Indonesia,
Menjejaki Kulinar Yang Menjadi Identiti Di Yogyakarta Indonesia - Episod 1
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Baru dapat masa nak update tentang FAM Trip Maha ker Yogyakarta atau ada sesetengah orang panggil Jogjakarta atau Jogja. Tapi mana-mana pun sama sahaja dan bila sebut Jogja korang akan teringat tentang Borobudur yang menjadi ikonik tarikan pelancongan di sini. Borobudur atau Candi di sini pun dah diiktiraf sebagai tapak warisan UNESCO. Jadi memang ia perlu dipelihara dan juga dikekalkan untuk melambang identiti Jogja.
Tapi ramai orang tak tahu yang pelancongan itu juga bukan sekadar tempat menarik tetapi juga kulinar yang menjadi identiti sesuatu tempat itu membawa orang serata dunia sanggup melancong jauh-jauh untuk nikmatinya. Begitu juga kat Jogja ini ada banyak sebenarya makanan yang menjadi kebanggaan rakyat mereka dan begitu terkenal. Maha pun berpeluang dijemput oleh Tourism Indonesia untuk mengenali juadah yang boleh diketengahkan kepada pelancong luar.
Kalua siapa ada ikut Maha punya Instagram dan Facebook akaun adalah Maha update sepanjang 5 hari berada di sana. Jutaaan terima kasih kepada Indonesia Travel membawa Maha dan beberapa kawan blogger lain ke Jogja. Maha ada banyak episod nak update ni sebab terlalu banyak tempat makanan dan juga jenis makanan yang begitu tradisi di sini juga boleh dinikmati semua orang. Kali ni Maha nak memperkenalkan beberapa restoran yang sempat kami singgah sepanjang lima hari berada di Jogja ini ok.
RESTORAN JE JAMURAN
Ini adalah restoran pertama kami singgah bila sampai kat Jogja ini dan ia sangat popular. Ramai kawan-kawan Maha pun rekmen untuk makan di sini. Je Jamuran adalah diambil daripada nama Jamur atau Malaysia panggil cendawan. Ini kerana hampir 90% makanan di sini berasaskan kepada cendawan.
Kalau korang tak percaya kat sini sangat popular dengan Sate Jamur. Korang makan sate ni rasa seperti macam makan sate daging tapi ia cendawan kerana perapan pada cendawan tu buat ia rasa begitu unik. Kemudian ada pula kuah kacang di atasnya. Kemudian ada juga yang popular lain seperti Goreng Tepung Tiram iaitu cendawan tiram goreng tepung juga ada cendawan Shitake, Merang, Portabella dan banyak lagi.
Kat sini ada lebih daripada 20 jenis Jamur yang ditanam sendiri dalam ladang yang diusakan oleh pemilik restoran ini. Selapas makan hari tu Maha dibawa untuk menjelajah kedalam ladang melihat bagaimana perusahaan penanaman cendawan dan juga pembiakan dilakukan sendiri di sini. Selain itu juga mereka mengeluarkan beg cendawan untuk diusahakan oleh penduduk tempatan bagi menambah pendapatan mereka juga.
Nak jaga cendawan ini tak sulit seperti mana tanaman lain. Cuma perlu tahu suhu dan juga pengairan agar ia dapat membiak dengan baik. Hari tu sempat tengok pelbagai jenis cendawan yang ada ditanam di sini seperti Jamur Kuping, Jamur Tiram, Jamur Ling Zhi, Jamur Nameko dan banyak lagi. Ada yang tidak dimasak di restoran sini tapi dijadikan bahan dalam ubatan. Jadi semua cendawan sini berguna dan juga baik untuk dinikmati. Kalau yang memang vegetarian punya orang sangat sesuai datang makan kat sini.
