Armada Hotel,
Setkan Perjumpaan Tahun Baru Cina Di UTARA Hotel Armada Petaling Jaya
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ini lah masanya nak bersama keluarga dan juga sanak-saudara yang jauh untuk makan beramai-ramai sempena dengan Tahun Baru Cina. Almaklumlah waktu tu semua orang cuti jadi semua boleh jumpa bersama dan makan buffet yang ada di UTARA Hotel Armada Petaling Jaya. Jangan risau kerana kafe ini ada sijil Halal JAKIM dan makan lah tanpa was-was.
Permulaan kepada perayaan Tahun Baru Cina nanti dari 17 hingga 23 Januari 2020, UTARA akan mengadakan pra Majlis Makan Malam Buffet Reunion Tahun Baru Cina. Bufet Tahun Baru Cina kali ini membawakan hidangan simbolik kemakmuran, nasib yang baik dan kelimpahan rezeki. Buffet mereka mesti ada kombinasi masakan tempatan, barat, Jepun dan India sikit.
Kali ini Maha dah cuba semua menu sempena Tahun Baru Cina memang memang menjilat jari dan kekenyangan. Paling best hidangan Seabass yang dikukus dengan Kulat Hitam dalam Sos istimewa, kemudian ada Sayuran Campur Goreng dalam tu ada ubi teratai yang dipotong nipis, Ayam Herba Cina Kee Chee, Fried Kam Heong Mussels dan Sang Har Noodles.
Ini baru separuh sahaja ada lagi tau wajib kalau pergi bufet tahun baru mesti kena ada Yee Sang. Kali ini mereka membawakan King Salmon Yee Sang tradisional pada harga RM88+ per hidangan dan Fruitti Veggie Yee Sang (vegetarian) pada harga RM78+ per hidangan. Petua mereka nak makan Yee Sang makin tinggi kita gaul makin tercapat hajat baik kita gitulah katanya. Tapi jangan sampai bersepah sudahlah hehehe.
Harga untuk pra bufet tadi pula adalah RM80+ seorang dewasa, RM60+ untuk warga emas dan RM40+ untuk kanak-kanak. Manakala harga untuk bufet pada malam Tahun Baru Cina 24 dan 25 Januari pula berharga RM90+ untuk seorang dewasa dan RM45+ untuk seorang kanak-kanak. Beza berapa jer makanan makin banyak lah.
Tahun depan juga mereka bawakan Pot Treasure mewah yang juga dikenali sebagai 'Poon Choy'. Dalamnya dipenuhi dengan makanan yang lazat seperti Abalone, Prawns, Scallops, Clams, Cucumber Sea, daging Itik dan bahan-bahan flavourful yang lain menjadikan Poon Choy hidangan yang sangat memuaskan. Poon Choy boleh didapati untuk makan malam dengan harga RM488+. kalau korang beli bungkus bawa pulang Poon Choy claypotnya akan menjadi milik korang.
Bagi yang datang berkumpulan boleh ambil The Pearl Prestige Set Menu yang berharga RM1188+, The Everlasting Future Set Menu berharga RM1288+ atau The Splendor Treasures Set Menu berharga RM1388+. Semua set ini adalah untuk kumpulan seramai 10 orang jadi korang boleh dapat meja exclusive untuk bersembang sambil makan sepuasnya.
Semua set dan juga Yee Sang dan Poon Choy boleh dipesan bermula dari 1 Januari hingga 9 Februari 2020. Sebarang Tempahan atau pertanyaan mengenai juadah Tahun Baru Cina di sini, sila hubungi +603 7954 6888 ext 4557 - UTARA atau email armada@armada.com.my. Maha dah cuba memang puas hati dengan harga dan rasanya boleh masuk tekak kita orang Melayu ni. Lagi pun sekarang ni kafe UTARA ini dah berwajah baru memang sangat elegan dan begitu membuat korang rasa lapar membuak-buak nak makan bila masuk ker sini. Mesti kena cuba ok.
0 Pandangan: