Damansara,

Nak Cari Produk Makanan Laut Premium Jom Seafood La Tempatnya

Jumaat, Disember 06, 2019 Mahamahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari tu Maha ada promote kepada korang satu sesi memasak secara langsung dekat Facebook Mahamahu. Kalau siapa perasan tu akan nampak lah bagaimana sesi memask bersama chef profesional dari hotel 5 bintang Chef Azlan. Boleh tengok kalau seorang tu yang memang pakar memasak dan yang biasa-biasa memasak macam Maha ni.

Sesi tu dibawakan oleh Jom Seafood La iaitu pembekal makanan laut sejuk beku dari sumber terbaik dan juga berkualiti. Selalu kita tengok bila makanan yang sejuk beku ini bila kita keluarkan dari ketulan beku tu ia akan hasil satu rupa dan juga bau yang kurang menyenangkan. Tapi yang ada di Jom Seafood La ini ia lain kerana di beku pada tahap suhu rendah untuk kekal kualiti. 

Sebab apa Maha cakap macam tu Maha pergi tengok sendiri sesi memasak yang korang tonton secara live kat Facebook tu. Bagaimana makanan laut tu dikeluarkan dari peti sejuk beku dan digunakan oleh chef untuk memasak. Ada banyak produk makanan laut dan juga produk sejuk beku yang mereka ada kat sini hari tu mereka promo lebih daripada lapan item. Maha senaraikan yang hari tu mereka buat promo

1) Flower Crab 1kg
2) Flower Squid 500gram
3) Asari Clam 1pek
4) Barramundi Fillet 3pcs
5) Mussel Meat 1pek
6) Half Shell New Zealand Mussel 1pek
7) Smoked Duck Breast 2pcs
8) Chicken Lobak 1pek

Semua ni kalau korang tonton sesi memasak live hari tu mereka jual pada harga RM123 sahaja dan percuma penghantaran sekitar KL. Kalau korang yang order luar daripada KL akan ada kos penghantaran sebanyak RM20 sahaja tuk semua ini. Korang rasa murah atau tidak semua produk ni. Kalau korang nak beli lepas habis sesi tu masih boleh cuma harganya tak seperti mana semasa sesi memasak tu. 


Semasa sesi hari tu chef menunjukkan dua menu masakan menggunakan Half Shell New Zealand Mussel yang dimasak diberi nama Saute' Mussels with Spicy Miso and Vagetable dengan menggunakan Miso paste. Special menu dari Chef Azlan walaupun nampak macam mudah jer bila chef masak dan bila rasa memang terangkat mengancamlah.


Satu lagi resipi yang dikonsikan oleh chef pada hari tu adalah alaa-ala Otak-otak style tapi kali ini menggunakan isi ketam yang ada jual di sini juga. Resipi ni diberi nama Oven Bake Aromatic Crab Mousse In The Shell. Isi yang diambil daripada ketam yang dibekukan tu boleh dikeluarkan terus isinya tanpa ada bau yang kurang menyenangkan dan juga isi yang masih sedap putih. 



Rugi lah pada korang yang tak tonton sesi hari tu sebab bukan sahaja nak beli produk tapi dapat tips dan resipi memasak dari chef hotel 5 bintang. Tak apa masih ada sesi memasak dari chef dan juga promo produk makanan laut yang lain pula. Nak tahu bila lagi sesi memasak ini boleh pergi ker Facebook @Jom Seafood La. Mereka akan update bila masa akan ada sesi kerana setiap minggu akan ada sesi memasak kat Fb Page mereka ni..


Kalau korang nak tanya promo atau nak order semua produk tu boleh juga whatsapp mereka di nombor  +6010-9128218. Mereka tak ada kedai sebab semuanya urusan jual beli dibuat secara atas talian sahaja sebab tu mereka promote melalui Facebook live ni. 







17 ulasan:

  1. Wah! Nampak sedap tu. Memang suka seafood tapi blm pernah cuba order online... tq for the info.

    BalasPadam
  2. seafood segar, pandai masak memang satu kombinasi yang terbaik.. kalau dapat stok yg belum kena ais lagi best..

    BalasPadam
  3. I menunggu sesi memasak oleh MM, ataupun menunggu jemputan makan di rumah MM yang kebabom tu.

    Eh. Bila nak melepak lagi ngan uols.

    BalasPadam
  4. Aduhai.. kita tergoda dengan seafood yang pelbagai tu Maha.. Rasa dikejami dan dizalimi sangat ni.. Haha ! Best boleh order seafood fresh secara online sekarang ni. Tak payah penat2 pergi pasar :P

    BalasPadam
  5. Ala, terasa rugi tak dapat tengok live tu, kalau tak dapat macam2 tips.

    Eh, tengok gambar je dah terliur, tambahan tengok half shell tu, adoi dah la feveret Atul tu. hehe Nasib baik tak mengidam.

    BalasPadam
  6. bestnya, nanti boleh cari la macam ni mudah sangat dan dapat benda yang premium kan

    BalasPadam
  7. sedap nyer.
    nak search more. ada x di Melaka. tu yg kesukaran aida sebab mostly this kind of thing dgn lembah klang.
    sedih tau, Maha.
    nampak fresh tu. and mudah utk ibu bekerja mcm saya tau.

    BalasPadam
  8. Wah..boleh beli online je. Memudahkan betul. Order terus sampai depan pintu.

    BalasPadam
  9. Eh boleh beli online. Order je terus sampai ke depan pintu. Best ni. Memang suka makan seafood ni. Nikmat tu tak terkata.

    BalasPadam
  10. Senangnya ade seafood segr mcm ni.. Boleh order online ye.. Nanti nak usha.. Dhla kitaorang satu keluarga memng minat dengan seafood..

    BalasPadam
  11. Wah nampak fresh and sedap kalau bawak masuk dapur ni. Hehe. Best juga kalau dia boleh hantarkan dekat rumah. Tk payah nk fikir nk pilih pilih seafood

    BalasPadam
  12. Nampak fresh giler seafood. Aku kalau dapat makanan laut mcm2 hidangan yg dpt dimasak..

    BalasPadam
  13. sedapnya fresh seafood. kalu masak tomyam guna ikan, udang, sotong, ketam fresh memang umph! bagus pulak dorang ada services delivery ke rumah, senang tak payah keluar pergi pasar dah

    BalasPadam
  14. allahuakhbar. ni kalau orang gout tengok ni menitik air liur depa. mek yang tak gout ni pun rasa macam nak kena plan ke sini jugak. tapi makan seafood best kalau berjemaah.

    BalasPadam
  15. Tergoda AM tgk ketam yg fresh2 tue.. Perghh.. Murah ya harga yg dijual.. Kiranya ada had pembelian tak?

    BalasPadam

  16. Wow...Sangat Bagus Banget Artikel yang sangat bagus yaa, Thanks
    Berita Bola Terbaik

    BalasPadam
  17. Eh siap boleh beli online ye? Bagusnya. Tapi kalau beli online ni rasa rugi pulak beli sikit2. Alang2 tu beli banyak terus untuk buat stok. Masalahnya peti ais kat rumah ni tak cukup besar untuk buat stok banyak2, hehe

    BalasPadam