Food Hunt,

13 Menu Ala-Carte Japanese Delights Di MiCasa All Suite Hotel Kuala Lumpur

Jumaat, Januari 10, 2020 Mahamahu 11 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Makanan Jepun memang ramai orang suka termasuk Maha juga salah seorang pecinta makanan dari negara matahari terbit ini. Selalu kalau makanan Jepun kita mesti akan teringat akan Sushi sahaja kan. Tapi sebenarnya macam-macam sampai ada juga yang salad dan juga burger. Kalau korang tak percaya mai Maha perkenalkan juadah ala-carte Japanese Delight.

The Deli adalah salah satu restoran yang terletak di dalam MiCasa All Suite Hotel Kuala Lumpur. Kalau korang melalui Jalan Tun Razak ia terletak di belakang MAPS Parking System bila masuk simpang tu akan nampak signboard hotel ni. Ia dikelilingi dengan bangunan kedutaan sebab itu ia adalah hotel yang menawarkan penginapan mewah dan selesa. Maha pertama kali masuk hotel ni walaupun tak bermalam kat sini tapi teruja juga.


Kat restoran The Deli yang terletak di aras bawah hotel ini korang boleh nikmati semua hidangan Jepun yang unik dan menarik. Sebab semua hidangan ini disediakan oleh seorang Executive Chef yang berpengalaman berpuluh tahun dalam masakan Jepun. Beliau adalah Chef Takashi Kimura memang orang Jepun tapi boleh faham Bahasa Melayu ok.
Chef Takashi Kimura

Kali ini mereka memperkenal menu ala-carte yang sesuai untuk makan tengahari, petang mahupun makan malam. Sebab ia dihidangakan seawal pukul 12.00 tengah hari hingga 7.00 malam setiap hari kecuali hari Ahad tutup. Kawasan restoran yang tidak begitu besar tapi masih selesa untuk menikmati hidangan bertaraf 5 bintang. 
Japanese Salad (RM16.00)

Ada 13 menu baru yang dimulakan dengan pembuka selera iaitu Japanese Salad. Dalam salah tu ada Baby Cos Lettuce, Kyuri, Daikon, Tuna Chunks, Nori, Wakame, Sesame Seed dan juga Japanese Dressing. Cukup sesuai untuk yang vegetarian dan juga mengamalkan diet hehehe. Selain itu juga kalau nak makan yang tak berat tapi masih boleh kenyang korang boleh cuba mereka punya Tamago Sandwich atau juga 8 Types Vegetables Sandwich. Walaupun makanan sihat tapi kuantiti boleh tahan besar dan juga kenyang lah makan dihidang bersama fries goreng.
Tamago Sandwich (RM16.00)

8 Types Vegetables Sandwich (RM20.00)

Bagi yang suka makan burger kat sini ada satu menu burger special kerana ia adalah Wagyu Burger. Mana nak dapat burger dari daging wagyu yang dihasilkan sendiri pattynya serta juga burger bun. Burger ni saiz sangat besar dan kenyang kalau makan untuk seorang sangat sesuai. Ini Maha paling rekemen pada korang memang puas hati kalau cuba. Ia juga dihidangkan dengan kentang goreng.
Wagyu Burger (RM30.00)

Itu baru sikit ada lagi yang suka makan nasi Jepun kat sini juga ada beberapa pilihan yang sesuai untuk korang. Maha dah cuba tak semua tapi sebahagian sahaja yang sedap antaranya Chicken Curry Don dan juga Wagyu Stroganoff. Dua hidangan ini menggunakan Japanese rice dengan Japanese kari yang lain daripada kari di Malaysia. Tidak menggunakan santan tapi pekat dan enak makan bersama nasi juga daging atau ayam tu. Ayam digoreng garing dan juga daging wagyu tu pula sangat lembut hancur dimulut bila dikunyah.
Chicken Curry Don (RM18.00)

 Wagyu Stroganoff (RM30.00)

