Fei & Ali,

Makanan Western Dalam Dulang Yang Besar Dan Banyak Hanya Di Kedai Makan Fei & Ali

Khamis, Februari 27, 2020 Mahamahu 12 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kalau korang datang makat kat restoran bawa keluarga ramai-ramai mesti korang susah nak pilih menu yang ada semuanya dalam satu set. Yer lah kadang-kadang ada yang nak makan ayam sahaja, ada yang nak makan spaghetti lah, yang nak makan nasi lah dan juga tak kurang yang nak diet kan.

Maha sendiri pun kadang-kadang terpaksa order banyak sebab nak rasa semua tu. Tapi sekarang Maha dan tahu kat mana korang boleh order satu dulang dan dalam tu ada macam-macam makanan daripada masakan tempatan kepada masakan barat yang popular. Sebab tu Maha suka datang ker Kedai Makan Fei & Ali. Kedai makan ni terletak di Seksyen 9 Shah Alam.



Fei & Ali tu mungkin nama kepada pemilik kedai makan ni kot. Hari tu Maha tengok menu mereka menyediakan hidangan tempatan dan barat yang berpatutan seperti Sambal Udang Petai dengan nasi putih, Laksa, Mee Rebus, Burger, Pasta, dan banyak lagi. Tapi satu ini sangat menarik perhatian Maha sehingga terorder sebab dalam satu dulang boleh dapat semua sekali nama set ini adalah Western Platter
Western Platter (RM57.80)

Kalau korang tengok satu plate tu boleh makan lebih kurang untuk tiga ke empat orang. Dalam dulang tu ada dua jenis Spaghetti yang pedas iaitu Aglio Olio dan juga yang berkeju Gamberoni Pasta. Kemudian ada pula Butter Rice dan lauk seperti Garlic Herb Prawn, Spicy Chicken Wing, Beef Teriyaki Slices, juga yang macam sate tu Lamb Skewer. Banyak tu kalau makan seorang memang tak boleh nak habis.



Pulak tu ada dalam set tu Salad dan juga Onion Ring melengkapkan hidangan korang. Kalau tanya tentang rasa semua masakan ini ada rasa tersendiri ada yang pedas, yang berlemak dan juga yang rengup memang sempurna. Harga untuk satu dulang ini hanya RM57.80 sahaja jadi dah boleh jimat kat situ.

Ayam Goreng Kunyit Sambal Terangkat (RM10.00)

Kalau tak puas makan yang western ini korang boleh order macam yang Maha ambil ini iaitu Ayam Goreng Kunyit Sambal Terangkat. Rasa sambal tu yang sedap dan pedas-pedas manja kena pulak dengan ayam kunyit tu per memang terangkat. Pulak tu korang perkena minuman special mereka kat sini iaitu Teh Tarik Semanis Cinta Ku Pada Mu. Nama pun dah rasa sedapkan tengok teh tarik yang ada Popcorn atasnya bersama aiskrim dan juga sos karamel terbaik.
Teh Tarik Semanis Cinta Ku Pada Mu (RM8.80)


Akhir sekali tak sah kalau makan tak tutup dengan pencuci mulut walupun hakikat perut dah kenyang wakakaka. Hari tu Maha order mereka punya special kek kat sini iaitu Almond Salted Caramel Crepe Cake. Tak begitu manis dan juga sesuai boleh habis seorang satu potong ni. Harga pula hanya RM15 sahaja. 
Almond Salted Caramel Crepe Cake (RM15.00)

Suasana dalam restoran ini walaupun korang masuk ia macam dekorasi yang biasa sahaja tapi tetap nampak kemas dan tidak serabut. Ada sudut yang khas untuk korang nak membaca sambil makan. Paling penting restoran ini berhawa dingin sepenuhnya jadi lebih selera korang nak makan. Restoran ini kalau time makan tengah hari memang boleh kata penuh dengan pelanggan yang dah tahu tentang keistimewaan restoran mereka. Cuma Maha jer baru tahu dan baru dapat pergi mencuba hidangan kat sini.


Kedai Makan Fei & Ali ini buka setiap hari kecuali hari Isnin mereka tutup. Waktu operasi pula dari pukul 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang dan sesi kedua 6.00 petang hingga 10.30 malam untuk makan malam. Cuma hari minggu Sabtu dan Ahad mereka buka dari pukul 12.00 tengahari sampai pukul 11.00 malam sebab tu sentiasa penuh orang. Nanti kalau korang dah cuba menu sini boleh bagi komen dan pendapat tentang makanan kat sini ok. Maha nak tahu juga citarasa korang semua hehehe.

Kalau korang nak tahu menu lain dan juga nak cari restoran ini boleh pergi ke laman social media mereka:
Alamat : Kedai Makan Fei & Ali, 
               No.22 Jln Tengku Ampuan Zabedah A9/A, 
               Seksyen 9 Shah Alam, Selangor

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 4/5





12 ulasan:

  1. Maha dan makanan tidak dapat dipisahkan... ni satu lagi restoren yg Kak fas belum masuk... nanti klu g shah alam nak carilah sebab ada udang masak petai tu hihi...

    BalasPadam
  2. geram tengok teh tarik semanis cinta ku pada mu dengan Almond Salted Caramel Crepe Cake tu! Tengah stress dapat makan dua menu ni hilang terus stress, bahagia seminggu!

    BalasPadam
  3. Teh tarik tu buat jejes air liur. Puas hati makan apa yang nak dalam satu platter.. Yummeh

    BalasPadam
  4. ampunnnnnnnn.. teh tarik tu manis leting nampaknya ya.. hee~ saya dah singgah skali sini, makan aglio olio.. memang sedap dan harga pun tak mahal mana..

    BalasPadam
  5. Ya Allah nampak sedap betul makanan2 yg awak makan tu Maha. Kita jadi teringin nak singgah

    BalasPadam
  6. Konsep dalam dulang besar ni nampak bagus. Puas hati makan nak nak makanan Western ni. Favourite ever after gitu

    BalasPadam
  7. Makk aii Madi oii..aje lapo masuk sini pepagi oii...kuss semangat sedapnya, puas makan setalam macam ni, kmpomnya kalau Sis yang makan, sure taknak kongsi! Arghh belanja plessssss

    BalasPadam
  8. wow! teh tarik ada popcorn ekk???
    tahap diabetes ni, maha :) ha ha ha ah ha...
    pernah makan set dulang western. menarik.
    rebut2 dgn anak-anak tau. terbaik cara gini.

    BalasPadam
  9. tengok makanan makanan dia buat kita terliur wak. tengok gambar pun dah dapat nampak keenakan dia.

    BalasPadam
  10. Alamak, nampak sedap. Nanti nak try pergi la sekali sebelum bersalin. Terliur haaaa, kot tengah pantang nanti kang teringat2.

    BalasPadam
  11. Meriahnya makanan kat sini. Aku tengok pun dah kenyang kahkah

    BalasPadam
  12. Sedap la menu kat Fei & Ali ni! teringin pulak...

    BalasPadam