Buka setiap hari dari pukul 9pagi sehingga 9malam waktu Indonesia. Kat sini menurut kata pemiliknya sentiasa penuh dan juga ramai orang kalau nak datang waktu makan tengah hari kena booking awal. Nasib hari tu kami datang dah siap booking oleh Tourism Indonesia jadi senang. Kemudahan lain semua ada seperti ruang solat, tandas juga ada spa ikan untuk siapa nak bagi ikan makan kaki wakakaka. Memang sini tempat menarik untuk korang kunjungi.
WAROENG KOPI BOROBUDUR
Kat Jogja terutama kat area Borobudur sangat popular dengan perusahaan kopi mereka. Kalau korang untuk lalu di sekitar Gunung Menoreh korang boleh lihat banyak ladang kopi termasuklah yang popular di sini iaitu Luwak Kopi. Tapi kali ni Maha dibawa mencuba satu Waroeng Kopi Borobudur atau juga yang dikenali sebagai Balkondes Borobudur.
Dari luaran warong kopi ini sangat unik kerana berbentuk joglo ala Jawa Tengah. Masih mengekalkan tradisi di sini dan juga suasana tenang nyaman sahaja. Kalau sini korang kena cuba kopi mereka yang di buat secara tradisi oleh barista yang ada di sini. Korang boleh tengok beberapa peralatan yang digunakan masih lagi cara lama dan juga serbuk kopi ditapis menggunakan kertas.
Sini ada beberapa jenis kopi yang popular seperti Kopi Argopuro yang rasanya lebih light, bagi korang suka yang medium pekat boleh cuba yang kopi Gayo dan juga kopi Ijen. Kopi Babadan dan juga Kopi Ngawonggo juga rasa light. Kalau nak tahu lebih lanjut nama kopi ni dan asalnya boleh bertanya kepada barista yang menghasilkan minuman kopi di sini beliau memang arif. Orang sini suka minum kopi sambil santai dan bersembang-sembang. Juga ada beberapa makanan waktu petang seperti pisang goreng dan juga tempe goreng.
Kalau korang nak mejelajah dan juga merasai suasana kampung di sini Maha galakkan korang menaiki kereta kuda yang ada di sini. Korang boleh bertanya kepada bapak yang mengendali kereta kuda tu berapa harga Maha tak ingat. Tapi boleh naik seramai empat orang sahaja untuk satu kereta. Meraka akan bawa korang pusing-pusing pekampungan Borobudur dan sekitarnya memang seronok giler.
MATA LANGIT BY PLATARAN
Kalau yang nak kepada makanan barat dan juga Itali ini adalah restoran mewah yang memang korang kena pergi. Mata Langit terletak di atas bukit di pergununang Menoreh tadi. Kalau nak naik sini kena menaiki kenderaan kerana jauh di atas puncak. Korang bila dah sampai atas memang terpukau dengan pemandangan yang sangat indah boleh melihat sekitar Borobudur dan juga beberapa kampung yang ada di situ.
Korang tengok sendiri pemandangan sangat cantik dan indah kalau korang nak bergambar kat sini memang best. Dari atas ni korang boleh lihat pemandangan berlatarbelakang enam gunung sekitar antaranya Merapi, Merbabu, Telemoyo, Andong, Sumbing dan Prahu. Bila tiba waktu malam pula sini boleh lihat cahaya neon lampu menerangi perkampungan yang ada di bawah tu. Pulak tu nampak taburan bintang di langit sebab tu namanya Mata Langit.
Makanan kat sini adalah makanan barat dan juga Itali. Korang boleh cuba antaranya Pesto Risoto, Homemade Ravioli, Spaghetti Carbonara, Spinach Raviolim Spaghetti Aglio Olio dan banyak lagi. Cuma hari tu mungkin bukan nasib kami sebab hanya dapat makan Spaghetti Aglio Olio sahaja yang ada mungkin sebab datang lambat kot. Apa pun memang pemadangan sini menarik dan sungguh menggoda.
