkat 1 di mana ia adalah ruang yang sesuai untuk mesyuarat, acara, bengkel atau perhimpunan.
HerbaLine Facial Spa
Maha tahu ini kalau wanita suka bila datang kat hotel yang ada spa. Kat sini juga ada yang menyediakan HerbaLine Facial Spa. Pengunjung di sini boleh membuat rawatan yang ditawarkan seperti mencuci muka, melembab muka dan facial atau juga khidmat urut badan. Dilengkapi dengan layanan tambah seperti merendam kaki dalam garam laut, terapi spa ikan, minuman sulingan detoks dan banyak lagi. Selepas beberapa rawatan kat spa ini korang akan rasa muda remaja dan lebih segar selepas penat sehari beraktiviti.
Tempat perlindungan kesihatan di Ipoh menyediakan Therapy Bed Hot Antioxidant yang menggabungkan teknologi kesihatan terkini dari Jepun. Kemudahan ini menawarkan pengalaman meremajakan diri dengan pelbagai manfaat kesihatan. Rawatan istimewa ini korang kena tanya dengan petugas di sana.
Mama Kim Wellness Kitchen
Tak sah kalau tempat penginapan tiada makanan sebab tu di sini adanya Mama Kim Wellness Kitchen yang menawarkan menu komprehensif dengan falsafah 'Where Healthy Is Yummy'. Resipi yang sihat dengan konsep gabungan sayuran 80% dan daging 20% dalam satu hidangan membuat korang yang menikmatinya rasa lebih sihat.
Semua tetamu yang datang makan di sini akan dihidangkan dengan segelas jus buah-buahan segar yang sejuk terdapat dan terdapat dalam 2 rasa iaitu Dragon Fruit dan Passion Fruit Pineapple. Minuman jus ini pasti akan memberi sistem imun badan dan tahap antioksidan menjadi rangsangan sebelum makan. Mama Kim di Ipoh juga mempromosikan produk buah-buahan segar tempatan yang terkenal di sini seperti buah Limau Bali Tambun.
Prinsip hidangan yang ada di Mama Kim termasuk penekanan kepada unsur:
• 5 warna utama
• Bahan-bahan segar
• Tiada MSG
• Tiada tepung putih
• Tiada gula, kurang garam, kurang goreng
• Nutrisi seimbang
• 80% sayur-sayuran dan 20% protein
Jadi mungkin ini boleh jadi salah satu lokasi untuk korang datang bercuti musim cuti sekolah ini. Di sini tempat yang ada segalanya dengan penerapan konsep alam dan juga kesihatan semulajadi. Sebarang tempahan atau juga maklumat lanjut boleh hubungi:
HerbaLine Wellness Sanctuary
Alamat: No 145, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450, Ipoh, Perak
Tel: 05-249 1333
Laman web: www.sojournguesthouse.my
Waktu operasi : Isnin hinga Ahad (24 jam)
Wkatu operadi HerbaLine Facial Spa : Isnin hingga Jumaat (10:30 pagi - 8.30 malam)
Sabtu 10.00 pagi - 7.00 malam
Ahad & Public Holiday 10.00 pagi - 6.00 malam
OMG katil dia..huhu nyamannya tido dan bangun tanpa dikejutkan alarm
BalasPadamWow, they hv opened in Ipoh. I always go for facial.
BalasPadamWow. Kalau datang ke sini, memang akan menjadi lebih sihat dan bertenaga kan. Macam lepas recharge ye tak. Rawlins macam berminat plak nak pergi ke sini.
BalasPadamwow bestnya dapat check in kat sini! boleh masuk list travel ni!
BalasPadamcantiknya.. boleh rasa comfortable bila masuk dalam bilik tidur & loby. nanti kalu datang ipoh boleh la datang sini
BalasPadamWowww bestnya lahai tempat ni, kalaulah dapat dok sini utk lepaskn lelah dari kesibukan..fuhhh sure nikmat tak terkata. Sapelah nak belanja sis ni..huhuhu
BalasPadamWah seronok juga sekali sekala bercuti sesambil pamper diri kat sini. Biliknya menarik minat Bella then terus boleh turun pegi spa ala2 datin. Jom pi sini lagi nanti.
BalasPadamWahhh dah siap dah heballine wellness ni ye. Cantiknye tempat dia. Siap ada tempat untuk stay lagi
BalasPadamMenarik n cantik view ya.. AM nak masukkan dlm wish list AM la.. Boleh ber OOTD nnti..
BalasPadamBestnya bola dapat bercuti ke sini. Fasiliti nampak hebat dan menarik. Suka dengan environment dia bersih dan kemas
BalasPadamNampak macam best. Bilik dan persekitaran cantik sangat. Makanan pun dapat hidangan sihat. Kalau bercuti ke sini memang fresh lah minda.
BalasPadamWow!!!!!!!! Cantik nyer Sojourn Guest House nie. Tetiba rasa nak vacation kat situ pula. Hehehe. Thank you for sharing.
BalasPadamTenang je mata memandang suasana persekitaran dia.. yang penting fasiliti semua nampak cool dan sesuai utnuk dijadikan tempat untuk merehatkan diri sambil menikmati view yang wow
BalasPadamuishh memang tempat yang sesuai untuk bercuti, relaks, berspa dan sebagainya! yalah, lepas stress dengan kerja2 di kota raya, bolehlah bercuti di sini. in shaa Allah ada rezeki nnti, dah tau ke mana nak bercuti :)
BalasPadamcantiknya tempat dia, kalau pi shooting mesti cun sangat ni. hihi anyway tempat yang best utk bercuti dan relaks nampaknya
BalasPadamCantiknya bilik dan dekorasi tempat ni. Macam hotel ada bintang-bintang gitu. Hehehe. Nanti kalau ke Ipoh nak stay sini. Bleh sihatkan badan.
BalasPadamWah bagusnya tempat macam ni. Maksudnya sambil bercuti sambil berspa la.. dan nikmati makanan2 sihat. Menarik idea Herbaline ni.
BalasPadamcantiknya maha ! boleh plan ke ipoh and stay sini juga. haritu maha ada suggest another stay kan kat ipoh? so boleh try both. thankyou maha.
BalasPadam