Ada lagi yang dihidangkan bersama Japanese rice iaitu Chicken Katsu Don, Oyakodon dan Kakiage Don. Sebab apa namanya semua ada Don dibelakangnya kerana ia adalah hidangan masakan Jepun yang dihidangkan dalam mangkuk. Ada yang letak ayam goreng, pastu ada yang isi ayam dan juga yang letak makanan laut dalam nya seperti udang harimau dan juga sotong. Mangkuk ni pun tak besar sangat ia sesuai untuk satu orang makan dan boleh kenyang punya. Bagi menu nasi akan dihidangkan bersama dengan Miso Soup.
Chicken Katsu Don (RM18.00)

Oyakodon (RM18.00)

 Kakiage Don (RM21.00)

Juga makan Jepun terkenal dengan mee Udon mereka. Dalam menu baru ini ada juga mee ini iaitu Nabeyaki Udon dan juga Curry Udon. Kalau yang Nebeyaki ini ada telur separuh masak dalam mangkuk tu dan juga disediakan sedikit sambal untuk menambah kepedasan. Manakala yang curry tu telur separuh masak disediakan berasingan kalau nak masukkan boleh atau makan berasingan. 
Nabeyaki Udon (RM26.00)

 Curry Udon (RM26.00)

Yakisoba (RM23.00)

Satu lagi menu berasaskan mee adalah Yakisoba. Lebih kurang macam mee goreng tapi menggunakan mee Yakisoba lebih halus, pastu ada sotong, daging ayam, sayuran seperti kobis, lobak merah, mayonnaise, aonoriko bersama atasnya dihiaskan dengan Bonito Flakes atau helaian isi ikan yang lebut sahaja. Kena makan masa masih panas-panas baru sedap kerana dapat rasa Bonito tu.
Salmon and Avocado Roll (RM22.00)


Last sekali ada juga Salmon and Avocado Roll. Ala macam sushi lah yang disalut dengan rupai laut. Ia adalah hidangan Jepun yang kreatif menggunakan bahan yang segar dan dihasilkan sendiri oleh chef mereka. Jadi kalau sekali sekala nak nikmati hidangan Jepun ni boleh datang ke The Deli @ MiCasa All Suite Hotel ni. Harga bagi Maha pun sangat berpatutan dengan kedudukan dan juga keselesaan yang terdapat di situ. Nanti kalau korang datang cuba boleh komen kat Maha macam mana ok. Selamat menjamu selera semua.

Info lanjut tentang promo dan juga nak buat tempahan boleh layari :
Tel : 03 2179 8082






11 ulasan:

  1. banyaknya menu japan kat micasa all suite hotel ni semuanya nampak menyelerakan!

    BalasPadam
  2. Apakah itu makanan yang dinamakan oyakodon?. First time dengar ni Maha. Pernah la dengar pasal hotel ni. Nak kena terjah juga ni.

    BalasPadam
  3. Tak pernah try Japanese delight macam ni. Menu dia serious lain dari lain. Boleh la try nanti.

    BalasPadam
  4. Detailnya masakan jepun ni, saya cuma tau pasal sushi jee, kalau tak pun menu kat sukiya. Nampak macam dah menu western pun ada.

    BalasPadam
  5. Simple betul menu japanese food ni.. simple pun nampak sedap tau.. dah lama liez tak makan japanese foods, tetiba terliur tengok semua ni

    BalasPadam
  6. Menariknya tengok menu menu dia. Yang paling saya tertarik nak cuba yakisoba tu. Biasa kalau makanan jepun saya makan sushi dia je.

    BalasPadam
  7. Siapa yang peminat makanan jepun boleh lah terjah sini. Banyak menu dan pasti mengenyangkan. Harga pon berpatutan

    BalasPadam
  8. sedapnya..murni suka japanese food sbb simple dan sedap..selalu gak duk search japanese food dlm youtube

    BalasPadam
  9. menarik dan nampak sangat rare makanan-makanan ni. Harga pula agak nice.

    BalasPadam
  10. I would literally come here just to try out all their wagyu dishes. The wagyu burger especially looks extremely delightful.

    BalasPadam
  11. Terasa nikmat ka , buka lapak di indo ?

    BalasPadam