SATE KLATHAK PAK PONG
Korang kena sebut betul-betul ok Sate Klathak bukan sate katak yer jangan salah maksud lak. Sate Klathak ini adalah sate daging kambing. Semua sate ini menggunakan daging kambing sebab itu ia menggunakan bukan lidi sate biasa tapi ia dicucuk pada besi khas untuk membakarnya. Ini kerana sate kambing memerlukan masa yang panjang untuk dibakar. Kalau pakai lidi sate biasa nanti habis terbakar semua lidinya hehehe.
Sate Klathak Pak Pong ini sangat popular dikalangan masyarakat tempatan di Jogja terutamanya. Banyak gerai atau pejaja tepi jalan jual sate ini tapi yang ini paling direkmen kepada korang untuk datang cuba. Kat sini banyak masakan yang berasaskan kambing selain dari sate korang boleh cuba Gulai Babat atau juga perut kambing, lepas tu ada Tongseng Daging iaitu sup daging dan banyak lagi.
Kedai ni berada tepi jalan dan kalau datang waktu malam macam Maha datang hari tu memang penuh ramai orang sesak kat sini. Siapa tak makan kambing kat sini ada juga daging ayam goreng tak perlu risau ok. Tapi sate klathak tu memang sedap korang tak rasa kambingnya kerana diperap dalam bumbu hanya garam dan merica. Kemudian bila dah siap bakar akan hidang bersama sos macam kicap pekat. Sedap makan begitu sahaja atau juga makan dengan nasi putih.
GUDEG BU HJ. AMAD
Ini satu lagi makanan yang menjadi kegemaran orang Jawa Tengah terutamanya di Jogja ini. Gudek merupakan sejenis masakan yang berasaskan Nangka Muda yang dimasak bersama santan. Masak memerlukan waktu yang lama untuk menghasilkan rasa yang enak dan juga sehingga ia betul-betul kering dan bewarna coklat. Orang kat sini makan Gudeg ini untuk sarapan pagi, tengah hari atau malam.
Gudek paling popular adalah di Rumah Makan Bu Hj. Amad yang terletak di kota Jogja. Dekat dengan UGM iaitu Universitas Gadjah Mada. Sebab hari tu masa nak pergi ke restoran ini lalu universiti yang terkenal di sini.
Cara makannya pula Gudeg dimakan dengan nasi dan disajikan dengan ayam kampung, telur, tempe, tahu dan sambal goreng krecek. Telur tu warna kegelapan kalau macam kita ini Telur Pindang yang orang selalu bagi kat kenduri. Memang sini mereka makan kering tak ada kuah juga nak sedap lagi kena pula dengan kerupuk yang rangup tu. Ada sesetengah tempat mereka masak Gudeg ini sedikit basah untuk kuahnya. Tapi yang popular adalah yang kering macam ni.
RESTORAN SEKAR KEDHATON
Ini pula adalah satu restoran makanan yang paling menarik korang kena kunjungi bila datang ker Jogja ini. Sekar Kedhaton adalah sebuah restoran di sebuah bagunan lama yang didirikan pada tahun 1800 oleh orang kaya yang miliki perusahaan berjaya di Jogja. Ia masih kekal sehingga kini dengan sentuhan keagungan dekorasi etnik Jawa. Juga katanya ada campuran unsur China, Portugis dan Belanda pada bangunan ini.
Maha masuk pada mulanya terasa seram sebab ia bangunan lama tapi rasa tenang bila dah nampak makanan wakakaka. Kat sini mereka punya masakan juga terdapat unsur campuran China, Portugis, Belanda dan Jawa. Sebab tu korang nampak ada masakan macam ayam tu masakan Jawa, manakala yang ikan tu masakan Belanda dan juga sayur campur tu adalah masakan China.
Sini menarik mereka ada unsur tradisi yang boleh dibanggakan dan juga masih kekal sehingga sekarang ini. Datang bukan sahaja untuk makan tapi juga siapa yang suka bergambar sini memang cantik menarik. Sini juga ada juga pusat untuk batik Indonesia yang diusahakan di sini dan juga dijual sebagai cenderamata kepada tetamu. Mungkin korang boleh lah cuba makan sini Maha rekmen memang sangat menarik giler tempat ini.
Jadi ini beberapa restoran atau Rumah Makan yang Maha sempat pergi semasa trip ker Jogja hari tu. Tapi ada lagi untuk episod kedua pula Maha akan share beberapa lagi makanan tadisi yang menjadi kebanggaan orang tempatan. Mereka juga ada macam-macam jajan yang tiada di Malaysia untuk dibawa pulang. Mungkin ramai tahu pasal kuih Bakpia. Tu nanti posting seterusnya ada banyak lagi makanan menarik di sini. Nanti korang datang bercuti sini boleh cuba dan tinggalkan komen kat bawah ok. Selamat menjamu selera semua dan selamat bercuti.
Wow enak enak banget makanan di jodja ni... Tak pernah lagi jejak jogja... But will do :)
BalasPadambestnya dapat jalan-jalan makan kat indonesia before ni sarah pernah pergi bandung je tak pernah sampai jogja lagi
BalasPadamPergh. Pernah turun yogjakarta. Tp rupanya byk tempat lagi tak lawat. Kena turun lg ni
BalasPadamMeriahnya Maha g jejalan tempat org n dpt pengalaman macam ni. Tp plg tertarik tgk kopi tu..hehe
BalasPadamWahhh nampak.enak2 banget ya.. aku suka hidangan indonesia..sbb rsnya autentik dan sedap
BalasPadamPerkongsian yang menarik dan penuh warna warni makanan. Lokasi pun tenang mata memandang. Bestnya Maha dapat jalan2 makan2 ke negara jiran.
BalasPadamwah Maha sampai ke negara seberang mencari tempat makan ye.. menarik betul entri ni boleh la terjah kalu travel ke sana nanti
BalasPadamWahhh sonokla makan2 sambil jenjalan. Kita blom sampai sini. Baru tahu jamur, gudeq dan kathak tu apa. Ewah2 bernikah kat sana ke nanti tu? Keropok tu lama tak makan. Sedapnyaa.
BalasPadamKebanyakkan masakkan Indonesia kite suka sebab pedas-pedas kena dengan tekak kite, last pergi lombok mmg suka masakan dia, nanti boleh ke sini pulak untuk cuba masakan disitu.. nampak bnyk yang sedap juga
BalasPadamSeronok tgk rakan rakan blogger join famtrip ke luar negara.. Doa doa sis ade rezeki terpijak tahun 2020 dapat join jugak famtrip utk mana mana trip.. Hehehe he..
BalasPadampaling saya suka part kopi tu. penggemar kopi. kalau ke mana-mana tentu saya cari signature kopi orang tempatan
BalasPadamnanti share ler Maha camne boleh dpt jemputan FAM yg ohsem sebegini.
BalasPadamnak juga merasa :) ha ha ha ha ha...
yogyakarta is a must go place bagi aida.
memang ada dlm list lah. byk dah baca pasal tempat ni.
makanan. hmmmm jgn ckp la. confirm byk boleh try. pasti sedap, kan...
happynya maha! hehe mana tak happy kan dapat rasa macam2 menu menarik. teringin jugak nak rasa makanan indonesia. in shaa Allah jika ada rezeki nnti.
BalasPadamuntungnya dapat ikut trip mcm ni.... makannnya semua nampak sedap. bestnya dapat melawat juga tempat menarik..
BalasPadamAduhhh syioknya tengok makanan kat Jogja. Sis dah pernah gi sebab tu sis berani kata makanan kat sana sedap kalau kena tempat dia. Teringin nak repeat lagi ke sana sebab makanan dia
BalasPadamPergh macam-macam ada..suka tengok semua makan..untungnya dapat pergi sini..nama makan pun pelik2, tapi diaorang punya mkanan sama tekak kita..hehe
BalasPadamI have not been to these country yet. After reading your post I wanted to go there so much!
BalasPadam